Haji Saman Pengarah Sahat

Is your surname Pengarah Sahat?

Connect to 19 Pengarah Sahat profiles on Geni

Haji Saman Pengarah Sahat's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Haji Saman Pengarah Sahat

Also Known As: "Membakut / Mat Saman / Hj Mohd Saman"
Birthdate:
Death: 1890 (94-95)
Place of Burial: Jalan Residency, Bandar Seri Begawan
Immediate Family:

Son of Pengarah Sahat and Dayang Marta
Husband of Azizah
Father of Muzlifah; Awang Burut bin Awang Haji Saman; Pehin Udana Khatib Hj Saibi; Hj Saad and Ahmad
Brother of Pengarah Digadong Tuan Laman Pengarah Sahat; Mailamah Pengarah Sahat; Liau Badar Pengarah Sahat; Nurifah Pengarah Sahat; Kajibah Pengarah Sahat and 4 others

Managed by: Private User
Last Updated:

About Haji Saman Pengarah Sahat

Berasal dari Kg. Saba di Kampong Ayer dan anak kepada Pengarah @ Tengku Saad dengan pasagannya Dyg Marta. Saman mempunyai keturunan Kesultanan Siak Sri Indra Pura daripada Riau iaitu Tengku Muhammad Ali @ Sultan Muhammad Ali [Sultan Siak ke 5, 1766-1779] yang berhijrah ke Brunei dan menukar namanya menjadi Nakhoda Khamis beristerikan Tengku Embong Besar beranakkan Tengku Berahim @ Nakhoda Samad beranakkan Pengarah @ Tengku Saat dan beranakkan Saman. Ini bermakna Saman adalah cicit kepada Tengku Muhammad Ali @ Sultan Muhammad Ali dan beliau merupakan penyambung darah Kesultanan Melaka, Johor-Riau dan Siak di Brunei. Saman juga adalah penyambung darah Ahlul Bait generasi ke-36 di Brunei, sama seperti saudara-saudaranya yang lain.

Dikenali sebagai seorang yang warak dan alim, mempunyai fikiran yang tinggi dan sangat diperlukan oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1822-1852] bagi menasihati baginda di alam apa jua keadaan. Liau Hj Saman adalah orang Sultan, orang istana di zamannya disebabkan kewujudan hubungan rapat bapanya (Pengarah Saat) dengan Sultan Muhammad Jamalul Alam I [Sultan Brunei ke-20, 1804] dan seterusnya menyebabkan rapatnya lagi hubungan anak-anak dan keluarga Pengarah Saat dengan istana. Liau Saman mempunyai 4 orang anak mereka adalah Muizlifah, Burut, Pehin Udana Khatib Hj Saidi dan Hj Saad. Menurut cerita lisan orang-orang tua yang pancir keturunan Saman, mereka menceritakan bahawa ia adalah seorang yang warak, berkependekaran kerana zaman itu sangat memerlukan ilmu seperti itu dan juga ilmu ketahanan diri. Beliau diasuh oleh bapanya Pengarah Saad, bersama seperadiannya Liau Badar dan Abdul Kahar. Di dalam asuhan bapa mereka keduanya seperti anak kembar sama-sama mempunyai tubuh yang besar dan jagau mempunyai kekuatan luar biasa. Tambahan lagi waktu itu adalah zaman perkelahian, zaman beradu kuat. Barang siapa tidak mempunyai kekuatan dan tidak mempunyai ilmu dunia sudah tentu akan tewas oleh orang-orang yang kuat dan berilmu dunia dari mereka. Bapa mereka iaitu Pengarah Saad juga bukan sebarang orang, bukan calang-calang kerana ia adalah orang sultan, orang istana di zamannya. Sultan Muhammad Jamalul Alam I bukan sahaja selalu berdampingan dengan malahan ia sebagai sahabat rapatnya yang tidak pernah berenggang di masa susah dan di masa senang. Persahabatan Pengarah Saad dengan SMJA I sebenarnya telah wujud sebelum baginda ditabalkan menjadi Sultan.

Saman adalah wira Kg. Saba yang ditakuti oleh orang-orang Inggeris, bukan sebarang orang, bukan calang-calang orangnya, ia adalah wira yang betaras, ia membuat tentangan kepada orang-orang Inggeris bukan hanya mengharap rahang dengan gigi, segala-galanya telah diambil kira terutamanya cara-cara ia bertindak bagaimana ia mengatur strategi penempatan orang-orang yang menyerang dan persiapan-persiapan untuk mempertahan diri dan semuanya telah dilengkapkannya. Beliau seperjuangan dengan adik beliau iaitu Liau Badar yang sama-sama menentang Inggeris ketika itu pada zaman pemerintahan Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-24, 1828-1852]. Mereka ini terkenal di zamannya sebagai seorang yang mempunyai kekuatan anggota yang luar biasa, kebal, penimbul, bungkasan, mempunyai ilmu boleh menghilangkan diri (boleh tidak menampakkan dirinya pada pandangan orang dan musuh). Ia juga dikatakan boleh berjalan di atas air. Semasa ia menunaikan Fardhu Haji di Mekah ia pernah tinggal menaun empat ke lima tahun di Tanah Suci itu bagi mempelajari dan mendalami ilmu-ilmu keagamaan. Ia pernah dikatakan pada masa jemaah-jemaah Haji masih lagi berada di dalam pelayaran di dalam kapal, beliau dikatakan telah berada di rumahnya lebih dahulu padahal ia bersama-sama jemaah Haji pada awalnya di dalam kapal layar itu. Bukanlah sebarang orang yang mudah pergi menunaikan fardhu Haji pada zamannya dengan menggunakan kapal layar melalui lautan yang luas dan bergelombang. Ketabahan Hj Saman dalam perjalanan untuk menunaikan fardhu Haji sememangnya menjadi kebanggaan masyarakat Brunei ketika itu. Selesai menunaikan fardhu Haji dan sekembalinya ke Brunei menambahkan lagi kekukuhan serta kepercayaan masyarakat Brunei kepadanya. Justeru itu tidak hairanlah Sultan ketika itu telah mengambilnya sebagai penasihat Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852] di atas kewarakan dan mempunyai ilmu ugama yang tinggi ketika itu.

Dikisahkan, setelah Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam berangkat balik dari Sarawak ke Brunei bersama ahli-ahli keluarga beliau, adindanya Pg Anak Badaruddin selalu menggalakkan Pg Muda Hashim merebut takhta kerajaan daripada Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II, tetapi Pg Muda Hashim tidak bersetuju. Berbagai tipu helah telah dijalankan oleh Pg Anak Badaruddin untuk mendorong Pg Muda Hashim menurut maksudnya. Ini kerana apabila Pg Muda Hashim menjadi Sultan, yang menjadi Bendahara sewajarnya adalah Pg Anak Badaruddin. Maksud hasrat mereka ini juga mendorong James Brooke supaya beliau boleh berkuasa untuk memerintah Sarawak kerana apabila Pg Muda Hashim menjadi Sultan maka urusan James Brooke mengatasi Sarawak dengan undang-undang yang akan dikeluarkannya lebih senang. Diceritakan bahawa Alat Perhiasan Diraja yang tersimpan di istana diambil pelahan-lahan satu demi satu oleh Pg Anak Badaruddin atas nama Pg Muda Hashim dengan alasan hendak membaikinya termasuk Mahkota yang menjadi pesaka Kerajaan turut diangkatnya. Tatkala Mahkota itu telah didapat, maka dengan arahan dan pujukan Pg Anak Badaruddin, Pg Muda Hashim telah memakainya. Apabila Pg Muda Hashim memakainya, ia telah bersabda bahawa penglihatannya terasa gelap. Ini adalah suatu alamat yang Pg Muda Hashim tidak berhak memakai Mahkota itu. Melihat perbuatan Pg Muda Hashim dan Pg Anak Badaruddin yang keterlaluan itu, Pg Anak Hashim ibni Pg Anak Apong sangat murka. Maka secara rahsia Pg Anak Hashim, Pg Anak Muhammad Salleh ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II dan Pg Anak Kahar telah mengadakan mesyuarat di Sungai Panga hendak melanggar Pg Muda Hashim dan penyokong-penyokongnya, tetapi perkara ini telah sampai kepada pengetahuan Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II. Maka baginda pun bertitah melarang perbuatan tersebut dengan alasan bahawa Pg Muda Hashim adalah 'indung petuan' baginda. Dalam tahun 1846 mesyuarat yang kedua telah diadakan di Sungai Tekuyong, dan mesyuarat ini tidak diketahui oleh Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II. Selepas mesyuarat itu pada malam keesokannya Pg Anak Hahsim, Pg Anak Muhammad Salleh dan Pg Anak Kahar dengan askar-askar mereka yang diketuai oleh Hj Saman seorang pahlawan Brunei yang gagah perkasa telah pergi menaiki rumah Pg Muda Hashim yang dikawal ketat oleh orang-orangnya.

Menurut seperti yang diceritakan, tatkala Hj Saman naik ke rumah Pg Anak Badaruddin, ia telah ditetak (diparang) dengan pedang oleh Liau Bakar Gamba, seorang pahlawan Pg Anak Badaruddin yang gagah berani, tetakan itu telah mengenai sampaian (palang kayu yang melintang di atas muka pintu) terus putus dan lantas mengenai Hj Saman yang berkopiahkan bukur (sejenis bekas bulat tempat menyimpan air) tembaga. Hj Saman selamat tidak luka, hanya kopiah bukurnya sahaja yang terbelah dua, dan ketika itu juga dengan tangkas Hj Saman telah sempat menyerang dan membalas tetakan Liau Bakar Gamba. Dalam perkelahian itu pihak Pg Muda Hashim nampaknya telah tewas kerana mereka selain tidak mempunyai persediaan, mereka juga terlalu bersikap angkis (sombong) bahawa kuasa mereka kononnya tidak berlawanan. Dalam perkelahian yang sengit itu terdapat juga setengah daripada mereka yang ditangkap hidup-hidup, tetapi mereka tidak dapat dibunuh dengan senjata kerana kebal. Untuk membunuh orang seperti ini, mereka digulung dengan tikar yang dibuat daripada jalinan bilah-bilah rotan dan dipijak-pijak, kemudian dilemaskan. Memandang kepada pertempuran yang hebat itu Pg Muda Hashim pun berangkat turun ke lancang (kapal layar) bersama-sama dengan ahli keluarganya, membawa Alat Perhiasan Diraja dan Mahkota yang dipinjamnya dari istana, lari ke Kampung Burong Pingai. Di Burong Pingai, Pg Muda Hashim dan pengiring-pengiringnya tidak bertahan lama di sana, kerana tidak ada tempat khas yang hendak dituju untuk berundur. Setelah lancang tersebut melabui (terapung-apung) di Sungai Brunei yang berhadapan dengan Kampung Burong Pingai itu, maka angkatan daripada Pg Anak Hashim dan Pg Anak Muhammad Salleh termasuk Hj Saman pun datang menghampiri lancang Pg Muda Hashim. Sungguhpun tidak sempat mengatur persiapan, namun selaku seorang wira tidak gentar hendak melawan secara habis-habisan. Sambil bersiap sedia menanti kedatangan itu, Pg Muda Hashim bertanya kepada pengiring-pengirinya dengan sabda "Siapa orang yang mengepalai angkatan atu? Ada Wang Salleh, ada Wang Kahar, ada Wang Hashim?" Apabila disembahkan oleh pengiring-pengiringnya bahawa yang datang mengepalai angkatan itu Hj Saman, maka iapun bersabda, "Dadatah ku (tidak lah aku) berkelahi dengan Si Saman. Sembahkan tah lagi kepada Kebawah Duli ada lagi ampun". Maka orang di lancang Pg Muda Hashim pun meneriakkan, "Ada lagi ampun". Lalu dijawab oleh orang yang dalam angkatan itu "tidak". Setelah tiga kali "Ada lagi ampun" diteriakkan, dan tiga kali juga jawapannya "Tidak", maka Pg Muda Hashim pun membuat keputusan melabur diri dengan menghamburkan ubat bedil di lancangnya, lalu membakar ubat bedil itu membakar diri di dalam api yang menyala di lancang itu.

Menurut cerita yang disampaikan sehingga ke anak cucu-cicit yang diterima mereka dari datuk nenek sebelum itu, Hj Saman atau lebih dikenali dengan Membakut di Sabah juga dipanggil Hj Mat Saman dan Hj Mohd Saman. Mereka menceritakan bahawa Allahyarham ini adalah pejuang besar membebaskan Brunei dari jilajah Inggeris yang dipimpin oleh James Brooke ketika itu. Beliau telah dijadikan Panglima oleh Sultan Brunei. Di zamannya, ia sangat terkenal dan termasyur dengan kegagahannya dan keberaniannya menentang Inggeris malah bukan sahaja di Brunei malahan di Sabah dan Sarawak juga. Hubungan Sabah dan Sarawak ketika itu masih rapat dengan Brunei disebabkan orang-orang Brunei, Sabah dan Sarawak mempunyai ikatan kekeluargaan yang masih rapat. Di masa penentangan Hj Saman terhadap Inggeris itu, orang-orang Inggeris menganggap beliau seperti 'duri salam daging dan ia mesti dihapuskan'. Pada tahun 1846, terjadi satu perbalahan antara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam dengan pihak Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh dan Pg Anak Hashim (kedua-duanya putera Sultan Omar Ali Saifuddin II) sehingga Pg Anak Muhammad Tajuddin dan Pg Anak Badaruddin (kedua-duanya putera Sultan Muhammad Kanzul Alam) telah terbunuh, manakala kekanda mereka Pg Muda Hashim pula telah berlebur diri. Peristiwa malang itu kemudian telah diceritakan oleh Japar, seorang budak suruhan Pg Anak Badaruddin kepada Kapten HMS Hazard, Kapten Egerton pada pertengahan Mac 1846, semasa HMS Hazard berlabuh di Muara. Kemudian setelah sampai di Kuching pada 30 Mac 1846, peristiwa sedih tersebut diceritakan lagi oleh Japar kepada James Brooke. Di samping berdukacita, James Brooke sangat marah kepada Sultan dan pembesar-pembesar baginda. Justeru itu, ia berikrar akan menyerang Brunei menuntut bela atas kemangkatan sahabatnya itu. Sebenarnya kemarahan James Brooke itu bukan kerana pembunuhan terhadap Pg Anak Badaruddin, melainkan hajatnya yang mengharapkan Pg Anak Badaruddin untuk mendesak Pg Muda Hashim agar merebut takhta menjadi Sultan Brunei itu telah tidak berjaya.

Pada 6 Julai 1846, angkatan James Brooke yang berhajat melanggar Brunei itu telah sampai di Muara. Pada 8 Julai, baharulah Phlegethon dan beberapa buah kapal kecil telah mudik ke Brunei. Apabila kapal-kapal itu melintasi Pulau Ambok, Hj Saman yang siap menunggu kapal-kapal itu di sana bersama-sama dengan anak buanya telah memberi arahan kepada anak buahnya supaya memulakan tembakan ke arah kapal-kapal itu, tetapi meriam-meriam yang disediakan itu tidak meletup kerana lubang sumbunya telah dilantaki paku oleh ejen-ejen James Brooke. Ini membuatkan Hj Saman melepaskan geramnya, Hj Saman sendiri bertindak hendak pergi ke kapal itu untuk melepaskan marahnya, tetapi dilarang oleh anak buahnya, dan meminta beliau supaya bertahan di istana bersama-sama Sultan Omar Ali Saifuddin II. Ketika inilah ramai orang Brunei telah undur ke pedalaman termasuk 500 orang yang telah mengiringkan Sultan Omar Ali Saifuddin II berangkat ke Ulu Damuan, antaranya ialah adinda baginda, Pg Anak Muhammad Tajuddin (kemudian menjadi Pg Temenggong) yang bersungguh-sungguh mengusahakan tempat persemayaman baginda bersama-sama Hj Saman. Kekuatan Hj Saman dalam beragama menyebabkan beliau ikut serta menentang kehadiran Inggeris ke Brunei. Kehadiran Inggeris merupakan musuh kepada beliau dan pengikutnya, taktik yang digunakan oleh Hj Saman dalam menyakinkan pengikutnya adalah dengan mengatakan bangsa Inggeris ialah bangsa kafir yang menjadi musuh kepada orang Islam. Kehadiran Inggeris bukan sahaja untuk menguasai negara ini, Inggeris juga akan menjadikan agama Kristian sebagai agama rasmi negara ini. Sebelum mereka berhijrah ke Membakut, Hj Saman dan pengikutnya telah menentang angkatan tentera Inggeris di Brunei di bawah pimpinan Laksamanan Cochrane, malangnya mereka tidak dapat mengalahkan angkatan tersebut yang dibekalkan dengan peralatan senjata yang moden berbanding dengan peralatan senjata yang digunakan oleh pasukan tentera Hj Saman seperti pedang, keris, tombak, dan bedil atau meriam (meriam Inggeris lebih canggih daripada meriam/bedil Hj Saman). Hj Saman dan pengikutnya dikatakan telah membawa Sultan bersembunyi di Damuan. Disebabkan tiada kekuatan kubu pertahanan inilah maka Hj Saman dan pengikutnya berhijrah ke Membakut, Sultan tetap berada di Brunei. Diceritakan, Hj Saman ini sentiasa memperdalami ilmu keugamaannya sehingga beliau beroleh ilmu pengetahuan ugama yang sangat bermanfaat kepadanya apabila sangat diperlukan. Salah satu contoh yang memeningkan kepala tentera British yang mengejarnya pada tahun 1846, ialah kehadiran beliau di dua tempat berlainan dalam satu masa. Ketika beliau dikepung di kawasan Sungai Damuan, tentera British mendapat maklumat bahawa beliau sudah berada di Membakut, Sabah iaitu kira-kira 400 batu dari Brunei.

Menurut cerita orang tua-tua di Kg. Saba, walaupun pihak penjajah cuba menghukum bunuh Hj Saman melalui tembakan senapang namun peluru yang ditembakkan itu tidak mengena dan menembusi kulitnya. Oleh kerana kesukaran penjajah untuk membunuh Hj Saman akhirnya beliau memberitahu rahsia kekebalannya. Dengan mudah Hj Saman dibunuh oleh penjajah. Pengorbanan Hj Saman demi untuk menyelematkan pemerintahan bersultan serta keselamatan rakyat daripada penganiayaan penjajah untuk menghapuskan pemerintah bersultan adalah satu pengorbanan yang tiada ternilai kepada negara, bangsa dan agama. Mengikut cerita-cerita orang tua juga, yang ditembak oleh penjajah itu sebenarnya bukan Hj Saman. Orang itu senghaja mengaku dirinya Hj Saman, sedangkan Hj Saman dapat kembali ke Brunei dengan selamat. Sehingga ke akhir hayatnya Hj Saman terpaksa hidup dalam penyamaran bagi mengelakkan dari diketahui oleh pihak British. Kalangan kaum kelaruga Hj Saman mengagak bahawa beliau kembali ke rahmatullah di tahun Limbang dirampas oleh Charles Brooke pada tahun 1890. Jasad beliau disemadikan di satu kawasan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Residency, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam. Allahyarham Hj Saman mempunyai 9 orang adik-beradik seibu sebapa mereka adalah Abd Kahar, Mailamah, Nurifah, Katijah, Pengarah Digadong Tuan Laman, Laminah, Untak, Liau Badar dan Zainab. Di sebuah batu nisan yang berdekatan dengan batu nisan kepunyaan Puteri Rokayah (puteri kepada Sultan Abdul Majid) ada menyatakan satu salasilah keturunan Hj Saman yang bertulis: "Pengarah Sahat adik beradik dengan isteri Mahat, Angsa dan Suma. Pengarah Sahat berkahwin dengan Marta beranakkan Mailamah, Katijah, Nurifah, Laminah, Pengarah Digadong Laman, Untak, Abd Kahar, Badar, Hj Saman dan Zainab."

والله أعلمُ



"https://borneohistory57.blogspot.com/2014/12/haji-saman-membakut-19...

Sunday 28 December 2014
Haji Saman Membakut 1846

BRITISH NORTH BORNEO settle accounts with Haji Saman, the Sultan's late commander in-chief, who had established himself at Membakut, a few miles north of Kimanis. On August 14 Captain Mundy, who had been joined by Rajah Brooke, authored off Kimanis with H.M.S. Iris and the East India Company's steamer Phlegethon. His last action was to dispatch a message to the Dusun headman of Membakut asking him to give up Haji Saman. The Dusuns' only reply, probably actuated by the Haji himself, was that if they wanted the Haji the English could come and take him, and that the Dusuns were not afraid of the white man's shot, which they could catch in their hands and throw back again.

No sooner had this little piece of purple been received than events took an unexpected turn, for thirty war-boats appeared upon the scene, carrying twenty guns and 400 men under their chiefs. These people inhabited districts for twenty miles along the coast; their mission, they said, was a peaceful one and they had no other desire than to pay their respects to the English Rajah and to assure him of their desire for legitimate trade. They offered their assistance against Haji Saman, and the Rajah, after a long talk with the chiefs, decided that there was no fear of treachery and that it would be impolitic to refuse their proffered aid.

At 8 a.m. on August 18 the expedition, consisting of seventy bayonets, crossed the bar of the Membakut River. Captain Mundy and the Rajah, with the head chief as guide, led the flotilla in the captain's gig; Lieutenant Little followed with the boats, and a quarter of a mile behind came the great fleet of native vessels, crammed with savage volunteers and decked with many-coloured flags. After a three hours' pull upstream the force encountered the first obstacles laid by the enemy, large rafts sent floating downstream adrift with the object of causing confusion amongst the boats.

On rounding a sharp bend, they were confronted with a long line of thick bamboo stakes fixed across the stream with an immense boom attached to them. As luck would have it, the ebb tide had caused the boom to swing athwart so that the boats passed through without difficulty, and though it was a tough pull against the strong current in face of the enemy's fire, Mr. Little carried the position on the bank and the defenders fled. After the fort, batteries and magazines had been destroyed the force pushed on after the fugitives without delay. At 3 p.m. they came in sight of a large house 200 feet long, built close to the river and partly hidden by coconut-trees.

As the boats advanced a masked battery opened; it was quickly silenced; bluejackets and marines were landed, but the defenders as usual managed to escape before the house could be surrounded, and once more got away into the jungle, carrying their dead and wounded with them. The house was soon in flames and with it fifty human skulls and as many packages of human bones which were hanging up within, evidence of the propensities of the Membakut Dusuns of those times.

Having demolished the second of Haji Saman's strongholds, the force bivouacked for the night. At dawn next morning a deserter from the Haji's camp swam the river and informed Captain Mundy that the rebels had retreated in despair to a third position at the head of the river. The advance was pushed on, and half an hour later a cheer from the leading boat told that the last refuge of the enemy was in sight. For a few minutes the stubborn Haji made one last desperate stand; for a few minutes he tried to stem the advance by a shower of bullets and poisoned blow-pipe darts, then, broken and defeated, he abandoned his defences once again and took to flight. The remains of his stronghold can still be seen upon a steep hill above the river where to-day grow the rubber-trees of Membakut Estate.

The expedition, having burnt the fort and the houses of all who had supported the outlaw, returned downstream and were on board the Iris by sunset, the casualties being one seaman killed, six seamen and eight natives wounded. The chiefs, who had entirely justified the trust placed in them by Rajah Brooke, were entertained in the Phlegethon and then departed with their people after swearing solemn oaths to protect the persons and property of any Europeans^ who might suffer shipwreck upon their coast. * ^ Mundy's Narrative, vol. ii, p. 213 et seq.

Haji Saman and his adherents having been scattered. Rajah Brooke returned to Brunei to re-establish law and order. The Sultan, who, now that his teeth were drawn, was no longer dangerous, was allowed by the wise forbearance of the Rajah to return to his capital in order that the administration might resume its ordinary course under the sanction and prestige of his name. He was, after all, the twenty-fifth of a royal and unbroken line; he had received a salutary lesson; while entreating forgiveness for the past he gave assurances of good behaviour in the future and was not too regal to eat humble pie generally.

For all that, it was felt necessary to emphasize the warning he had received. For this purpose Captain Mundy visited His Highness in state on September 19, 1846. After the preliminary courtesies had been exchanged the Sultan led him to a private ante-chamber and ordered a large wax taper to be lighted, explaining that its light was " witness of the purity of his heart, and of the oath which he was ready to make of his goodwill towards his sister the Queen of
England." 1

Captain Mundy thereupon proceeded, in words which probably lost little significance by being delivered through an interpreter, to put the fear of God into this royal personage, ending by remarking that all depended upon his own conduct and that it would be much more agreeable for the Navy to protect the royal palace and the capital than to receive orders to inflict upon it the same punishment as had been meted out to Tempassuk, Pindassan and Membakut.

This and other recent events made a deep impression upon the Sultan and he remained true to his engagements. The government was re-established, the natives on the coast became settled, the Illanuns betook themselves to other hunting-grounds in the islands off the east coast and trade began to flourish as it had not done for many years. To crown all, after many delays, the British flag was hoisted in Labuan on December 24, 1846, by Captain Mundy, the Sultan having concluded a treaty by which the island was ceded for * Mundy's Narrative, vol. ii, p. 262.

For some time these vigorous measures had the desired effect; the power of the pirate chiefs was broken. They had found that it was not such a glorious thing after all " to be a pirate king." The Dutch had also been active and the Spaniards had helped matters by taking the offensive against the Balagnini, destroying their chief stronghold at Tianggi, now Jolo.

The pirate stock, however, was a remarkably hardy growth, and if left to itself it was not long before it would begin to gather strength again. It resembled the rank lalang grass of the tropics, the vitality of which is such that to exterminate it for good and all it is necessary not only to cut it down once, but to come back over the ground again and again before it has time to grow into strength once more.

The burning of a pirate fort or village was no serious obstacle to future enterprises, for it must be remembered that Borneo forts, unlike Rome, could be built in a day from the abundance of material ever close at hand. It was for this reason that the punitive operations, though they had excellent results at the time, were in a large measure unavailing by reason of the fact that the vigilance of the Navy was not maintained in Borneo waters year in and year out, though Capt. Keppel strongly urged that more rigorous action should be taken. ^

Also the current of piracy set east ; Tunku, which had always been a pirate base, now became the refuge of all the cut-throats and rapscallions who found things too hot for them on the north or west coasts, among them Haji Saman, the fallen idol of Membakut. This, moreover, did not prevent the pirates from appearing periodically in their old haunts. In September, 1851, the Dolphin, a trading schooner, was captured by Tunku pirates off Marudu Bay. They disarmed suspicion by appearing in three small boats, and got a foothold on board under the pretence of bringing pearls and mats to barter.

Then, without warning, the chief seized a weapon hidden in a roll of matting and led the attack, killing Captain Robinson, his supercargo Bums and five of the crew. The remainder (who had sought refuge in the rigging) were given quarter on condition that they * A Visit to the Indian Archipelago, vol. i, pp. 74 and 277. navigated the vessel. The pirates then made for Tunku, but in Labuk Bay the schooner was recognized by the local chief, who obtained possession of her after a fight in which all the pirates, except the leader and four of his men, were killed. The Dolphin was handed over to the East India Company's Pluto, which had been sent out as soon as the news reached Labuan. Early the following year an expedition consisting of H.M.S. Cleopatra and the E.I.C. steamers Pluto and Semir-amis was dispatched, accompanied by Spencer St. John, who was acting as Political Agent in Borneo during the absence of Rajah Brooke.

Tunku was attacked, but when the party reached the position not a soul was to be seen, though two sailors had been shot by snipers hidden in the mangrove during the advance up the river. Fort, houses, boats and standing crops were burnt; coconut-trees were cut down and some booty taken, but the party had to return without a single prisoner and did not learn till later that the pirates had retreated to a hill near-by, where they had collected great heaps of boulders to roll down upon the English if they attacked.^ Such isolated descents upon the pirate strongholds were usually not thorough enough to effect very much, and the occupants, though inconvenienced, were undismayed. The effects of the Dutch and Spanish operations were not more lasting.

Matters went from bad to worse, for, quite oblivious of the treaty concluded in Brunei in 1847, the Admiralty, as an outcome of a political attack upon Rajah Brooke, issued strict orders that the pirates were not to be molested unless it was evident that they had attacked a British vessel. This almost incredible piece of officialdom undid much of the good that had been done, and in the year 1:858 there was a great revival in the activities of the Illanun and Balagnini pirates; their depredations became immense, large numbers of peaceful natives were enslaved, and no trade on the east coast of Borneo was safe from their outrages. A Spanish vessel was captured in the Sulu Sea by a Penglima Taupan of Tawi Tawi ; the whole crew was murdered, and the unfortunate daughter of a Spanish merchant was forced to become the Penglima's wife.

1 Illustrated London News, May 29, 1852.

Source :Owen Rutter

Awang Mat Saman Membakut

Kalau di Beaufort sana, ada satu tampat nama dia Bukit Salagun. Menurut seorang tua nama dia 'Beliau Tukang'(Almarhum), kalau dusun dari Beaufort bejumpa dengan dusun dari membakut tampat itulah diorang akan berpenggal kepala sampai bemati-matian. Memang sewaktu saya melawat tempat tu memang terdapat kesan-kesan pertarungan yang dasyat dalam tahun hujung 1840an. jadi kena terima hakikat suatu masa dahulu nenek-moyang kita memang suka berperang.

Lagi satu kisah di membakut, sewaktu penduduk barunai berhijrah beramai-ramai kesana kaum dusun tidak suka kehadiran mereka sebab kaum barunai golongan hartawan dan beragama islam. Waktu itu kaum dusun masih pagan dan mengamalkan animisme. Jadi menurut cerita orang-orang tua, seringkali berlaku peperangan antara kaum barunai dengan dusun sehingga kaum barunai menjadi semakin sedikit dan hampir pupus. Agak lama juga pertembungan demi pertembungah berlaku hingga membawa kepada campurtangan bangsa padas(Bisaya) dari Klias (Beaufort) untuk mengamankan suasana. Kelebihan bangsa padas, mereka beragama islam seperti kaum barunai dan amat mudah untuk memahami keperluan kaum barunai.

Manakala kelebihan kaum padas terhadap kaum dusun membakut ialah, bahasa mereka yang 80-90 peratus sama dan ini memudahkan perundingan dengan pihak dusun bagi mencari jalan penyelasaian. Ini kerana kaum barunai tidak tahu berbahasa dusun. Jadi keputusan pun dibuat dimana kaum barunai menetap di hilir sungai membakut dan kaum dusun di hulu sungai membakut. Perkataan membakut juga berasal dari bahasa padas(bisaya) bererti membuat empangan dan sesetengah bangsa dusun juga menggunakan bahasa yang sama iaitu bakut bermakna empang. Antara pemimpin padas(bisaya) yang dihormati di membakut iaitu keturunan dari pemimpin yang meleraikan persengketaan antara kaum barunai dengan kaum dusun ialah Awang Mat Saman. Sebagai mengenang jasa beliau, maka dewan SMK Membakut di namakan sempena nama beliau.

Lain pula kisah di daerah Klias dimana terdapat masyarakat dusun yang sukakan kedamaian. Mereka memohon membuat penempatan daripada raja bisaya pada masa itu, Sultan Awang Koyoh dan membuat sumpah untuk menjalinkan persaudaraan dengan kaum bisaya pada masa itu. Jika ada sesiapa yang pernah mendengar keturunan dusun yang tidak boleh makan labi-labi, maka mereka adalah keturunan yang pernah bersumpah menjadi saudara kepada kaum bisaya di klias. Kalau terpegang labi-labi sekalipun seluruh badan akan gatal dan penawarnya ialah ikan palian.

Kisah dusun hanyut di kuala penyu juga agak unik. Tetapi ini juga satu contoh betapa kaum dusun sanggup berkorban nyawa menyelamatkan kaum murut yang dilanda banjir besar dari daerah tenom suatu masa dahulu dan apabila mereka hanyut sampai ke laut, mereka diselamatkan oleh kaum manunggang di daerah kuala penyu. Jadi banyak contoh yang boleh kita pelajari disini.

Source : Sabah Forum

view all

Haji Saman Pengarah Sahat's Timeline