Dayang Aminah Tengku Astar

public profile

Is your surname Tengku Astar?

Research the Tengku Astar family

Dayang Aminah Tengku Astar's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Dayang Aminah Tengku Astar

Aminah adalah anak perempuan kepada Tengku Astar @ Nakhoda Astar dengan pasangannya seorang gadis Kadazan. Beliau mempunyai keturunan kesultanan Siak Sri Indra Pura daripada Riau iaitu Sultan Abdul Jalil Alamuddin Shah @ Raja Rabiul Alam [Sultan Siak ke-4, 1766-1780] yang mana baginda memputerakan Tengku Muhammad Ali yang kemudian berhijrah ke Brunei bersama-sama rombongan kerabat diraja yang lain termasuk adindanya Raja Akil. Tengku Muhammad Ali (Sultan Muhammad Ali) ini kemudian menetap di Kg. Burong Pingai Ayer dan menukar namanya menjadi Nakhoda Dato Khamis beranakkan Tengku Berahim @ Nakhoda Dato Samad beranakkan Tengku Astar dan beranakkan Aminah. Di segi susunan atau hirarki, Aminah adalah generasi ke-5 (piut) kepada Sultan Abdul Jalil Alamuddin Shah @ Raja Rabiul Alam. Tambahan lagi, beliau juga adalah penyambung darah Ahlul Bait (keluarga Rasulullah) generasi ke-39. Pendek kata, Aminah mewarisi darah Ahlul Bait dan juga penyambung darah Kesultanan Melaka, Johor-Riau dan Siak di Brunei. Semasa hayatnya Aminah bertemu jodoh dengan sepupu sekalinya, iaitu Abdul Kahar bin Pengarah Sahat beranakkan antara lain Budin, Apong, Buntar, Kilali, Tirahmat, dan Hjh Bariah.

والله أعلمُ