Dayang Pingai binti Dato Khamis @ Tengku Muhammad Ali

public profile

Is your surname Dato Khamis @ Tengku Muhammad Ali?

Research the Dato Khamis @ Tengku Muhammad Ali family

Dayang Pingai binti Dato Khamis @ Tengku Muhammad Ali's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Dayang Pingai binti Dato Khamis @ Tengku Muhammad Ali

Pingai adalah anakanda kepada Al-Marhum Tengku Muhammad Ali @ Sultan Muhammad Ali dengan pasangan baginda Tengku Embong Besar. Dalam pelayaran Dato Khamis (Tengku Muhammad Ali) yang pertama melarikan diri dari Siak, beliau berpatah balik ke Johor selepas mengebumikan isterinya Tengku Embong Besar di Kalaka, Kuching. Di Johor beliau bertemu anak perempuannya, Daeng Pingai, iaitu anak dari isterinya seorang puteri Bugis yang bermastautin di Johor.

Daeng Pingai dianggarkan dilahirkan pada tahun 1769. Nama kelahiran beliau adalah Dayang Pingai. Beliau memelihara seekor burung kakak tua yang pandai bercakap. Burung ini dibawa Daeng Pingai belayar bersama. Pelayaran Dato Khamis bersama keluarganya, kali kedua dan terakhir ini terus menuju ke Brunei. Sebelum memasuki Sungai Brunei, semua tanda kebesaran diraja disimpan di peti-peti yang dibawa bersama. Mereka masing-masing mengubah nama mereka, kecuali cucu-cucu Dato Khamis hanya dibuang gelaran Tengku. Daeng Pingai masih mengekalkan nama batang tubuhnya tetapi memakai nama Dayang sebagai ganti Daeng. Kapal Dato Khamis tiba di satu kawasan hutan bakau di ulu Sungai Brunei, berdekatan Jong Batu dan berlabuh di sana. Mereka tiba di sana waktu malam. Keesokan harinya, Dato Khamis ke istana sultan (Sultan Omar Ali Saifuddin I) meminta kebenaran berniaga dan bermastautin di Brunei. Setelah beroleh kebenaran, Dato Khamis dan ahli-ahli keluarganya memulakan penghidupan mereka di Brunei dengan berniaga. Di pagi hari kedua mereka di Brunei itu pun perniagaan mereka menunjukkan kemajuan.

Salah satu tarikan yang megembangmajukan perniagaan mereka ialah burung kakak tua Dayang Pingai. Kerana terlalu disukai ramai (terutama kanak-kanak), burung itu dipanggil burung pingai yang dimaksudkan burung kepunyaan Dayang Pingai. Oleh kerana kawasan di hutan di mana kapal mereka berlabuh itu menarik hati Dayang Pingai, akhirnya Dato Khamis memohon kebenaran istana membina rumah di situ. Dato Khamis mengupah beberapa orang tukang kayu Brunei untuk membina rumah tersebut. Apabila rumah siap, mereka sekeluarga berpindah dari kapal mereka dan mendiami rumah berkenaan. Dari hanya sebuah rumah milik Dato Khamis, kawasan hutan bakau itu bertukar menjadi sebuah perkampungan, dengan terbinanya beberapa buah rumah berdekatan rumah Dato Khamis. Setiap orang yang ingin berurusan perniagaan di sana pasti mengatakan "Pergi ke Kampung Burung Pingai". Akhirnya nama kampung yang berasal dari burung kakak tua milik Dayang Pingai kekal menjadi Kampung Burung Pingai hingga ke hari ini. Sungguhpun sebahagian besar ahli keluarga lelaki Dato Khamis menetap di Kampung Saba setelah berkahwin, Dayang Pingai masih setia tinggal di rumah Dato Khamis menjaga makan minum ayahnya.

Di satu pagi, pada tahun 1831, Dayang Pingai didapati oleh anak kemanakannya (Suma) tidak dapat menggerakkan badannya. Dua hari selepas itu Dayang Pingai meninggal dunia ketika berusia 62 tahun. Jasad beliau disemadikan bersebalahan jasad ayahandanya Dato Khamis di tanah perkuburan Islam Sungai Aying, Kampung Sungai Asam, Lumapas, Negara Brunei Darussalam.

والله أعلمُ

view all

Dayang Pingai binti Dato Khamis @ Tengku Muhammad Ali's Timeline

1831
1831
????
????
Tanah Perkuburan Islam Sungai Aying, Kampung Sungai Asam, Lumapas, Negara Brunei Darussalam