Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7)

How are you related to Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7)?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Muhammad Tajuddin ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I

Birthdate:
Death: February 11, 1807
Brunei (Brunei Darussalam)
Place of Burial: Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan
Immediate Family:

Son of Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78) and Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam binti binti Sultan Husin Kamaluddin
Husband of Dayang Siti Asiah; Dayang Pingai binti Dato Khamis @ Tengku Muhammad Ali and Raja Isteri Pg Anak Bulan binti Pg Digadong Pg Anak Abdul
Father of Pg Anak Bima ibni Sultan Muhammad Tajuddin; Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusuf @ Usop ibni Sultan Muhammad Tajuddin; Pg Anak Yaakub ibni Sultan Muhammad Tajuddin; Pg Anak Arshad ibni Sultan Muhammad Tajuddin; Pg Paduka Tuan Pg Anak Ishak ibni Sultan Muhammad Tajuddin and 3 others
Half brother of Pg Anak Siti Aishah binti Sultan Omar Ali Saifuddin I; Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22); Pg Kerma Indera Pg Anak Apong ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I; Pg Anak Babu Siti Khadijah @ Puteri Babau binti Sultan Omar Ali Saifuddin I; Dayang Hermegilda Estela of Taytay, Palawan and 9 others

Managed by: Private User
Last Updated:

About Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7)

19. SULTAN MUHAMMAD TAJUDDIN (TM 1778-1804) (TM 1804-1807)

Sultan Muhammad Tajuddin ibni Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin I merupakan Sultan Brunei ke-19 yang memerintah dua kali semasa hayatnya iaitu pada [1778-1804 & 1804-1807]. Baginda juga merupakan cucunda kepada Sultan Hussin Kamaluddin [Sultan Brunei ke-16, 1710-1730 & 1737-1740] yang mana bonda baginda adalah Raja Isteri Noralam binti Sultan Hussin Kamaluddin. Dikatakan pada tahun 1778 baginda telah mengambil alih takhta ayahanda menjadi Yang Di-Pertuan Muda dan menjadi Sultan Muhammad Tajuddin sehingga ayahanda baginda mangkat pada tahun 1795 baharulah baginda di takhtakan menjadi Sultan dan Yang Di-Pertuan Brunei.

Sultan Muhammad Tajuddin adalah salah seorang daripada Sultan Brunei yang adil dan bijaksana. Baginda memerintah negeri berdasarkan lunas-lunas Islam, dan sentiasa bermuafakat dengan para pembesar Diraja Brunei dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pentadbiran dan keselamatan negeri. Di samping itu baginda juga adalah seorang Sultan yang berminat dalam hal ehwal perekonomian khususnya yang berkaitan dengan perdagangan dan perniagaan. Ini kerana baginda pernah membuat hubungan perniagaan dengan Jawa dan Macao untuk memasarkan hasil masyhul Brunei di sana, antara barangan yang dipasarkan itu ialah kapur barus, lada hitam, lada putih, sarang burung, lilin dan lain-lain. Begitu juga untuk melihat masa depan Brunei yang cerah, baginda telah menyambung hubungan kerjasama keselamatan dan perdagangan dengan Sepanyol di Manila seperti yang telah dirintis oleh Al-Marhum Sultan Abdul Jalilul Akbar [Sultan Brunei ke-10, 1598-1659] dan Al-Marhum Sultan Muhyiddin [Sultan Brunei ke-14, 1673-1690]. Kemudian bagi menyemarakkan lagi hubungan Brunei-Manila ini, baginda telah mengirim surat kepada Gabenor Jeneral Sepanyol di Manila yang dibawa oleh utusan kepercayaan baginda Awg Aliakbar dan Panglima Tahir sebagai ganti diri baginda. Disebutkan juga oleh baginda dalam surat tersebut, iaitu pada meneguhkan dan mentahkikkan pertemuan dan persatuan serta tolong-menolong di antara kedua-dua tempat, kerana itulah kita jelas baginda, menyuruh Awg Aliakbar ini akan ganti pertemuan baginda dengan Senyor Gabenor. Maka sebagai mengakhiri surat itu baginda menyatakan, "suatupun tiada tanda hangat, hanyalah bedil dua pasang tiada sepertinya akan tanda thulus sahaja."

Pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Tajuddin, baginda telah menghantar utusan ke China untuk memasarkan barang-barang Brunei di sana. Baginda juga menghantar utusan kepada pemerintah Sepanyol di Manila untuk merapatkan hubungan di antara Brunei dengan Manila, Philippines. Adalah diceritakan, Sultan Muhammad Tajuddin ini sama seperti Al-Marhum Sultan Husin Kamaluddin [Sultan Brunei ke-16, 1710-1730 & 1737-1740], adalah Sultan yang berminat dalam persejarahan Brunei khususnya sejarah yang berkaitan dengan salasilah keturunan raja-raja datuk nenek baginda. Maka untuk memperingati persejarahan tersebut, baginda telah menitahkan menitahkan Khatib Hj Abd Latif bin Hj Mohd Taha untuk menyuratkan salasilah datuk nenek baginda di atas sebuah batu yang dinamakan 'Batu Tarsilah', sebagai tambahan kepada batu nisan makam anakanda baginda Sultan Muhammad Jamalul Alam I yang terletak di Makam Besar Diraja, Bandar Seri Begawan. Diriwayatkan, sebelum baginda lindung, Sultan Muhammad Tajuddin juga menitahkan supaya membuat rumah wakaf untuk kediaman jemaah haji Brunei di Makkah. Tujuan baginda berbuat sedemikian ini sebagai amal jariah baginda bagi memudahkan orang-orang Brunei yang mengerjakan haji dan tinggal yakni menetap di Makkah mendapatkan rumah penginapan ketika di sana. Disebutkan juga dalam surat wasiat itu, jika tiada orang Brunei, bolehlah kepada orang-orang yang memegang Tariqat Syeikh Muhammad bin As-Syeikh As-Syamie atau kepada orang Nusantara (Jawi) di Makkah yang bermazhab Syafie. Andainya jika ahli tariqat ini juga tidak ada, bolehlah orang-orang Jawi (penduduk di sebelah Kepulauan Alam Melayu) di Makkah yang bermazhab Shafie yang dipilih oleh Nazir Wakaf. Rumah Wakaf ini diwakilkan kepada Allahyarham Pehin Khatib Hj Awg Abd Latif selaku penyelenggarannya. Surat wakil atau surat wasiat itu ditulis dalam bahasa Arab, dan telah ditandatangani di hadapan Majlis Syariah dalam Makhamah Makkah Al-Musyarrafah.

Setelah 26 tahun Sultan Muhammad Tajuddin menerajui takhta kerajaan memerintah Brunei dengan adil, aman dan damai, kerana merasa usia baginda telah tua, maka baginda pun menurunkan diri daripada takhta kerajaan dan menyerahkan kepada anakanda baginda Pg Muda Muhammad Alam menjadi Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Bagindalah juga merupakan sultan yang memegang gelaran Begawan Sultan. Setelah memerintah selama lebih kurang lapan bulan baginda SMJA I lindung dan sekali lagi baginda Begawan Sultan Muhammad Tajuddin terpaksa mengambil alih takhta kerajaan Brunei untuk kali kedua. Baginda menabalkan cucunda baginda Pg Muda Omar Ali Saifuddin menjadi Sultan, tetapi oleh kerana cucunda baginda itu masih kecil, maka takhta itu pun baginda amanahkan kepada putera baginda Pg Anak Muhammad Yusof selaku pemangku Sultan, tetapi tawaran tersebut telah ditolak oleh Pg Anak Muhammad Yusof dengan alasan Pg Muda Omar Ali Saifuddin yang ditabalkan yang empunya hak. Apabila baginda mangkat pada tahun 1807, memandangkan cucunda baginda masih muda lalu takhta Kerajaan Brunei beralih kepada adinda baginda yang layak iaitu Pg Digadong Ayah menjadi Sultan Muhammad Kanzul Alam.

Baginda berkahwin dengan Raja Isteri Bulan binti Pg Digadong Pg Anak Abdul (sepupu sekali) beranakkan beberapa zuriat mereka adalah Pg Muda Muhammad Alam dan Pg Muda Saiful Rijal. Baginda juga berkahwin dengan Dyg Siti Asiah dan Dyg Pingai (pancir keturunan kesultanan Siak Sri Indra Pura daripada Riau iaitu anakanda kepada Tengku Muhammad Ali @ Sultan Muhammad Ali [Sultan Siak ke-5, 1766-1779]). Di antara zuriat baginda dengan Dyg Siti Asiah ialah Pg Anak Yaakub dan Pg Anak Muhammad Yusof. Manakala putera-putera baginda yang tidak gahara, antara lain ialah Pg Paduka Tuan Pg Anak Ishak, Pg Anak Bima, Pg Anak Muhammad Ali dan Pg Anak Arshad.

والله أعلمُ


1795 - 1804 and 1804 - 1807 H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Taj ud-din ibni al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saif ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, eldest son of H.H. Paduka Sri Sultan Omar 'Ali Saif ud-din I ibni al-Marhum Sultan Muhammad Ala ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his second wife, Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Nur Alam, educ. privately. Appointed as deputy ruler and invested as Yang di-Pertuan Muda with the personal title of Paduka Sri Sultan Muhammad Taj ud-din ibn Sultan Omar 'Ali Saif ud-din, 1780. Succeeded on the death of his father as Yang di-Pertuan, 10th July 1795. Crowned as Paduka Sri Sultan Muhammad Taj ud-din ibni al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saif ud-din. Abdicated in favour of his eldest son, 27th April 1804. Resumed the throne on his death, 10th November 1804. m. (first) H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Bulan, daughter of Y.A.M. Duli Pangiran di-Gadong Sahib ul-Mal ul-Mulk ul-Adli Pangiran Anak 'Abdu'l. m. (second) Y.M. Dayang Asiah, daughter of Mentri Husain. He d. at Brunei Town, 11th February 1807, having had issue: