Orang Kaya Besar Imas ibni Pg Muda Besar Abdullah

public profile

Is your surname ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar?

Research the ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar family

Orang Kaya Besar Imas ibni Pg Muda Besar Abdullah's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Orang Kaya Besar Imas ibni Pg Muda Besar Abdullah

Orang Kaya Besar Imas adalah anak kepada Pg Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar dengan pasangannya Siti Ambong. Beliau merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan 'Abdul Jalilul Akbar [Sultan Brunei ke-10, 1598-1659]. Dikisahkan, tatkala Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin (Sultan Muhyiddin) berburu binatang hutan di Subok, ia telah singgah di kampung Orang Kaya Besar Imas yang merupakan bapa saudaranya, untuk berdudun dan berehat. Kebetulan pada masa Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin itu sampai ke barung-barung Orang Kaya Besar Imas itu, beliau sedang berbual-bual dengan anak buahnya. Pada masa Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin menghampiri mereka, tanpa segan silu Orang Kaya Besar Imas bercakap kasar memberitahu anak buahnya bahawa anak raja sekarang tidak mempunyai darah malu, ayah mati dibunuh tangannya mengangkat sembah. Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin ini berkahwin dengan Pg Isteri Mariam binti Sultan Hj Muhammad Ali. Ayahanda mertuanya adalah Sultan Hj Muhammad 'Ali yang terkorban akibat terletusnya peperangan saudara selepas itu. Selepas bercakap itu iapun lantas berludah ke tanah untuk menunjukkan jijik dan rasa bencinya, dan pura-pura tersipu-sipu dan terperanjat lalu menegur Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin sambil berdatang sembah menjunjung ampun di atas ketelanjurannya meluahkan kata-kata kesat sedemikian. Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin memberitahu Orang Kaya Besar Imas, bukan mereka sengaja merapakkan sembah dan tidak mahu membalas dendam, tetapi apakan daya mereka sabda nya tidak berpenguasa.

Mendengar sabda Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin itu, Orang Kaya Besar Imas pun hiba (terharu) hatinya sambil menyatakan bahawa beliau dan anak buahnya sanggup menjadi penguasa berdiri berkering berbasah di belakang Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin dan keluarga. Di samping itu Orang Kaya Besar Imas juga berikrar yang beliau dan anak buahnya tidak akan ingkar daripada menjunjung apa jua yang disabdakan oleh Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin. Selain daripada itu jika diizinkan oleh Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin, mereka juga akan membuat kacau dan menghuru-harakan pusat bandar dengan mengaruk rumah-rumah rakyat dan istana Sultan 'Abdul Hakkul Mubin dan rumah besar Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin pada tiap-tiap malam. Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin sangat gembira mendengar sembah dan ikrar setia Orang Kaya Besar Imas itu. Tetapi walau bagaimanapun sebelum membuat keputusan Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin memberitahu ahli keluarganya mengenai perkara tersebut. Pada malam selepas berangkat balik dari barung-barung Orang Kaya Besar Imas di Subok itu, Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin pun memanggil sanak saudara dan kaum keluarga Al-Marhum Sultan Hj Muhammad 'Ali ke rumah besar Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin untuk mengadakan mesyuarat sulit mengenai perundingannya dengan Orang Kaya Besar Imas. Dalam permesyuaratan itu, masing-masing ahli keluarga mengeluarkan pendapat bahawa mereka mahu menuntut balas di atas kemangkatan Al-Marhum Sultan Hj Muhammad 'Ali, tetapi apakan daya jelas mereka kerana tidak berpenguasa. Setelah Pg Bendahara Pg Muda Muhyiddin menerangkan yang mereka mendapat sokongan daripada orang-orang di darat (puak Kedayan), mereka pun memberikan ikrar persetujuan untuk menuntut bela di atas kemangkatan Al-Marhum Sultan Hj Muhammad 'Ali. Semasa berlakunya peperangan saudara itu, kubu Orang Kaya Besar Imas adalah di Sungai Besar yang diketuai oleh Orang Kaya Besar Imas sendiri. Saat serangan ke Pulau Chermin itu dimulakan, pihak Sultan Muhyiddin di Tanjung Kindana pun menembakkan meriam besar ke Pulau Chermin bagi membuka jalan memudahkan orang Brunei dan orang Kedayan di Sungai Besar mendarat dan melancarkan serangan ke Pulau Chermin sehingga pihak Sultan 'Abdul Hakkul Mubin pun kalah dan mangkat di pulau 'pusara' itu.

view all

Orang Kaya Besar Imas ibni Pg Muda Besar Abdullah's Timeline