Pg Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar ibni Sultan 'Abdul Jalilul Akbar

public profile

Is your surname Sultan 'Abdul Jalilul Akbar?

Research the Sultan 'Abdul Jalilul Akbar family

Pg Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar ibni Sultan 'Abdul Jalilul Akbar's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar ibni Sultan 'Abdul Jalilul Akbar

Also Known As: "Raja Besar Abdullah / Pg Muda Besar Abdullah Abdul Kahar"
Birthdate:
Death: 1637
Madang-madang, Labuan (Murder by poisoning)
Immediate Family:

Son of Sultan 'Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke10: 1598-1659) and Puteri Raja Brunei
Husband of Pg Anak Puteri Besar binti Sultan Abdul Hakkul Mubin and Siti Ambong binti Abdul Rahman
Father of Pg Anak Besar binti Pg Muda Besar Abdullah; Pg Labar binti Raja Besar Abdullah @ Pd Muda Besar Abdullah; Pg Saiful Rijal; Pg Digadong Pg Kasim; Pg Derma Wangsa and 5 others
Half brother of Pg Anak Tuah ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar; Raja Ahmad ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar; Pg Anak Tinggal binti Sultan Abdul Jalilul Akbar; Raja Sari binti Sultan Abdul Jalilul Akbar; Raja Ratna binti Sultan Abdul Jalilul Akbar and 8 others

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar ibni Sultan 'Abdul Jalilul Akbar

Pg Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar merupakan anakanda sulung kepada Al-Marhum Sultan Abdul Jalilul Akbar [Sultan Brunei ke-10, 1598-1659] dengan pasangan baginda Puteri Raja Brunei. Dikenali juga dengan nama Raja Besar Abdullah. Pada tahun 1659, Pulau Labuan pernah dijadikan tempat kediaman Pg Muda Besar Abdullah, tatkala Pg Muda Besar Abdullah ini mengundurkan diri dari Brunei, semasa adindanya Pg Muda Besar Sulong (Pg Muda Abdul Jalilul Jabbar) ditabalkan menjadi Sultan walhal menurut Pg Maharaja Lela, seorang yang banyak mengetahui tentang salasilah dan Adat Istiadat Diraja Brunei, bahawa Pg Muda Besar Abdullah itu adalah lebih layak menjadi Sultan, menggantikan ayahandanya, Sultan Abdul Jalilul Akbar kerana Pg Muda Besar Abdullah anak tua lagi gahara. Perselisihan faham yang tercetus itu akhirnya dapat diselesaikan oleh para pembesar Diraja bahawa penabalan Pg Muda Besar Sulung itu dijalankan menurut keputusan 'muafakat' kerana Adat Istiadat dapat dibatalkan oleh muafakat, tambahan pula semasa hayat Sultan Abdul Jalilul Akbar masih ada, baginda telah menetapkan Pg Muda Besar Sulung ialah pengganti baginda untuk menaiki Takhta Kerajaan Brunei.

Diceritakan bahawa Pg Muda Besar Abdullah dibunuh oleh seorang pengawal istana bernama Junggal bin Minu bin Tahat (berasal dari Bugis). Dititahkan si Junggal oleh adinda Pg Muda Besar Abdullah sendiri iaitu Pg Muda Besar Sulung kemudian menjadi Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar, untuk membunuh kekandanya itu memandangkan Pg Muda Besar Abdullah itu seorang yang gagah perkasa, Junggal berasa khuatir juga hendak melakukan pembunuhan itu dengan senjata. Maka akhirnya pembunuhan itu dilakukannya dengan cara halus iaitu dengan menggunakan racun yang di campur dalam makanan Pg Muda Besar Abdullah sebagaimana yang dihasratkan oleh Pg Muda Besar Sulung. Menurut sumber, Junggal adalah teman seperguruan Pg Muda Besar Abdullah. Peristiwa itu telah menimbulkan risik-risik dan syak-wasangka yang tidak berkepastian terhadap Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar. Tetapi walau bagaimanapun baginda dikatakan terlalu sugul (berasa dukacita) di atas kemangkatan kekanda baginda itu, dan telah berikhtiar menyelidiki kedudukan perkara tersebut. Berikutan kejadian malang itu baginda telah menitahkan supaya keluarga kekanda baginda yang diam di Labuan itu dijunjung dibawa balik ke Brunei.

Menurut tradisi lisan, setelah pembunuhan Pg Muda Besar Abdullah itu dan ahli keluarganya dibawa balik ke Brunei, putera Pg Muda Besar Abdullah yang tua bernama Pg Anak Jamaluddin telah melarikan diri ke Melabau kerana takut dibunuh. Semasa di Melabau, Pg Anak Jamaluddin telah membuang nama pengirannya menjadi Paduka 'Abdul Jamaluddin. Disebutkan juga dalam tradisi lisan penggunaan 'Paduka' di pangkal nama itu digunakan juga oleh anak cucunya. Selepas peristiwa pembunuhan tersebut, Junggal merasa sangat bersalah dan timbul penyesalan yang tidak putus-putus di hati beliau ini kerana Pg Muda Besar Abdullah itu tidak berdosa kepadanya tambahan lagi Pg Muda Besar Abdullah itu adalah teman seperguruannya. Akibat dari tidak dapat menahan perasaan bersalahnya, akhirnya Junggal mengambil keputusan untuk membunuh Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Pg Muda Besar Sulung) juga secara sembunyi-sembunyi sama seperti yang dilakukannya kepada Pg Muda Besar Abdullah. Selesai melakukan pembunuhan ia pun melarikan diri ke Labuan dan bersembunyi di sana. Selepas Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar pun lindung, dan takhta kerajaan digantikan oleh ayahanda petuan baginda Sultan Hj Muhammad 'Ali. Semasa hayatnya beliau berkahwin dengan Pg Anak Puteri Besar (puteri kepada Sultan Abdul Hakkul Mubin) dan Siti Ambong binti Abd Rahman (asal orang darat) beranakkan beberapa orang cahayamata. Mereka adalah Sultan Nasruddin, Pg Pemancha, Pg Sabtu, Pg Derma Wangsa, Pg Digadong Pg Kasim, Pg Anak Besar, Pg Labar, Pg Abdul Momin dan Orang Kaya Besar Imas.

والله أعلمُ‎