Pengiran Amir Abbas ibni Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza

public profile

Is your surname Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza?

Research the Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza family

Pengiran Amir Abbas ibni Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pengiran Amir Abbas ibni Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza

Pg Amir Abbas adalah anak kepada Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza dengan pasangannya yang berasal dari Brunei. Beliau mempunyai waris kesultanan Melayu Brunei melalui Al-Marhum Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar [Sultan Brunei ke-11, 1659-1660] yang mana baginda memputerakan Pg Bendahara Pg Anak Untong yang beranakkan Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza dan beranakkan Pg Amir Abas. Di segi susunan atau hirarki, Pg Amir Abas adalah generasi ke-4 (cicit) kepada Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar. Diriwayatkan, semasa zaman pemerintahan Sultan Muhammad Alam [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828] baginda sangal terkenal dengan kezaliman, Sultan garang dan galak. Pemerintahan baginda sangat keras dan zalim. Penganiayaan dan pembunuhan amat berleluasa, termasuk membunuh kanak-kanak damit untuk dijadikan mangsa ilmu hitamnya. Oleh kerana dari masa ke masa keadaan ketenteraman Brunei terus-menerus kacau, perasaan rakyat semakin bertambah gelisah dan ketakutan, maka untuk memelihara kepentingan rakyat daripada terancam, agar Brunei selamat, kembali aman sejahtera, Raja Isteri Noralam (Pg Anak Puteri Noralam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul Alam), bonda kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II, telah bertawakal kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala mengambil punggur ke hadapan, iaitu pada tahun 1828, baginda telah menitahkan kepada rombongan yang diketuai oleh Pg Amir Abas ini yang terkenal gagah perkasa untuk membuang Sultan Muhammad 'Alam dengan cara tipu, menjunjung Sultan Muhammad 'Alam berangkat ke Pulau Chermin. Setelah sampai di Pulau Chermin, tatkala rombongan yang dititahkan itu mula hendak mengikat baginda, maka baginda pun mengerakkan badan dengan kuat untuk melepaskan diri hingga sekalian ahli rombongan yang dititahkan membuat pekerjaan hendak membuang atau membunuh itu pun ketakutan dan lari berterjunan ke air, kerana mereka mengetahui bahawa baginda adalah seorang yang gagah perkasa yang sukar ditandingi. Besar kemungkinan yang dimaksudkan sini Pg Amir Abas itu adalah anak kepada Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza yang hidup di zaman Sultan Muhammad 'Alam pada tahun 1826. Pg Amir Abas ini mempunyai jurai keturunan Kesultanan Melayu Brunei melalui Al-Marhum Sultan Abdul Jalilul Jabbar yang memputerakan Pg Bendahara Pg Anak Untong beranakkan Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza dan beranakkan Pg Amir Abas. Jelas pertalian ini Pg Amir Abas merupakan cicit kepada baginda Sultan Abdul Jalilul Jabbar.

والله أعلمُ

view all

Pengiran Amir Abbas ibni Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza's Timeline