Pg Temenggong Raja Tua ‘Abdul Momin Amirul Faza ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong

Is your surname ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong?

Research the ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong family

Pg Temenggong Raja Tua ‘Abdul Momin Amirul Faza ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Pg Temenggong Raja Tua ‘Abdul Momin Amirul Faza ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong

Also Known As: "Raja Tua Abdul Momin / Amirul Faza / Pg Temenggong Sahibul Bahar Abdul Momin"
Birthdate:
Death:
Place of Burial: Sabah
Immediate Family:

Son of Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Sultan Abdul Jalilul Jabbar and Wife Pg Anak Untong
Husband of NN Pg Temenggong and Isteri Di Menggatal Sabah
Father of Pg Bendahara Pg Aliuddin ibni Pg Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza; Pg Temenggong Raja Tua Abd Rajid; Pengiran Abd Naji ibni Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza; Pengiran Abdul Wali ibni Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza; Pengiran Amir Abbas ibni Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza and 13 others
Brother of Pg Seri Rama Pg Temenggong Jadid; Pg Babu Pg Anak Sharbanun binti Pg Bendahara Pg Anak Untong; Pengiran Ali Akbar Bin Pg Bendahara Anak Untung; Pg Abd Haris ibni Pg Bendahara Anak Untong and Pengiran Bungsu ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Temenggong Raja Tua ‘Abdul Momin Amirul Faza ibni Pg Bendahara Pg Anak Untong

Pg Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza atau digelar Raja Tua di Mengkabong, Sabah. Pg ‘Abdul Momin ini merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Jalilul Jabbar [Sultan Brunei ke-11, 1659-1660] yang mana baginda memputerakan Pg Bendahara Pg Anak Untong @ Ampuan Untong dan beranakkan Pg Temenggong Raja Tua Abdul Momin. Seperti ayahandanya juga, dikatakan Pg ‘Abdul Momin ini adalah seorang pemuda segak, pintar, kuat dan gagah perkasa kerana jasa-jasanya yang mendaulatkan bangsa dan tanahairnya maka Al-Marhum dikurniakan gelaran dan diarak menjadi Pg Temenggong. Menurut cerita orang tua-tua, selama Pg Temenggong ‘Abdul Momin menjawat gelaran Pg Temenggong, Brunei dikatakan sentiasa dalam keadaan yang aman damai, musuh tidak berani datang membuat kacau dan huru hara kerana takut kepadanya. Oleh kerana disebabkan apa juga pekerjaan yang dititahkan kepadanya selalu beroleh kemenangan, terutama ketika mengeluari musuh maka Pg ‘Abdul Momin pun termasyhur dengan nama Amirul Faza yakni yang bererti Putera Raja Diraja. Disebabkan juga terlalu lama menjawat gelaran Pg Temenggong maka juga terkenal dengan sebutan Raja Tua.

Menurut catatan sejarah iaitu kira-kira penghujung 1700 di zaman pemerintahan Sultan ‘Omar ‘Ali Saifuddien I, [Sultan Brunei ke-18, 1740-1795], di wilayah Sabah bertempat di sekitar Menggatal, telah terjadi kekacauan iaitu dari orang-orang Belangingih/Balangingi dan Illanun yang dikatakan bermaharajalela di perairan Sabah khususnya di Menggatal. Sehingga rakyat dan penduduk di sana dalam keadaan susah. Maka untuk mengatasi permasalahan tersebut, maka Pg Temenggong dititahkan oleh baginda Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I untuk berangkat kesana untuk mengamankan keadaan. Dengan izin Allah dan juga daulat Sultan Brunei, segala permasalahan tersebut dapat diatasinya. Menurut sumber lagi, kedatangan Pg Temenggong Raja Tua ‘Abdul Momin Amirul Faza di Mengkabong itu adalah diatas titah baginda Sultan untuk mengamankan kawasan tulin anakanda puteri baginda iaitu Puteri Babau @ Pg Anak Puteri Khadijah di Mengkabong dari kekacauan yang dilakukan oleh Illanun. Pg Anak Puteri Babau telah berkahwin dengan Pg Temenggong Abdul Rauf bin Pg Anak Abdul Rahman ibni Pg Temenggong Dakula Abd Rauf ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin. Tanah tulin Mengkabong itu adalah hadiah perkahwinan dari ayahandanya Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin. Sejak keberangkatan Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza ke Sabah itu ia pun terus diam menetal di Manggatal hingga akhir hayatnya. Pg Temenggong Raja Tua Abdul Momin Amirul Faza telah lama diam di Menggatal sehingga mangkat disana dan dimakamkan di atas bukit kecil di Pulau Sinurop, Mengkabong.

Pg Temenggong 'Abdul Momin Amirul Faza ini mempunyai ramai anak antaranya yang terkenal Pg Bendahara Pg Aliuddin, Pg Temenggong Pg Abdul Rajid, Pg Maharaja Dinda, Pg Abdul Naji, Pg Abdul Wali, Pg Amir Abas, Pg Abdul Jalil, Pg Jaga, Pg Jariah, Pg Isteri Gandi dan Pg Abdul Ghafur @ Kapur. Dengan isterinya di Manggatal (Sabah), Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza ini beranakkan Datu Illang, Datu Temenggong dan Datu Tugo. Seperti ayahnya juga, ketiga-tiga mereka ini adalah anak-anak yang pintar dan gagah berani. Berdasarkan cerita lisan golongan tua Mengkabong yang masih mengingati peristiwa silam, mereka mengatakan bahawa Raja Tua sendiri melancarkan serangan balas dengan menghantar angkatan tentera Mengkabong yang diketuai oleh anak-anaknya untuk membalas serangan musuh sehingga ke kawasan perairan di bawah penguasaan Sharif Osman, Kesultanan Sulu, Kesultanan Magindanau di Filipina serta kawasan Limbang, Mukah, Oya dan Sambas di Sarawak. Ketika pahlawan Sharif Osman yang diketuai oleh anak-anaknya menguasai Merudi waktu itu dapat dikalahkan oleh pahlawan dari Manggatal, maka Sharif Osman telah bertanya kepada Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza, siapakah yang menewaskan anak-anaknya dan para pahlawannya itu. Tatkala Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza memberitahu bahawa orang yang menewaskan anak-anak Sharif Osman itu adalah anaknya sendiri, maka Sharif Osman pun terdiam, dan memohon maaf bagi pihak anak-anaknya atas keterlanjurannya itu, serta menjunjung perkara itu diselesaikan secara damai. Pada penghujung abad ke-18, Raja Tua telah dititahkan oleh Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I untuk berangkat ke Sungai Mengkabong untuk memerangi orang Balangingi dan Iranun yang mempunyai hubungan baik dengan Syarif Osman, Kesultanan Sulu dan Kesultanan Magindanau. Masyarakat Balangingi dan Iranun bermaharajalela di sepanjang perairan dan perkampungan Sungai Mengkabong dengan membakar rumah orang kampung serta membawa lari ahli keluarga dan ternakan penduduk dari Sungai Mengkabong. Terdapat beberapa ahli keluarga penduduk di Sungai Mengkabong dijual sebagai hamba abdi yang dihantar ke beberapa tempat seperti Tawi Tawi dan Jolo kepulauan Filipina.

Pada masa yang sama, ada beberapa orang golongan pembesar tempatan yang dilantik oleh Sultan Omar 'Ali Saifuddin I untuk memerangi Sharif Osman yang berkuasa di Kota Marudu serta cuba untuk melepaskan diri daripada pengaruh Kesultanan Brunei. Diceritakan bahawa Sharif Osman mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Pg Yusof (musuh Raja Tua), yang dikatakan agak rapat dengan golongan istana Kesultanan Brunei. Hal ini menyebabkan Pg Yusof dan Sharif Osman mahu meluaskan kuasa dan pengaruh dari Kota Marudu sehingga ke seluruh Borneo Utara dengan menggunakan bantuan Kesultanan Sulu bagi menghapuskan Kesultanan Brunei di pantai barat Borneo Utara. Oleh itu, Sultan Brunei menghantar Raja Tua untuk mengetuai angkatan bersenjata di kawasan darat dan laut. Sultan Omar 'Ali Saifuddin I menitahkan Raja Tua untuk menghalang penguasaan dan pengaruh Sharif Osman dan Pg Yusof. Raja Tua telah mengetuai angkatan tentera laut yang sangat kuat dan digeruni sehingga beliau mendapat gelaran Raja Laut. Raja Tua telah mempersiapkan angkatan perang dengan mengarahkan rakyat untuk menyertai angkatan perang Brunei bagi melancarkan serangan terhadap Sharif Osman demi keselematan Kerajaan Kesultanan Brunei. Raja Tua mengawasi kegiatan perdagangan di seluruh wilayah Kesultanan Melayu Brunei dan negara Nusantara lain, dengan dibantu oleh Pg Shahbandar dan ketua-ketua tempatan. Raja Tua juga memainkan peranan dalam melaksanakan undang-undang seperti yang diperintahkan oleh Sultan. Beliau berkuasa menangkap mana-mana individu yang melakukan kesalahan dan seterusnya menjatuhkan hukuman ke atas mereka. Selain itu, Raja Tua juga bertanggungjawab dalam pentadbiran agama Islam. Beliau dibantu oleh golongan Sharif, Manteri Ugama, Datuk Imam, Pehin Siraja Khatib, Pehin Udana Khatib, serta segala Khatib dan Mudim.

Di samping itu, Raja Tua berperanan dalam menjaga kebajikan masyarakat, anak-anak yatim dan golongan yang tertindas. Dalam menjalankan tugasnya, Raja Tua dibantu oleh 8 orang Cheteria dan 8 orang Pehin-Pehin Manteri, termasuklah Pehin Orang Kaya Shahbandar, Pehin Orang Kaya Setia Pahlawan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan, Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan, Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan, Pateh, Damong dan Mudim. Catatan Forrest (1776) menyatakan bahawa masyarakat Bajau di Mengkabong adalah golongan nelayan yang gigih mencari hasil laut. Mereka berasal dari Johor iaitu dari sebelah timur selat Melaka. Mereka suka tinggal berdekatan dengan laut dengan mendirikan rumah di atas air dan biasanya di muara sungai, menggunakan tiang-tiang kecil. Di Mengkabong sahaja ketika itu, masyarakat Bajau telah mengumpul sehingga 2000 orang angkatan tentera, 1000 orang di Mengkabong, 600 orang di Tempasuk, 400 orang di Pandasan dan selebihnya dari Abai, Ambong dan Sulaman. Tanggungjawab Raja Tua bukan saja menjaga wilayah jajahan Brunei, bahkan menjaga Sungai Tulin Mengkabong dan keseluruhan wilayah jajahan Kesultanan Brunei.

Beberapa lama diam di Manggatal, Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza pun mangkat dan dimakamkan di atas sebuah bukit kecil, Pulau Sinurop, Mengkabong. Nisan Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza ini dibuat daripada kayu bulian dan selalu ditukar ganti dengan yang baru kerana nisan tersebut selalu dirubit (untuk diambil) orang terutama oleh anak cucunya. Menurut ahli waris yang menceritakan, kononnya apabila anak cucunya sakit atau mendapat malapetaka, mereka selalu menziarahi makamnya ini dan merubit sedikit nisan Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin ini, sambil berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi mendapat berkat daripadanya. Setelah rubitan nisan itu direndam, airnya diminum dan dibuatkan mandi oleh si sakit, dengan izin Allah Subhanahu wa Ta'ala, si sakit itu telah sembuh dan sihat seperti biasa.

والله أعلمُ