Pengiran Temenggong Kadir - Ruler of the Negeri Saribas

public profile

Pengiran Temenggong Kadir - Ruler of the Negeri Saribas's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Temenggong Pg Abdul Kadir

Birthdate:
Birthplace: Brunei Darussalam
Death: Sarawak, Malaysia
Immediate Family:

Son of Pg Sidewa Maharaja ibni Pg Temenggong Pg Anak Mahmud and Dayang
Husband of Dyg Hajjar
Father of Pg Kachi @ Dyg Chee binti Pg Temenggong Pg Abdul Kadir

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pengiran Temenggong Kadir - Ruler of the Negeri Saribas

Pg Temenggong Pg Abdul Kadir adalah anak kepada Pg Sidewa Maharaja. Beliau adalah cicit kepada Al-Marhum Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] yang mana baginda memputerakan Pg Temenggong Pg Anak Mahmud beranakkan Pg Sidewa Maharaja dan beranakkan Pg Abdul Kadir. Diriwayatkan, Pg Temenggong Pg Abdul Kadir telah mengundurkan diri dari Brunei ke Sarawak, kerana anak perempuannya telah dikehendaki oleh Al-Marhum Sultan Nasruddin [Sultan Brunei ke-15, 1690-1710]. Menurut lazimnya menjadi mertua kepada Sultan itu adalah suatu penghormatan, tetapi bagi Pg Temenggong Pg Abdul Kadir, ia telah mendatangkan dukacita dan menimbulkan perasaan kurang senang serta tidak sedap rasa menelan kasih ibarat makan makanan yang lazat berisi duri. Kesedihan dan ketidaksenangan Pg Temenggong Pg Abd Kadir ini timbul kerana mendengar berita keadaan Pg Isteri (sebutan isteri kepada isteri raja/Sultan sebelum berpuspa) yang menjadi madu anak perempuannya itu sentiasa dalam keadaan masyghul dan berdukacita disebabkan oleh perkahwinan tersebut.

Tatkala Pg Temenggong Pg Abd Kadir mengadap Sultan Nasruddin, ia telah berdatang sembah menjunjung anugeraha untuk membawa perasan pilu bercampur segan kepada Sultan Nasruddin, dan baginda merasa terharu kerana sembah Pg Temenggong Pg Abd Kadir itu telah menggambarkan perasaan isi hatinya yang sangat menyayat dan mendatangkan kesan yang dalam kepada baginda, tetapi baginda tidak berdaya hendak mengelak perkara itu, melainkan baginda memperkenankan dengan perasaan sayu dan terharu. Pada masa Sultan Nasruddin bertitah menanyakan maksud Pg Temenggong Pg Abd Kadir itu datang mengadap, Pg Temenggong Pg Abd Kadir dengan perasaan yang terharu berdatang sembah jika tidak menjadi kemurkaan baginda, ia hendak menjunjung anugera bertukar angin ke Sarawak. Kemudian sembahnya lagi: "Bukan patik inda bersyukur di atas anugeraha kasih sayang, jauh sekalian disangkal kerana nyata dipandang ramai. Inda dapat dilupakan waktu abis patik hanyut di sungai, macam sampar hanyut dibawa aying, duli tuan patik memungut ke istana. Bukan diampai-ampaikan, ditaruh di atas panggau peraduan. Kata orang tua-tua, kalau disebut istana, jangankan emas dan perak, candas gagawi lagi mulia, apatah lagi di atas panggau. Hanya munkan ampun, ibarat makan makanan lazat, sekali makan duri merait. Nyaman pebaik makanan atu, tapi perut kenyang rasa gelisah. Iatah patik mengadap, akan menjunjung anugeraha beralih angin ke Sarawak membawa rasa yang dideritai.". Setelah mendengar sembah Pg Temenggong Pg Abd Kadir yang bercampur hiba itu, Sultan Nasruddin pun terdiam, dan baginda dapat memahami maksudnya. Kemudian baginda pun bertitah dengan perlahan-lahan: "Beta faham maksud tuan peramba, tapi jangan saja batah". Ketika diam di Sarawak, Dato Godam telah berjumpa dan berkenalan dengan Pg Temenggong Pg Abd Kadir. Hasil daripada perkanalan mereka inilah yang mendorong dan menggalakkan Dato Godam datang ke Brunei.

والله أعلمُ

view all

Pengiran Temenggong Kadir - Ruler of the Negeri Saribas's Timeline