Pg Maulana Pg Digadong Pg Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I

Is your surname ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I?

Connect to 18 ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I profiles on Geni

Pg Maulana Pg Digadong Pg Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Maulana Pg Digadong Pg Anak Muhammad Tajuddin ibni Sultan Muhammad Jamalul Alam I

Pg Anak Muhammad Tajuddin lahir pada tahun 1796 dan merupakan putera kepada Sultan Muhammad Jamalul Alam [Sultan Brunei ke-20, 1804] dengan pasangan baginda Ampuan Mariam. Beliau juga adinda kepada Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852]. Ketika hayatnya beliau membawa gelaran Pg Maulana kerana kewarakkannya. Beliau juga membawa wazir nama Pg Temenggong ketika awal zaman pemerintahan kekandanya iaitu Al-Marhum Sultan ‘Omar ‘Ali Saifuddin II dan Pg Anak Muhammad Tajuddin ini juga dikenali dengan Pg Anak Tajuddin Ayah. Semasa Al-Marhum Sultan ‘Omar ‘Ali Saifuddin II bersemayam di Ulu Damuan ketika angkatan-angkatan James Brooke melanggar Brunei, baginda telah dikawal rapi oleh pengiring-pengiring baginda, termasuk saudara baginda Pg Anak Muhammad Tajuddin (Pg Digadong) sendiri. Jasa mereka telah diambil perhatian berat oleh baginda, dan baginda menyifatkan beliau itu sebagai penyelamat yang telah menyembahkan diri mereka semata-mata untuk meneguhkan taat setia kepada Sultan. Apabila Sultan Omar Ali Saifuddin II mangkat maka beliau diarak lagi menjadi Pg Digadong oleh pengganti seterusnya iaitu Sultan Abdul Momin.

Diceritakan sewaktu Sultan Omar Ali Saifuddin II mangkat, ada dua calon untuk diangkat sebagai pengganti Sultan iaitu Al-Marhum beliau (adinda kepada SOAS II) dan Pg Anak Abdul Momin ibni Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab (yang juga merupakan menantu kepada SOAS II). Selain itu, pada waktu yang sama Pg Anak Abdul Momin juga memegang jawatan Pg Bendahara. Dalam pemilihan tersebut, Pg Digadong Pg Anak Muhammad Tajuddin telah menolak perlantikan tersebut lalu beliau mencalonkan anakanda beliau yang bernama Pg Muda Muhammad Jamalul Alam (berbondakan Pg Anak Siti Fatimah binti Pg Muda Saiful Rijal). Calonan bagi Pg Muda Muhammad Jamalul Alam ini dibuat berdasarkan Pg Muda Muhammad Jamalul Alam adalah dari keturunan Pengiran Bentaras yang menggunakan gelaran Pg Muda serta disebabkan beliau juga merupakan menantu kepada SOAS II dan layak untuk menjadi pengganti raja. Pada waktu tersebut, Al-Marhum yakin anakanda beliau memang layak untuk diangkat menjadi sultan tetapi malangnya harapan dan keyakinan beliau untuk melihat anakanda beliau menjadi sultan musnah apabila dikatakan banyak pembesar dan kerabat memilih Pg Anak Abdul Momin untuk diangkat menjadi Sultan Brunei yang ke 24. Apabila sampai kepengetahuan Pg Digadong Pg Anak Muhammad Tajuddin akan pemilihan tersebut, beliau merasa teramat malu dan dukacita lalu dikatakan melebur diri menggunakan serbuk senjata. Setelah beliau mangkat, maka anakandanya Pg Muda Muhamamad Jamalul Alam dikatakan membawa diri lari ke North Borneo (Sabah) kerana malu dan dukacita.

والله أعلمُ


1) Y.A.M. Sri Paduka Maulana Pangiran di-Gadong Sahib ul-Mal Pangiran Anak Muhammad Taj ud-din (s/o a junior wife). m. Y.M. Pangiran Anak Fatima. He had issue:

a) Y.A.M. Pangiran Muda Besar Muhammad Jamal ul-Alam. m. Y.A.M. Paduka Sri Pangiran Babu Pangiran Anak Saleha, fourth daughter of his paternal uncle, H.H. Paduka Sri Sultan Omar 'Ali Saif ud-din II Jamal ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jamal ul-Alam, Sultan of Brunei Dar us-Salam.

He had issue:

i) Y.A.M. Pangiran Babu Siti Khadija. m. Y.A.M. Sri Paduka Duli Pangiran Besar Pangiran Muda Omar 'Ali Saif ud-din (d.v.p. at Brunei Town, 25th June 1905), eldest son of H.H. Sri Paduka Bawah Duli Yang di-Pertuan Sultan Hashim Jalil ul-Alam Akam ud-din ibni al-Marhum Sri Paduka Maulana Sultan Omar 'Ali Saif ud-din II, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his second wife, Pangiran Chandra Kesuma.

https://www.royalark.net/Brunei/brunei8.htm