Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I [Sultan Brunei ke-20, April-Nov 1804]

How are you related to Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I [Sultan Brunei ke-20, April-Nov 1804]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I [Sultan Brunei ke-20, April-Nov 1804]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I [Sultan Brunei ke-20, April-Nov 1804]

20. SULTAN MUHAMMAD JAMALUL 'ALAM I (TM 1804)

Baginda adalah Pg Muda Muhammad Alam atau Pg Muda Tengah Muhammad sebelum ditabalkan menjadi Sultan ketika pemerintahan ayahandanya Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin [Sultan Brunei ke-19, 1795-1804]. Pg Muda Muhammad 'Alam adalah putera kepada Sultan Muhammad Tajuddin dengan pasangan baginda Raja Isteri Pg Anak Bulan. Ayahandanya turun takhta secara sukarela hendak memberi alih kerajaan Brunei kepada baginda dan baginda pun menjadi Sultan Muhammad Jamalul Alam I. Menurut sejarah, Sultan Muhammad Jamalul Alam I ini menaiki takhta kerajaan pada hari Khamis, 26 April 1804. Pemerintahan baginda adalah yang paling singkat iaitu kurang dari setahun (kurang 8 bulan) kerana baginda telah mangkat awal. Maka takhta kerajaan beralih balik kepada ayahandanya yang memerintah Brunei sebanyak dua kali untuk beberapa tahun.

Ketika baginda mangkat di umur awal, ayahanda mertuanya iaitu Pg Digadong Ayah pun telah naik menjadi Sultan Brunei untuk menggantikan Sultan Muhammad Tajuddin yang mangkat maka Pg Digadong Ayah menjadi Sultan Muhammad Kanzul 'Alam [Sultan Brunei ke-21]. Ini kerana anakanda baginda (Pg Muda Omar Ali Saifuddin) pada masa itu masih belum cukup umur maka masih di bawah jagaan ibundanya (Raja Isteri Nor Alam) dan orang kanannya. Baginda berkahwin dengan sepupu sekalinya iaitu Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (yang mana Pg Digadong Ayah adalah adinda kepada Sultan Muhammad Tajuddin). Perkahwinan mereka berputerakan Pg Muda 'Omar 'Ali Saifuddin II, Pg Muda Muta Alam dan seorang puteri tidak diketahui nama (isteri kepada Sultan Abdul Momin). Baginda juga berkahwin dengan Ampuan Mariam berputerakan Pg Maulana Pg Digadong Pg Anak Muhammad Tajuddin. Disebutkan juga, baginda ini tidak lama di atas takhta kerajaan, iaitu kira-kira lapan bulan menerajui takhta kerajaan, baginda pun jahat nyawa (gering) dan lindung pada hari Sabtu, 10 November 1804 dan digelar Marhum Makam Damit dan dimakamkan di Makam Besar Diraja, Bandar Seri Begawan. Maka takhta kerajaan pun pulang balik kepada ayahanda baginda Sultan Muhammad Tajuddin.

والله أعلمُ


H.H. Al-Wasik Malik ul-Alam Paduka Sri Sultan Muhammad Jamal ul-Alam I ibni al-Marhum Sultan Muhammad Taj ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, son of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Taj ud-din ibni al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saif ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his first wife, Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Bulan, daughter of Duli Pangiran di-Gadong Sahib ul-Mal ul-Mulk ul-Adli Pangiran Anak 'Abdu'l. Ascended the throne on the abdication of his father, 27th April 1804. m. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Nur Alam, daughter of his uncle, H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Khanz ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saif ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by his wife, Pangiran Saleha. He d. 10th November 1804, having had issue, three sons and a daughter