Pg Temenggong Pg Muda Amir Bahar ibni Sultan Muhammad Alauddin

public profile

Is your surname ibni Sultan Muhammad Alauddin?

Research the ibni Sultan Muhammad Alauddin family

Pg Temenggong Pg Muda Amir Bahar ibni Sultan Muhammad Alauddin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Temenggong Pg Muda Amir Bahar ibni Sultan Muhammad Alauddin

Pg Temenggong Pg Muda Amir Bahar adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Alauddin [Sultan Brunei ke-17, 1730-1737] dengan pasangan baginda Pg Babu Pg Anak Sharbanun. Sebelum itu Al-Marhum membawa gelaran Pg Muda Besar Amir Bahar. Ketika Sultan Muhammad Alauddin lindung, baginda mempunyai dua orang putera yang telah dewasa, iaitu Pg Muda Amir Bahar sendiri dan Pg Muda Omar Ali Saifuddin yang telah berkahwin dengan Pg Anak Puteri Noralam binti Sultan Husin Kamaluddin dan berputerakan Pg Muda Muhammad Alam yang dijangka diputerakan pada tahun 1727. Maka bersebab dengan perkahwinan Pg Muda Omar Ali Saifuddin dengan Pg Anak Puteri Noralam tersebut telah mendorong hasrat Sultan Husin Kamaluddin untuk menyerahkan balik takhta kerajaan yang dipegangnya itu kepada ahli waris Sultan Muhyiddin.

Pada mulanya takhta kerajaan ini telah ditawarkan kepada Pg Muda Amir Bahar, kekanda Pg Muda Omar Ali Saifuddin, kerana ia putera tua Sultan Muhammad Alauddin. Tetapi tawaran ini telah ditolak oleh Pg Muda Amir Bahar, kerana ia faham maksud sebenar Sultan Husin Kamaluddin hendak memberikan takhta itu kepada adindanya Pg Muda Omar Ali Saifuddin yang juga menjadi menantu Sultan Husin Kamaluddin. Ketika menolak tawaran itu Pg Muda Amir Bahar juga telah menyatakan pendiriannya akan memberikan sokongan dan bersedia akan mengimbari kepada sesiapa sahaja yang akan ditabalkan menjadi Sultan. Justeru tawaran itu telah ditolak dengan baik oleh Pg Muda Amir Bahar, maka takhta kerajaan itu ditawarkan pula kepada Pg Muda Omar Ali Saifuddin. Setelah persetujuan diterima, maka pada tahun 1740, Pg Muda Omar Ali Saifuddin pun ditabalkan menjadi Sultan.

والله أعلمُ