Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke17: 1730-7)

How are you related to Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke17: 1730-7)?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke17: 1730-7)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke17: 1730-7)

17. SULTAN MUHAMMAD 'ALAUDDIN (TM 1730 - 1737)

Sultan Muhammad 'Alauddin atau dikenali sebelum ditabalkan menjadi sultan iaitu Pg Anak Chuchu Besar Muhammad 'Alauddin dan merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Muhyiddin [Sultan Brunei ke-14, 1673-1690] yang mana baginda memputerakan Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin dan beranakkan Pg Anak Chuchu Besar Muhammad 'Alauddin. Baginda naik takhta pada tahun 1730 dan ketika hayatnya, baginda juga pernah mengeluarkan mata wang disebut ‘pitis’. Baginda juga termasyhur dengan gelaran Raja Apong. Ketika pemerintahan baginda juga Salasilah Raja-Raja Brunei (manuskrip) telah ditulis oleh Datu Imam Yaakub bin Hj Abdul Rahman, seorang ulama dari Penderang selesai menyempurnakan titah yang dijunjungnya daripada Sultan Husin Kamaluddin untuk menyuratkan salasilah dato neneknya supaya diketahui oleh segala anak cucunya.

Sebenarnya, Sultan Muhammad 'Alauddin ini adalah cucunda saudara kepada Sultan Husin Kamaluddin, kerana isteri Sultan Muhyiddin bernama Raja Sari binti Sultan Hj Muhammad Ali itu adalah saudara perempuan Sultan Husin Kamaluddin. Begitu juga Sultan Muhammad 'Alauddin ini adalah cucu juga kepada Pg Muda Besar Abdullah ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar, kerana bonda baginda bernama Pg Anak Besar, iaitu isteri Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin itu adalah anak kepada Pg Muda Besar Abdullah. Sebab itulah baginda merupakan Sultan yang banyak pertalian waris dan lebih layak menjadi Sultan menurut Adat Istiadat Diraja Brunei. Memandang kepada keadaan inilah juga kena pada tempatnya Sultan Husin Kamaluddin menyerahkan takhta kerajaan kepada baginda.

Pada masa hayat baginda, Sultan Muhammad 'Alauddin tidak lama memerintah, tetapi baginda sempat berpuspa kerana permaisuri baginda Raja Bulan binti Sultan Husin Kamaluddin telah disebut ‘Raja Isteri’. Dikatakan, baginda ini berpuspa pada tahun 1737, dan tidak lama selepas berpuspa itu baginda pun lindung, terkenal dengan nama Marhum di Brunei. Setelah Sultan Muhammad 'Alauddin lindung, maka Paduka Seri Begawan Sultan Husin Kamaluddin yang bersemayam di Temburong itupun balik ke Brunei, dan dijunjung menaiki takhta kerajaan semula disebut juga dengan nama Sultan Husin Kamaluddin. Sultan Muhammad Alauddin ini berkahwin dengan Pg Babu Pg Anak Sharbanun binti Pg Bendahara Pg Anak Untong dan Raja Isteri Pg Anak Puteri Bulan binti Sultan Hussin Kamaluddin. Di antara perkahwinan ini, baginda mempunyai beberapa zuriat mereka adalah Pg Muda Amir Bahar, Pg Muda Omar Ali Saifuddin, Pg Anak Muta Alam dan Pg Anak Saleha.

والله أعلمُ

H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad 'Ala ud-din ibni Pangiran di-Gadong Pangiran Shah Mubbin [al-Marhum Brunei], Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, son of Duli Pangiran di-Gadong Sahib ul-Mal ul-Mulk ul-Adli Pangiran Shah Mubbin ibni al-Marhum Sultan Muhi ud-din, educ. privately. Succeeded on the abdication of his father-in-law and great uncle, 1730. He introduced the pitis currency and codified the ancient laws of the kingdom into the 'Salasilah Raja-Raja Brunei'. m. (first) Y.A.M. Pangiran Babu Sri Banum (d. before 1730), daughter of Paduka Sri Pangiran Bendahara Sri Maharaja Permaisuara Pangiran Untong. m. (second) Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Bulan (m. second, ca. 1737, Sri Paduka Duli Pangiran Temenggong Sahib ul-Bahar Pangiran Ampah ibni Pangiran di-Gadong Shah Mubbin, half-brother of her late husband), eldest daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Husain Kamal ud-din Malik al-Zahir ibni al-Marhum Sultan Haji Muhammad 'Ali, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. He d. at Brunei, 1737, having had issue, three sons and several daughters.