Pg Temenggong Rajid ibni Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim

public profile

Is your surname ibni Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim?

Research the ibni Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim family

Pg Temenggong Rajid ibni Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Pg Temenggong Rajid ibni Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim

Birthdate:
Death:
Immediate Family:

Son of Orang Kaya Besar Kasim @ Pg Anak Kasim ibni Sultan Saiful Rizal and Dayang Hitam @ Bu Pasaira
Husband of ? binti Pg Bendahara Pg Aliuddin
Father of Pengiran Abdul Hamid Pengiran Temenggong Rajid; Pengiran Abdul Rakib bin Pengiran Temenggong Abdul Rajid; Pg Dipa; Pg Said; Pg Abd Raid and 6 others
Brother of Tamit; Isa; Nuri; Lampan; Tajau and 1 other
Half brother of Private

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Temenggong Rajid ibni Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim

Abdul Rajid adalah anak kepada Orang Kaya Besar Pg Anak Kasim dengan pasangannya Bu Pasaira. Beliau merupakan pancir daripada salasilah Al-Marhum Sultan Saiful Rijal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] dengan pasangan baginda daripada suku kedayan yang diam di Jerudong pada masa baginda beristana di Pulau Raja, Jerudong. Cucunda baginda ini terkenal gagah dan kuat mempunyai perwatakan dan bentuk tubuh badannya tegap, gempal dan tinggi lampai, terkenal dengan nama Si Rajid. Pada masa perselelisihan faham berlaku di antara Sultan Nasruddin dengan Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin ibni Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar yang terkenal dengan nama Pg Temenggong Raja Di-Gayoh, yang kononnya dikatakan mempunyai kepandaian tertentu dan dikhabarkan hendak berkuasa sendiri (membelakangi Sultan Nasruddin). Mendengar perkhabaran yang kurang menyenangkan itu Sultan Nasruddin kurang gembira, lalu baginda pun bermesyuarat dengan para pembesar baginda mencari jalan untuk mengatasi persoalan itu. Dalam permesyuaratan itu timbullah nama 'Si Rajid' yang boleh mengatasi dan mampu menyelesaikan masalah tersebut.

Diceritakan selesai sahaja mesyuarat tersebut, 'Si Rajid' pun dipanggil mengadap ke Istana. Tatkala Sultan Nasruddin bertanya kesanggupannya untuk berlawan dengan Pg Temenggong Raja Di-Gayoh, maka dijawabnya, kalah menang bergantung kepada daulat dan tuah badan. Maka dalam perlawanan itu, ia dapat mengalahkan Pg Temenggong dan untuk mengenang jasa dan derma bakti yang telah disembahkannya itu, maka pada hari itu juga, ia telah diarak oleh Sultan Nasruddin menjadi Wazir yang membawa gelaran Pg Temenggong Sahibul Bahar kerana ia adalah generasi ketiga berpangkatkan cucunda kepada Sultan Saiful Rijal. Disebutkan beliau telah diarak menjadi Pg Temenggong secara diarikkan (dilaung-laungkan). Semasa hayatnya, Pg Temenggong Rajid berkahwin dengan anak perempuan Pg Bendahara Pg Aliuddin (pancir keturunan Sultan Abdul Jalilul Jabbar) beranakkan antara lain Pg Badaruddin, Pg Tahir, Pg Wani, Pg Dipa, Pg Abd Hamid, Pg Jamaliah, Pg Abd Rakib, Pg Abd Arif, Pg Abd Raid, Pg Said, dan Pg Rubiah. Beliau dimakamkan di Makam Diraja Kianggeh, Bandar Seri Begawan.

والله أعلمُ