Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara Seri Indera Maharaja ibni Raja Bendahara Pg Muda Bungsu

Is your surname Raja Bendahara Pg Muda Bungsu?

Research the Raja Bendahara Pg Muda Bungsu family

Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara Seri Indera Maharaja ibni Raja Bendahara Pg Muda Bungsu's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara Seri Indera Maharaja ibni Raja Bendahara Pg Muda Bungsu

Also Known As: "Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara Seri Maharaja Pg Muda Muhammad Alam", "Raja Bendahara Pg Muda 'Alam"
Birthdate:
Birthplace: Sambas
Death: circa 1710
Place of Burial: Makam Diraja Pangkalan Tarap, Kianggeh, Bandar Seri Begawan
Immediate Family:

Son of Raja Bendahara Pg Muda Bungsu ibni Sultan Hj Muhammad Ali and Raden Mas Ayu Baiduri
Husband of Radin Kesumawati
Father of Pg Babu Pg Anak Siti Khatijah binti Raja Bendahara Pg Muda 'Alam; Pg Anak Sharbanum binti Raja Bendahara Pg Muda 'Alam and Pg Anak Saleha binti Raja Bendahara Pg Muda 'Alam
Brother of Pg Mohammad Alam and Pg Anak Jaafar Suan
Half brother of Pg Apong ibni Raja Bendahara Pg Muda Bungsu

Managed by: Private User
Last Updated:

About Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara Seri Indera Maharaja ibni Raja Bendahara Pg Muda Bungsu

Pg Muda Muhammad Alam merupakan anak kepada Raja Bendahara Bungsu dengan pasangannya Raden Mas Ayu Baiduri. Beliau juga adalah cucunda kepada Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]. Pg Muda Muhammad Alam bersama ayahnya telah duduk diam di Sambas yang ketika itu bapanya telah menjadi Bendahara di Sambas. Beberapa tahun kemudian untuk merapatkan dan memesrakan kembali hubungan keluarga yang putus kerana perang, Al-Marhum Sultan Muhyiddin [Sultan Brunei ke-14, 1673-1690] telah menghantar utusan ke Sambas menjunjung Pg Muda Bungsu (sebelum menjadi Raja Bendahara Bungsu) bersama anak-anaknya Pg Jaafar Suan termasuk Pg Muda Muhammad Alam balik ke Brunei.

Sesampainya di Brunei, Sultan Muhyiddin telah menganugerahkan ayahnya gelaran Raja Bendahara tetapi tidak lama selepas diarak menjadi Bendahara, Pg Muda Bungsu ini telah mangkat, maka gelaran tersebut diserahkan pula kepada beliau menjadi Sultan Muhammad Ali Raja Bendahara Seri Indera Maharaja yang diberikan tugas kuasa melaksanakan tugas-tugas Sultan dan bakal Sultan, maka Sultan Muhyiddin telah menganugerahkan kepadanya berbagai-bagai keistimewaan yang hanya untuk Sultan termasuk gelaran yang disebutkan di atas. Antara keistimewaan itu ialah boleh menggunakan warna kuning, iaitu warna kebesaran Diraja. Hanya Mahkota dan Keris Si Naga (Alat Kebesaran Diraja, lambang kedaulatan dan kekuasaan Sultan dan Yang Di-Pertuan) yang tidak diserahkan dan masih dalam simpanan Sultan Muhyiddin. Menurut tradisi lisan, bendera Raja Bendahara Pg Muda 'Alam ini berwarna kuning 'pacah telor', ia bernaubat tetapi tiada bernakara. Pada masa diarak ia tidak memakai Mahkota melainkan Mahkota Kecil baginda bergelar Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara 'Alam yang berperanan menyambung tugas dan tanggungjawab ayahandanya Raja Bendahara Pg Muda Bungsu untuk memaju dan mengembangkan perdagangan dan perniagaan di Brunei, terutama dalam merundingkan hal ehwal hubungan perdagangan dan perdamaian dengan Sepanyol di Manila.

Mengenai perlantikan Raja Bendahara yang ditimang-timang bakal menjadi Sultan ini, dokumen Sepanyol merekodkan: "the king's nephew, the Bandajara is the Prince Successor", dan pernah menulis sepucuk surat kepada Senyor Gabenor di Manila mengenai hubungan perdagangan Brunei-Manila. Dalam surat tersebut Raja Bendahara Pg Muda Muhammad 'Alam mengharapkan bahawa hubungan perdagangan Brunei-Manila itu kiranya tidak akan putus selagi ada peredaran matahari dan bulan akan tetapi tidak lama kemudian Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara 'Alam inipun terdahulu mangkat daripada Sultan Muhyiddin, jenazahnya dimakamkan di Makam Diraja Pangkalan Tarap, Kianggeh, Bandar Seri Begawan. Nama 'Sultan' yang diniatkan oleh Sultan Muhyiddin, bakal sultan itu jelas tertulis di batu nisannya dalam tulisan jawi, iaitu: "Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah Paduka Sultan Muhammad 'Ali Raja Bendahara Seri Indera Maharaja ibnu Raja Bendahara Bungsu". Malangnya Sultan Muhammad Ali Raja Bendahara Alam ini juga mangkat sebelum sempat ditabalkan menjadi Sultan dan Yang Di-Pertuan yang sebenarnya kerana gelaran Pg Bendahara telah baginda anugerahkan kepada Pg Muda Amir (anakanda kepada Sultan Abdul Hakkul Mubbin).

والله أعلمُ