Raja Bendahara Pg Muda Bungsu ibni Sultan Hj Muhammad Ali

Is your surname Sultan Hj Muhammad Ali?

Research the Sultan Hj Muhammad Ali family

Raja Bendahara Pg Muda Bungsu ibni Sultan Hj Muhammad Ali's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Raja Bendahara Pg Muda Bungsu ibni Sultan Hj Muhammad Ali

Pg Muda Bungsu Besar merupakan anakanda kepada Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]. Dikatakan mempunyai watak yang sangat keras dan lekas marah, terutama bila menerima sesuatu perkara yang menyinggung perasaannya. Pg Muda Bongsu Besar ini seorang yang tidak sabar dan tidak memikirkan kesan yang akan berlaku kemudian. Putera ini beranggapan bahawa sebagai seorang anak raja itu, boleh membuat sekehendak hati pada sesiapa sahaja. Ini tertera berlakunya apabila beliau membunuh anak kepada Pg Bendahara Hakkul Mubin (Raja di Pulau) akibat dari kekalahan sabung ayam maka terjadinya perang saudara di kemudian hari selama 12 tahun yang mengakibatkan pergolakan di antara dua keluarga iaitu keluarga Bendahara Hakkul Mubin dengan Bendahara Muhyiddin (menantu kepada Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali). Peristiwa kekalahan sabung ayam dengan anak Pg Bendahara Abdul Hakkul Mubin, telah menyebabkan Pg Muda Bongsu membunuh anak Pg Bendahara Abdul Hakkul Mubin kerana berasa dimalukan setelah mendapat sorakan atas kekalahan tersebut. Kejadian ini telah menyebabkan Pg Bendahara Abdul Hakkul Mubin membalas dendam dengan membunuh ayahanda Pg Muda Bongsu iaitu Sultan Hj Muhammad Ali, dan seterusnya mengisytiharkan dirinya menjadi raja menjadi Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13, 1661-1673].

Apabila ayahandanya mangkat akibat perang saudara, Pg Muda Bongsu dan anak-anaknya telah duduk diam di Sambas. Beberapa tahun kemudian untuk merapatkan dan memesrakan kembali hubungan keluarga yang putus kerana perang, Sultan Muhyiddin [Sultan Brunei ke-14, 1673-1690] telah menghantar utusan ke Sambas menjunjung Pg Muda Bungsu (sebelum menjadi Raja Bendahara) bersama anaknya Pg Muda Muhammad Alam balik ke Brunei. Sesampainya di Brunei, Sultan Muhyiddin telah menganugerahkannya gelaran Raja Bendahara kemudian menjadi Raja Bendahara Pg Muda Bungsu tetapi tidak lama selepas diarak menjadi Raja Bendahara, Pg Muda Bungsu ini telah mangkat, maka gelaran tersebut diserahkan pula kepada anaknya Pg Muda Muhammad Alam. Menurut Adat Istiadat Diraja Brunei pada zaman dahulu, gelaran 'Raja Bendahara' ini dikurniakan kepada seseorang yang bakal menjadi Sultan dan Yang Di-Pertuan. Contohnya pada zaman Sultan Saiful Rijal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] baginda pernah mengurniakan 'Raja Bendahara' kepada Pg Bendahara Sakam, kerana mengenang jasa baktinya mempertahankan Brunei daripada pencerobohan Sepanyol. Pengurniaan gelaran 'Raja Bendahara' kepada Pg Muda Bungsu ini dilakukan oleh Sultan Muhyiddin, bukan sahaja bersebab pada waktu itu Pg Bendahara Pg Muda Amir ibni Sultan 'Abdul Hakkul Mubin masih ada, tetapi ia dilaksanakan adalah bermaksud hendak memulangkan balik takhta kerajaan kepada yang berhak, iaitu ahli waris ayahanda mertua baginda Sultan Hj Muhammad Ali, kerana Sultan Muhyiddin menyifatkan diri baginda hanya menjadi pemangku takhta kerajaan sahaja.

Disebutkan, pada masa Pg Muda Bungsu menjawat jawatan Raja Bendahara ini dikatakan, ia telah menulis surat kepada Kapten Inggeris [British] di Jambi. Isi kandungan surat itu antara lain menyebutkan bahawa Sultan Brunei, selain ingin mengeratkan hubungan dengan Jambi, juga hendak membeli sendawa (ubat bedil) dan kain gebar (kain selimut). Dikatakan juga, pada masa menjalankan tugas selaku Raja Bendahara, bakal Sultan, Raja Bendahara Pg Muda Bungsu ini amat berminat untuk memaju dan megembangkan perekonomian Brunei terutama dalam perkara yang berkaitan dengan perniagaan dan perdagangan, maka kerana itulah ia telah mengeluarkan duit syiling ke Padian untuk diniagakan bagi melancarkan utusan perniagaan dan perdagangan tersebut, tetapi sayangnya tidak lama selepas menurunkan duit syiling ke Padian itu iapun gering (sakit) dan mangkat. Maka gelaran Raja Bendahara Pg Muda Bungsu itupun dikurniakan oleh Sultan Muhyiddin kepada Pg Muda Muhammad 'Alam, putera Raja Bendahara Pg Muda Bungsu bergelar Sultan Muhammad Ali Raja Bendahara Seri Maharaja ibni Raja Bendahara Pg Muda Bungsu.

Semasa hayatnya Raja Bendahara Pg Muda Bungsu ini berkahwin dengan Raden Mas Ayu Baiduri (adinda kepada Ratu Anom Kesuma Yoda) berasal dari Sambas pada tahun 1665. Mereka ini dikurniai cahayamata mereka adalah Pg Jaafar Su'an dan Pg Raja Bendahara Alam. Dikatakan pula Pg Muda Bungsu bersama-sama Raden Sulaiman (sepupu sekali) duduk diam di Lubuk Madung, Sambas.

والله أعلمُ