Raja Isteri Pg Anak Siti Mariam @ Raja Sari binti Al-Marhum Sultan Haji Muhammad Ali

public profile

Is your surname binti Al-Marhum Sultan Haji Muhammad Ali?

Research the binti Al-Marhum Sultan Haji Muhammad Ali family

Raja Isteri Pg Anak Siti Mariam @ Raja Sari binti Al-Marhum Sultan Haji Muhammad Ali's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Raja Isteri Pg Anak Siti Mariam @ Raja Sari binti Al-Marhum Sultan Haji Muhammad Ali

Also Known As: "Raja Sari / Raja Isteri Sari / Pg Isteri Mariam"
Birthdate:
Death:
Immediate Family:

Daughter of Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661] and Raja Zulaiha
Wife of Sultan Muhyiddin (Sultan Brunei ke14: 1673-90)
Mother of Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhyiddin; Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ibni Sultan Muhyiddin; Pg Sharifuddin and Pg Jumat
Sister of Raja Bendahara Pg Muda Bungsu ibni Sultan Hj Muhammad Ali; Pg Digadong Pg Muda Omar ibni Sultan Hj Muhammad Ali; Pangeran Tengah; Pangeran Suri; Paduka Tuan Pengiran Nasruddin and 1 other

Managed by: Private User
Last Updated:

About Raja Isteri Pg Anak Siti Mariam @ Raja Sari binti Al-Marhum Sultan Haji Muhammad Ali

Raja Isteri Pg Anak Siti Mariam adalah puteri kepada Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661] dengan pasangan baginda Raja Zulaiha. Al-Marhumah berkahwin dengan Pg Bendahara Raja Bungsu Muhyiddin dan membawa gelaran Pg Isteri Mariam iaitu isteri kepada Pg Bendahara ketika itu. Mengikut cerita sejarah ada mengatakan Raja Isteri Pg Anak Siti Mariam memainkan peranan dalam peperangan saudara ketika pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin. Dikatakan Pg Isteri Mariam (sebelum dipuspakan menjadi Raja Isteri) telahpun bersedih kerana ayahandanya yang dibunuh oleh Pg Bendahara Abdul Hakkul Mubin. Beliau pun mengadu kepada suaminya (Pg Bendahara Raja Bongsu Muhyiddin) untun menuntut bela ayahandanya dan akhirnya Pg Bendahara pun setuju dengan pertolongan Orang Kaya Besar Imas bin Pg Muda Raja Besar Abdullah (ketua orang kedayan di Subok).

Ketika perang saudara memuncak, angkatan-angkatan dari Pulau Chermin (Raja di Pulau) telahpun hampir tewas akibat serangan angkatan-angkatan dari Raja di Darat (Sultan Muhyiddin). Diceritakan terdapat seorang pahlawan yang mendorong peperangan itu supaya tidak berputus asa dan kapal perang Pg Bendahara Muhyiddin semakin mara ke hadapan. Pahlawan yang tidak dikenali itu orangnya berkulit putih, bertubuh kecil, berpakaian putih, berdastar dan bersuarakan halus. Selesai sahaja peperangan itu mereka berundur balik ke darat dan Pg Bendahara Muhyiddin mendapati isterinya Pg Isteri Mariam telah cedera mendapat luka di kepala. Alangkah terkejutnya rupa-rupanya pahlawan yang tidak dikenali sebelum itu adalah Pg Isteri Mariam yang menyamar menjadi lelaki demi untuk menuntut bela kematian paduka ayahandanya. Semasa hayatnya, Al-Marhumah berkahwin dengan Pg Bendahara Raja Bungsu Muhyiddin (menjadi Sultan Muhyiddin) berputerakan beberapa cahayamata. Mereka adalah Pg Anak Badaruddin, Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin, Pg Sharifuddin dan Pg Jumat.

والله أعلمُ