Sultan Abdul Majid ibni Pg Muda Hassan [1402-1408]

public profile

How are you related to Sultan Abdul Majid ibni Pg Muda Hassan [1402-1408]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Abdul Majid ibni Pg Muda Hassan [1402-1408]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Abdul Majid ibni Pg Muda Hassan (ibni Sultan Muhammad Shah)

Also Known As: "Manajekana", "Manajechiana", "Raja Boni", "Gongshun"
Birthdate:
Death: October 1408 (27-28)
Place of Burial: An Teh Boon Goh, O Hwa Chu Tzu Kang Siong, Nanjing, Ming Dynasty
Immediate Family:

Son of Pengiran Muda Hassan ibni Sultan Muhammad Shah
Husband of Nama
Father of Putri Rokayah @ Ruqaya binti Sultan Abdul Majid and Hsia-wang @ Xiawang (遐旺) ibni Sultan Abdul Majid

Managed by: Private User
Last Updated:

About Sultan Abdul Majid ibni Pg Muda Hassan [1402-1408]

Sultan Abdul Majid adalah anakanda kepada Al-Marhum Pg Muda Hassan. Baginda juga merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Shah, Sultan Brunei yang pertama. Menurut sumber ada mengatakan Raja Brunei (Puni) bernama Manajekana yang berangkat ke China pada Ogos 1408, dan mangkat di sana pada Oktober 1408. Perkataan Manajekana atau Manajechiana menandakan seorang itu adalah Islam, kerana sebutan 'Ma' pada awal perkataan Ma-na-je-chia-na itu merujuk kepada keturunan orang Islam di China. Tambahan pula Maharaja Yang-lo sama seperti ayahandanya Maharaja Hung-wu, amat bertoleransi dengan orang Islam, pada zamannya, Islam berkembang di China dan beberapa orang pegawai baginda antaranya Cheng-ho dan Mahu-wan terdiri daripada orang Islam.

Pada mulanya tahun 1405 [zaman pemerintahan Yung Lo (Zhu Di) 1402-1424], Sultan Abdul Majid menghantar utusan ke China untuk mendapatkan pengiktirafan perpuspaan dengan membawa surat dan hadiah seperti permata, mutiara, dan berbagai-bagai hasil negeri. Baginda mengadakan lawatan ke Nanjing, China ini berserta rombongan seramai 150 orang termasuk permaisuri, anakanda-anakanda dan pembesar-pembesar negara. Raja China gembira menerima persembahan dan penghormatan itu dan telah membalasnya dengan menghantar utusan rasmi ke Puni membawa barang-barang hadiah untuk Raja Puni termasuk antaranya 'Mohor Diraja'. Pada bulan Ogos 1408, Raja Puni telah berangkat ke China. Berdasarkan sejarah China, sewaktu baginda Sultan Abdul Majid bersemayam di China pada 1408, selain dilayan dengan penuh penghormatan, baginda juga disediakan bekalan pemakanan (menu) dalam peraturan khas dari istana, dinamakan Ta-ming-hui-tien (Kod Undang-Undang dan Peraturan Ming) yang mengandungi dua ekor kambing, empat ekor angsa, lapan ekor ayam, 20 botol air, sepikul beras, 30 kati meehun, empat jenis buah-buahan dan bermacam-macam jenis sayur-sayuran. Maharaja Yung Lo (Zhu Di) juga telah menganugerahkan Sultan Abdul Majid dengan gelaran Gongshun bermaksud 'dihormati' dan 'rendah diri'.

Melihat kepada jenis menu yang dibekalkan oleh Raja China kepada Raja Puni dan rombongan itu antara lain menyenaraikan daging-daging kambing, angsa dan ayam (tidak babi) menunjukkan Raja Puni dan ahli-ahli rombongan baginda itu adalah Islam. Ini dibenarkan oleh Pelliot dan Kuwata Rokuro yang menyebutkan bahawa Ma-na-je-ka-na itu adalah Islam, kerana sebutan 'Ma' itu bagi orang Cina biasanya merujuk kepada orang Islam. Pada bulan Oktober 1408, Raja Puni iaitu Sultan Abdul Majid telah lindung semasa berusia 28 tahun dan dimakamkan di luar pintu An Teh Boon Goh di sebuah bukit bernama O Hwa Chu Tzu Kang Siong. Upacara pengkebumian baginda adalah sama seperti upacara pengebumian maharaja-maharaja di China. Pengebumian Sultan Abdul Majid diadakan secara besar-besaran setaraf dengan statusnya sebagai seorang raja. Selesai permakaman, Raja China bertitah kepada putera Raja Puni bernama Hsia-wang supaya menyenangkan hatinya dan mengangkatnya menjadi Raja menggantikan takhta kerajaan ayahandanya. Setahun berada di China, Hsia-wang dan rombongan berangkat pulang ke Puni (Brunei) disertai oleh seorang pegawai China bernama Chang Chien dan seorang pemandu bernama Chow Heng.

والله أعلمُ


http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm

Sultan Abdul Majid ibni Pg Muda Hassan ibni Sultan Muhammad Shah (TM 1402 - 1408)

TM 1402, naik takhta. Tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei tetapi ada dicatatkan dalam riwayat China. TM 1406, menghantar utusan ke China, orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. TM 1408, berangkat ke China dan lindung di sana ketika berusia 28 tahun, meninggalkan putera bernama Hsia-wang berusia 4 tahun.


http://bruneiresources.blogspot.com/2008_11_01_archive.html

One of the problems with Brunei History is that it is an ancient state. An ancient state with complete records is okay. It is an ancient state with incomplete record. For instance, according to Chinese records, Brunei as a country had been sending tributes and keeping diplomatic relations with China as far back as the year 515. We have no idea who the kings were and what the country looked like then. We are not even sure where the capital was, other than the Chinese records saying it is at the mouth of the current Brunei river.

The current sultanate lineage was based on the Batu Tersilah on which was carved the description to the lineage. But we know that it was completed by Khatib Haji Abdul Latif during the reign of Sultan Muhammad Tajuddin (1795-1804AD) and (1804-1807AD) which historically is quite recent. The possibility of Brunei Sultans missing from the list is very real as that tablet is not as accurate as we hoped it to be. The first obvious missing Sultan was Sultan Abdul Majid Hassan who died in Nanjing China. Even his son Xia Wang, who was said to take over the throne after the death of his father is not included in the genealogical list.

I was reading a 1996 Beriga, which is a publication produced by Dewan Bahasa, written by Haji Mohamad Salim, a curator at the Brunei Museums. In his article, he was describing about his research on tombstones or batu nisan belonging to the Sultans of Brunei. Out of the 29 listed, with the exception of Sultan Sharif Ali and Sultan Bolkiah, the 3rd and 5th Sultan, only tombstones belonging to the most recents Sultsn had been found. I read another article on Brunei Museums Journal, another tomb was discovered described as KB2. The remnants of the tomb was huge but we do not know whose it was.

The Beriga article described one other tombstone found which is the photograph above. That was inscribed to belong to Maharaja Sultan Brunei. But there was no mention of the date of hs death or his proper name. According to a Chinese researcher, this tombstone came from Quanzhou China and had similarities to the Islamic graves in Quanzhou. The researcher believe the tombstone dated around early 1300s. If that is so, then the Sultans of Brunei embraced Islam much earlier than the official history of Brunei which placed the conversion of Awang Alak Betatar as Sultan Muhammad in 1376 and not to mention push the lineage of the current Sultanate by almost another century older. Interesting.

Posted by Rozan Yunos at Friday, November 21, 2008 0 comments