Start My Family Tree Welcome to Geni, home of the world's largest family tree.
Join Geni to explore your genealogy and family history in the World's Largest Family Tree.

Salasilah Sultan-Sultan Brunei (Genealogy of the Sultans of Brunei)

Salasilah Sultan-Sultan Brunei (Genealogy of the Sultans of Brunei)

Project Tags

view all

Profiles

After more than a decade in geni.com, I felt that this project is timely overdue to be added here in geni.com since more and more duplicate profiles of our Brunei royalty have been added/ discovered without any sort of coordination or reference to Brunei's official information sources.

Hence, the main objective of this project is to eliminate/ merge all duplicates so that only the main profiles are maintained for future reference. Any subsequent errors discovered of such profiles (as per listed below - apologies in Malay language only as I don't want any errors in translation) should be referred back to such official information retrieved and edited accordingly.

Projek serta salasilah ini adalah berpandukan laman web rasmi kerajaan Brunei (nota: ianya akan ditambah/ diubahsuai dari masa ke semasa mengikut sebarang perubahan rasmi mengenainya), iaitu seperti berikut:

(i) http://www.pusat-sejarah.gov.bn/SiteAssets/Info%20Sejarah/INFO%20SE...

(ii) http://www.hmjubliemas.gov.bn/SiteCollectionImages/introduction/sal...

SULTAN MUHAMMAD SHAH (TM 1363 - 1402)
Sultan Islam Brunei yang pertama (sebelumnya terkenal dengan nama Awang Alak
Betatar). Setelah berkahwin pada TM 1368 dengan Puteri Dayang Pingai iaitu Puteri Johor atau
Temasek (Singapura Tua) Baginda dikenali dengan nama Sultan Muhammad Shah. Pada TM
1371, menghantar utusan ke China. Dalam catatan China Baginda disebut Ma–ha–mo–
sha. Puteri Baginda, Puteri Ratna Dewi berkahwin dengan adinda kerabat Maharaja China iaitu,
Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Baginda lindung pada TM 1402.
Sultan Muhammad Shah [Sultan Brunei ke-1, 1363-1402]

SULTAN ABDUL MAJID (TM 1402 - 1408)
TM 1402, naik takhta. Tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei tetapi ada
dicatatkan dalam riwayat China. TM 1406, menghantar utusan ke China, orang Cina menyebut
baginda Ma-na-je-ka-na. TM 1408, berangkat ke China dan lindung di sana ketika berusia 28
tahun, meninggalkan putera bernama Hsia-wang berusia 4 tahun.
Sultan Abdul Majid ibni Pg Muda Hassan [1402-1408]

SULTAN AHMAD (TM 1408 - 1425)
Baginda naik takhta pada TM 1408, sebelum itu terkenal dengan nama Pateh Berbai. Pengiran
Bendahara yang pertama bagi Brunei. Baginda disebut dengan gelaran Pengiran Bendahara Seri
Maharaja Permaisuara. Berkahwin dengan adinda Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela).
Menjadi mertua kepada Sultan Sharif ‘Ali. Baginda lindung pada tahun TM 1425 dan digantikan
oleh menantu Baginda, Sultan Sharif ‘Ali.
Sultan Ahmad [Sultan Brunei ke-2, 1408-1425]

Sultan Sharif Ali (Tm 1425 - 1432)
Sultan Sharif ‘Ali ibnu Sharif ‘Ajlan naik takhta pada TM 1425 bagi menggantikan mertua
Baginda, Sultan Ahmad yang tidak mempunyai waris (putera). Baginda dijunjung untuk menjadi
Sultan atas persetujuan pembesar-pembesar negara dan rakyat Brunei. Baginda keturunan
Arab, berasal dari Taif. ‘Pedang Si Bongkok’ yang dibawa Baginda bersama ke Brunei itu
membuktikan Baginda pernah menjadi Amir Makkah iaitu Al–Amir Sharif ‘Ali bin Sharif ‘Ajlan bin
Sharif Rumaithah bin Sharif Muhammad Abu Numaie Al-Awwal, mempunyai jurai keturunan
daripada Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam melalui cucunda Baginda, Sayidina Hasan.
Memandangkan jasa dan kearifan Baginda menyebarkan ajaran Islam maka Baginda dijodohkan
oleh Sultan Ahmad dengan puteri Baginda, Puteri Ratna Kesuma. Baginda lindung pada TM
1432 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Besar Sulaiman.
Sultan Sharif Ali [Sultan Brunei ke-3, 1425-1432]

SULTAN SULAIMAN (TM 1432 - 1485)
Baginda naik takhta pada TM 1432 dan turun takhta pada TM 1485. Baginda lindung pada TM
1511 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda Bolkiah.
Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-4, 1432-1485]

SULTAN BOLKIAH (TM 1485 - 1524)
Baginda naik takhta pada TM 1485. TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio
Pigafetta melawat Brunei. Pada zaman Baginda, pemerintahan Brunei bukan sahaja meliputi
keseluruhan Pulau Borneo seperti Sambas, Tanjungpura, Kota Waringin, Banjarmasin, Pasir,
Kutai, Bolongan dan lain–lain bahkan Pulau–Pulau Suluk, Palawan, Keramian hingga Saludang
(Luzon) iaitu daerah-daerah yang sekarang dikenali dengan nama Filipina. Zaman pemerintahan
Baginda ini dikatakan sebagai zaman keemasan Empayar Brunei. Permaisuri Baginda yang
termasyhur bernama Puteri Laila Menchanai. Baginda lindung pada TM 1524, dikatakan kerana
cucukan jarum emas yang digunakan oleh Puteri Laila Menchanai semasa menyulam pada waktu
Baginda sedang beradu dipangkuan permaisuri itu. Baginda digantikan oleh putera Baginda,
Pengiran Muda Tengah ‘Abdul Kahar.
Sultan Bolkiah Shah Alam ibni Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-5, 1485-1524]

SULTAN ABDUL KAHAR (TM 1524 - 1530)
Baginda naik takhta pada TM 1524. Pada TM 1521, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio
Pigafetta telah melawat Brunei semasa Baginda menjadi Pemangku Sultan. TM 1526 seorang
Portugis bernama George de Menezes datang ke Brunei bertujuan hendak menjalankan
perniagaan di samping mencari peliringan hendak menakluki Brunei. Tetapi memandangkan
kekuatan Brunei ketika itu padu, dijangka agak sukar hendak dikalahkan maka maksud berniaga
sahaja yang diteruskan. Sehubungan itu dia telah berjaya membuat perjanjian persahabatan
dan perdagangan dengan Sultan Brunei. Sejak itulah Portugis mengimport lada hitam, sagu,
ikan, beras, emas dan barang makanan yang lain dari Brunei ke Melaka; di samping
menggunakan pelabuhan dan perairan, Brunei menjadi tempat persinggahan dan lalu lintas
perkapalan mereka dari Cochin ke Melaka, dari Melaka ke Maluku dan sebaliknya. TM 1530,
seorang pegawai Portugis lain bernama Goncalo Pereira telah datang juga ke Brunei untuk
memerhati keadaan Brunei sambil berniaga tetapi perniagaannya tidak berkembang dan
akhirnya lenyap. Walau bagaimanapun ulama–ulama Islam masih ramai datang ke Brunei.
Baginda turun takhta pada TM 1530 bergelar Paduka Seri Begawan Sultan ‘Abdul Kahar. Baginda
lindung pada TM 1578, dan digantikan oleh putera kakanda Baginda, Pengiran Anak Chuchu
Besar Saiful Besar.
Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530]

SULTAN SAIFUL RIZAL (TM 1533 - 1581)
Baginda naik takhta pada TM 1533. Pada TM 1578, Brunei telah diserang oleh Sepanyol di
Manila. Serangan itu termasyhur dengan sebutan ‘Perang Kastila’ tetapi berjaya diundurkan
oleh Pengiran Bendahara Sakam bersama Orang Kaya Harimau Padang, 100 orang pahlawan
terbilang dan rakyat yang taat kepada Sultan. Pada tahun ini juga Masjid Jame’ Brunei dibakar
oleh Sepanyol. Baginda lindung pada TM 1581 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran
Muda Besar Shah Brunei.
Sultan Saiful Rizal Nurul Alam [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581]

SULTAN SHAH BRUNEI (TM 1581 - 1582)
Baginda naik takhta pada TM 1581. Tidak mempunyai putera. Setelah Baginda lindung, pada TM
1582, diganti oleh adinda Baginda, Pengiran Muda Tengah Muhammad Hasan
Sultan Shah Alam Brunei [Sultan Brunei ke-8, 1581-1582]

SULTAN MUHAMMAD HASAN (TM 1582 - 1598)
Baginda naik takhta pada TM 1582. Zaman Baginda diadakan gelaran ‘Pengiran Di-Gadong’ dan
‘Pengiran Pemancha’. Menitahkan Pehin Orang Kaya Di-Gadong Seri Lela melanggar Milau
(Sarawak). Baginda lindung pada TM 1598 dan digantikan oleh putera Baginda, Pengiran Muda
Besar ‘Abdul Jalilul ‘Akbar.
Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598]

SULTAN ABDUL JALILUL AKBAR (TM 1598 - 1659)
Baginda naik takhta pada TM 1598. Pada masa menaiki takhta, Baginda dibantu oleh ayahanda
saudara Baginda, Pengiran Di–Gadong Besar Osman. Pada TM 1599, mengadakan perhubungan
dengan Sepanyol di Manila. TM 1600, Oliver Van Noort, peniaga Belanda datang ke Brunei.
Baginda lindung pada tahun TM 1659.
Sultan 'Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke10: 1598-1659)

SULTAN ABDUL JALILUL JABBAR (TM 1659 - 1660)
Baginda naik takhta pada 1659. Baginda berputerakan Pengiran Temenggong, Shamsuddin, Raja
Gayoh. Baginda lindung pada tahun 1660
Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Sultan Brunei ke11: 1659-60)

SULTAN HAJI MUHAMMAD ALI (TM 1660 - 1661)
Baginda naik takhta pada 1660. Takhta kerajaan Baginda direbut oleh Pengiran Bendahara
‘Abdul Hakkul Mubin kerana anaknya ditikam oleh Pengiran Muda Bongsu yang kalah bersabung
ayam. Baginda lindung pada 14 Rabiulawal 1072 bersamaan 6 November 1661.
Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661]

SULTAN ABDUL HAKKUL MUBIN (TM 1661 - 1673)
Baginda naik takhta pada 1661. Baginda merebut takhta kerajaan daripada Sultan Haji
Muhammad ‘Ali, kemudian dibela oleh Pengiran Muda Muhyiddin sehingga terjadi perang
saudara selama 12 tahun. Baginda lindung pada tahun 1673.
Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13 1661-1673]

SULTAN MUHYIDDIN (TM 1673 - 1690)
Baginda naik takhta pada tahun 1673. Mengambil alih takhta kerajaan daripada Sultan ‘Abdul
Hakkul Mubin. Tahun 1685, berjaya mengatasi tipu helah angkatan Sepanyol yang berpura-pura
datang melawat Brunei. Zaman Baginda, Datu Dakula datang ke Brunei untuk membela
ayahandanya tetapi dapat diselesaikan oleh kekandanya, Pengiran Bendahara Pengiran Muda
Amir ibni Sultan ‘Abdul Hakkul Mubin. Baginda lindung pada tahun 1690.
Sultan Muhyiddin (Sultan Brunei ke14: 1673-90)

SULTAN NASRUDDIN (TM 1690 - 1710)
Baginda naik takhta pada tahun 1690. Pada masa zaman Baginda, Dato Godam datang ke
Brunei. Baginda lindung pada tahun 1710.
Sultan Nasruddin [Sultan Brunei ke-15, 1690-1710]

SULTAN HUSIN KAMALUDDIN (TM 1710 - 1730) (TM 1737 - 1740)
Baginda naik takhta pada tahun 1710. Dua kali naik takhta dan akhirnya bersemayam di Luba.
Pada masa zaman Baginda, negara makmur dan rezeki mudah diperolehi. Pernah mengeluarkan
mata wang disebut ‘pitis’. Baginda lindung pada tahun 1770.
Sultan Hussin Kamaluddin [Sultan Brunei 1710 -1730 & 1737-1740]

SULTAN MUHAMMAD ALAUDDIN (TM 1730 - 1737)
Baginda naik takhta pada tahun 1730. Pernah mengeluarkan mata wang disebut ‘pitis’. Baginda
lindung pada tahun 1737.
Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke17: 1730-7)

SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIEN I (TM 1740-1795)
Baginda naik takhta pada tahun 1740. Pada tahun 1775, menitahkan Pengiran Temenggong
Pengiran Ampa mengeluari angkatan Suluk yang diketuai oleh Datu Teting yang hendak
melanggar Brunei dan berjaya mengalahkannya. Baginda lindung pada tahun 1795.
Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin I ibni Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke18: 1740-78)

SULTAN MUHAMMAD TAJUDDIN (TM 1795-1804) (TM 1804-1807)
Baginda naik takhta pada tahun 1795. Dua kali naik takhta. Sultan Brunei yang pernah
menghantar utusan ke China untuk memasarkan barang–barang Brunei di sana. Pernah
menghantar utusan untuk berbaik-baik dengan Sepanyol di Manila. Baginda lindung pada tahun
1807.
Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7)

SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM I (TM 1804)
Baginda naik takhta pada 26 April 1804. Berada di atas takhta selama kira–kira 7 bulan sahaja
sebelum Baginda lindung pada 19 November 1804.
Sultan Muhammad Jamalul 'Alam I [Sultan Brunei ke-20, April-Nov 1804]

SULTAN MUHAMMAD KANZUL ALAM (TM 1807-1826)
Baginda naik takhta pada tahun 1807. Pada tahun 1821, mengeluarkan dan menurunkan wang
‘pitis’ ke padian. Tahun 1809, angkatan dari Inggeris yang diketuai oleh ‘Si Merah’ datang ke
Brunei membawa kuyuk (anjing) besar dan garang untuk dilawan oleh orang Brunei dan dapat
dikalahkan oleh Pengiran Muhammad Daud; kerana kejayaannya ia diarak menjadi ‘Pengiran
Pemancha’. Dia juga berjaya menangkap harimau hadiah Sultan Terengganu yang terlepas
daripada kandangnya. Pada tahun 1823, utusan Kerajaan Belanda datang ke Brunei. Pada masa
zaman Baginda, Pengiran Muhammad Salleh diangkat menjadi Pengiran Indera Mahkota dan
dititahkan memerintah Sarawak. Baginda turun takhta pada tahun 1826.
Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22)

SULTAN MUHAMMAD ALAM (TM 1826-1828)
Baginda naik takhta pada tahun 1826 iaitu semasa hayat ayahanda Baginda.
Sultan Muhammad 'Alam [Sultan Brunei ke-22, 1826-1828]

SULTAN OMAR ALI SAIFUDDIN II (TM 1828-1852)
Baginda naik takhta pada tahun 1828. Pada tahun 1839, James Brooke
datang ke Sarawak. Tahun 1842, James Brooke dilantik menjadi Rajah
Sarawak. Tahun 1845, Baginda menyerahkan Pulau Labuan kepada
Inggeris. Tahun 1846 angkatan yang diketuai oleh James Brooke
menyerang Brunei. Tahun 1847, menandatangani Perjanjian
Persahabatan dan Perdagangan dengan Inggeris. Baginda lindung pada
tahun 1852.
Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852]

SULTAN ABDUL MOMIN (TM 1852-1885)
Baginda naik takhta pada tahun 1852. Tidak mempunyai zuriat. Pada
tahun 1853, membuat perjanjian dengan James Brooke mengenai hakhak kekuasaan kedua–dua belah pihak. Pada tahun 1856, membuat
perjanjian dengan Inggeris mengenai perbicaraan rakyat Inggeris yang
melakukan kesalahan jenayah dan pertelingkahan di Brunei. Pada tahun
1858, Pengiran Shahbandar Pengiran Muhammad Salleh terbunuh
setelah dilemaskan oleh pengkhianat yang memusuhinya. Pada tahun
1877, membuat perjanjian dengan Gustavus Baron de Overback dan
Alfred Dent mengenai pemajakan ke atas wilayah–wilayah Brunei di
Sabah. Baginda lindung pada tahun 1885 ketika berusia lebih 100
tahun.
Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei ke-24, 1852-1885]

SULTAN HASHIM JALILUL ALAM AQAMADDIN (TM 1885-1906)
Baginda naik takhta pada tahun 1885. Pada tahun 1887, membuat
permohonan bertulis kepada Kerajaan Baginda Queen untuk
mengadakan Residen British di Limbang tetapi tidak dipersetujui oleh
pihak Kerajaan Baginda Queen kerana masalah kewangan. Pada tahun
1888, membuat perjanjian dengan Inggeris dengan meletakkan
pengawalan hubungan luar negeri Brunei di bawah pentadbiran
Inggeris. Baginda lindung pada tahun 1906
Sultan Hashim Jalilul 'Alam Aqamaddin [Sultan Brunei ke-25, 1885-1906]

SULTAN MUHAMMAD JAMALUL ALAM II (TM 1906-1924)
Baginda naik takhta pada tahun 1906, ketika berusia 17 tahun. Pada
tahun 1906, penubuhan Pasukan Polis Brunei; Brunei mempunyai
Bendera Kebangsaannya sendiri. Pada tahun 1911, Sekolah Melayu
mula didirikan. Pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat
dijalankan. Pada masa zaman Baginda kerja–kerja cari gali minyak giat
diusahakan. Pada tahun 1922 berpindah dari Istana Kampong Ayer ke
Istana Majlis. Baginda lindung pada tahun 1924.
Sultan Muhammad Jamalul 'Alam II [Sultan Brunei ke-26, 1906-1924]

SULTAN AHMAD TAJUDDIN (TM 1924-1950)
Baginda naik takhta pada tahun 1924 Dalam usia 11 tahun. Pada tahun
1927, merasmikan pembukaan jalan raya Brunei–Tutong. Pada tahun
1929, merasmikan pembukaan Rumah Sakit Bandar Brunei. Tahun yang
sama minyak mula ditemui di Seria. Pada tahun 1932, berangkat
melawat England dan Eropah. Pada tahun 1941, Jepun menduduki
Brunei. Pada tahun 1945, Tentera Bersekutu mendarat di Brunei.
Manakala pada tahun 1946, Lagu Kebangsaan Brunei mula digubah oleh
Awang Besar Sagap dan senikatanya oleh Yura Halim. Pada tahun 1946,
mengambil alih kuasa memerintah daripada British Military
Administration(BMA). Tahun 1949, menyambut Jubli Perak 25 tahun
pemerintahan. Baginda lindung pada tahun 1950.
Sultan Ahmad Tajuddin [Sultan Brunei ke-27, 1924-1950]

SULTAN OMAR 'ALI SAIFUDDIEN III (TM 1950-1967)
Tahun 1947, diarak menjadi Pengiran Bendahara. Tahun 1950, naik
takhta. Tahun 1951, menunaikan Fardhu Haji kali pertama. Tahun 1951,
mencadangkan rancangan perpindahan bagi penduduk Kampong Ayer
ke tanah darat; Lagu Kebangsaan Brunei ‘Allah Peliharakan Sultan’
diakui secara rasmi. Tahun 1953, mengemukakan cadangan bagi
Perlembagaan Bertulis Negeri Brunei. Tahun 1953, mula menubuhkan
Sekolah Inggeris; mula membina Masjid Besar di Bandar Brunei yang
siap dalam Tahun 1958, dinamakan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien. Tahun
1953, menerima Bintang Kebesaran daripada Duli Yang Maha Mulia
Queen Elizabeth II yang membawa gelaran ‘Sir’. Tahun 1955, membuat
Rancangan Kemajuan Negara Lima Tahun pertama. Tahun 1957, Radio
Brunei memulakan penyiarannya. Tahun 1959, Syarikat Minyak Shell
Brunei Sendirian Berhad memulakan pengorekkan minyak di luar
pantai; menandatangani dan memasyhurkan Perlembagaan Bertulis
Negeri Brunei di Lapau, Bandar Brunei. Tahun 1961, menubuhkan
Pasukan Askar Melayu Brunei yang kemudiannya dikenali sebagai
Angkatan Bersenjata Diraja Brunei; cadangan penubuhan Persekutuan
Tanah Melayu (Malaysia). Tahun 1962, menunaikan Fardhu Haji kali
kedua; pemberontakan meletus di Brunei. Tahun 1963, memutuskan
Brunei untuk tidak bergabung dalam Malaysia. Tahun 1967, Brunei
mengeluarkan mata wang sendiri. Lebih 33 kali berangkat ke luar negeri
antara Tahun 1951 – 1967, Tahun 1967, menurunkan diri dari takhta
kerajaan, bergelar Paduka Seri Begawan Sultan Haji Omar ‘Ali
Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien. Baginda lindung pada tahun 1986.
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III [Sultan Brunei ke-28 1950-1967]

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN
HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI OMAR ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI
WADDIEN (1967-SEKARANG)
Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah [Sultan Brunei ke-29, 1967- ]