Sultan Idris al-Mutawakkil al-Allahi Shah II [Sultan Perak ke-33 1963-1984]

public profile

Is your surname ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah?

Research the ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah family

Sultan Idris al-Mutawakkil al-Allahi Shah II [Sultan Perak ke-33 1963-1984]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Idris al-Mutawakil Allahi Shah II ibni al-Marhum Sultan Iskandar Shah

Also Known As: "Raja Idris"
Birthdate:
Birthplace: Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Death: January 31, 1984 (59)
Lumut (Buried Bukit Chandan)
Immediate Family:

Son of Sultan Iskandar Shah [Sultan Perak ke-30 1918-1938] and Raja Puteh Kelsome (Raja Perempuan)
Husband of D.Y.M.M. Raja Perempuan Perak Raja Muzwin binti Raja Arif Shah; Asmah Binti Kassim; Che Puan Negara [5] H.H. Cik Amina / Amy Lim Kam Fong Binti ‘Abdu’llah; Che Haniza; Datuk Sri Sharifah Salmah Binti Syed Ahmad Alkaff and 2 others
Ex-husband of [1] Y.M. Raja Noor Izah binti Raja ‘Ali
Father of Raja Radziatul Zahar Binti sultan idris II almutawakil shah; YM Raja Rathiatul Zahar Sultan Idris al-Mutawakkil al-Allahi Shah II; Private; Private; Private and 11 others
Brother of YM Raja Mohamad Iskandar Sultan Iskandar Shah; DYTM Datuk Sri Raja Ahmed Siffudin Sultan Iskandar; Y.A.M. Raja Zainab binti al-Marhum Sultan Sir Alang Iskandar Shah al-Kaddasu’llah; Raja Puteh Mariam Sultan Alang Iskandar Shah; Raja Ismail Sultan Iskandar and 3 others
Half brother of Raja Fatimah (Tengku Ampuan Fatimah); Raja Aishah binti al-Marhum Sultan Sir Iskandar Shah al-Kaddasu’llah, Isteri #4 Raja Kamaralzaman; Raja Rahmah binti al-Marhum Sultan Iskandar Shah and Raja Aslah Binti Sultan Alang Iskandar Shah

Occupation: Sultan Perak
Managed by: AHMAD KHAIRUDDIN ISMAIL
Last Updated:

About Sultan Idris al-Mutawakkil al-Allahi Shah II [Sultan Perak ke-33 1963-1984]

Sultan Idris al-Mutawakkil al-allahi Shah II. Sultan Perak ke33; 1963-84.



Nama Baginda ialah Raja Idris, putera Almarhum sultan Iskandar Shah (Almarhum Kasallah) yang diputerakan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 17 Ogos, 1924. Baginda adalah putera yang kedua kepada Almarhum Sultan Iskandar dan Raja Teh Umi Kalsum binti Raja Muhammad Iskandar. Kekanda sulung baginda telah meninggal dunia semasa kecil lagi, berumur 40 hari sahaja.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, bukit Chandan mulai 3 Januari, 1931 dan setahun kemudian bertukar pula ke Sekolah Inggeris Clifford, Kuala Kangsar.

Pada tahun 1934, semasa Baginda berumur 10 tahun, Baginda telah dilantik menjadi Raja Di Hilir dengan permintaan dan kehendak Orang-orang Besar Perak, menggantikan Raja Sir Chulan. Semasa Negeri Perak di bawah pemerintahan Sultan Abdul Aziz, Baginda dilantik pula sebagai Raja Bendahara Perak pada 17 Oktober, 1938.

Baginda telah melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu, Kuala Kangsar awal bulan Disember, 1938. Pada akhir tahun 1941, semasa Jepun datang menyerang dan mengalahkan Malaya, pelajaran Baginda dalam Senior Cambridge di Maktab Melayu itu telah terganggu.

Di zaman pendudukan Jepun, Baginda turut menceburkan diri dalam pasukan Giyutai, iaitu pasukan pertahanan yang ditaja oleh Jepun. Melalui pasukan inilah Baginda telah mengumpul dan menggerakkan pemuda-pemuda Melayu supaya pandai menggunakan senjata api dan mempelajari teknik peperangan gerila, dengan bertopengkan pasukan Giyutai. Baginda dan beberapa orang pemuda Melayu yang lain telah membuat hubungan sulit dengan pasukan gerila yang dikenali sebagai Force 136, di bawah pimpinan Kolonel Dobree untuk menentang Tentera Jepun.

Dalam suasana peperangan di zaman pemerintahan Jepun, Baginda telah menamatkan alam remaja apabila Baginda telah dipertemukan jodoh dengan Yang Mulia Raja Mazwin binti Raja Ariff Shah pada tahun 1944. Hasil daripada perkongsian hidup ini, Baginda telah dikurniakan Allah dengan dua orang putera dan tiga orang puteri. Putera Baginda yang sulung telah mangkat semasa berusia enam bulan.

Sebelum Baginda melanjutkan pelajarannya ke England pada tahun 1934-1945, Baginda bertugas di Pejabat Tanah, Kuala Kangsar, sebagai Penolong Pemungut Cukai Hasil Tanah. Pada tahun berikutnya Baginda ditempatkan di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak untuk mengikut latihan di bidang pentadbiran.

Tahun 1948, apabila Sultan Abdul Aziz Al-Mutasim Billah Shah mangkat, Sultan Yussuff Izzuddin Shah ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-32 dan Baginda dilantik menjadi Raja Muda Perak yang bersemayam di Teluk Intan. Setahun selepas menjadi Raja Muda Perak, Baginda berlepas ke England untuk mengikuti kursus di University Of london, dalam bidang Local Government Social Welfare dan Agrarian Economic.

Sekembalinya dari England pada tahun 1951, Baginda telah menceburkan diri dalam Pasukan Federated Malay States Volunteer Force dan telah ditauliahkan sebagai Leftenan. Minat Baginda dalam ketenteraan begitu membara dan dengan semangat serta keazaman yng tinggi Baginda telah mengikuti latihan lasak ketenteraan di Port Dickson bersama-sama anggota Pasukan Askar Melayu. Kecemerlangan Baginda dalam perkhidmatan tentera ini begitu ketara dan dalam waktu yang singkat Baginda telah dinaikkan ke pangkat Mejar. Mengikut rekod tentera, Baginda merupakan Raja Muda yang pertama mengikut secara langsung latihan ketenteraan dalam Regular Unit.

view all 29

Sultan Idris al-Mutawakkil al-Allahi Shah II [Sultan Perak ke-33 1963-1984]'s Timeline