Is your surname ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah?

Research the ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah family

Sultan Iskandar Shah [Sultan Perak ke-30 1918-1938]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

DYMM Paduka Sri Tuanku Sultan Sir Iskandar Shah al-Kaddasu'llah ibni al-Marhum Sultan Sir Idris Murshid al-Azzam Shah Rahmatu’llah

Also Known As: "Marhum Kadasallah"
Birthdate:
Birthplace: Kuala Keboi, Kampar
Death: October 14, 1938 (57)
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar
Place of Burial: Kuala Kangsar, Malaysia, Perak
Immediate Family:

Son of Sultan Idris Murshid al-Azzam Shah [Sultan Perak ke-28 1887-1916] and Toh Puan Besar Che Ngah Manah binti Manda Duwayat
Husband of YAM Tengku Nong Fatima; Puteh Salah Puteh binti ‘Abdu’llah and Raja Puteh Kelsome (Raja Perempuan)
Father of Raja Fatimah (Tengku Ampuan Fatimah); Raja Aishah binti al-Marhum Sultan Sir Iskandar Shah al-Kaddasu’llah; Raja Rahmah binti al-Marhum Sultan Iskandar Shah; Raja Aslah Binti Sultan Alang Iskandar Shah; Sultan Idris al-Mutawakkil al-Allahi Shah II [Sultan Perak ke-33 1963-1984] and 8 others
Brother of Raja Ngah Khadijah Halimah Sultan Idris Murshidul Azzam Shah; Raja Abdul Hamid bin Sultan Idris Murshidul Azzam Shah and Raja Intan Sultan Idris
Half brother of Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah [Sultan Perak ke-29 1916-1918]; Raja Haji Harun al-Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah; Y.A.M. Raja Kechil Kamariah Kulsum / Lady Chulan Binti al-Marhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah; Raja Bendahara Raja Abdul Rashid Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah; Tengku Panglima Dalam Raja Haji Shu'ib ibni al-Marhum Sultan Idris Murshid and 9 others

Occupation: Sultan Perak, Sultan Perak ke-30
Managed by: AHMAD KHAIRUDDIN ISMAIL
Last Updated:

About Sultan Iskandar Shah [Sultan Perak ke-30 1918-1938]

Sultan Iskandar Shah. Sultan Perak ke30; 1918-38.



Raja Alang Iskandar adalah putera Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah, Sultan Perak yang ke-30. Baginda dilantik menjadi Sultan Perak menggantikan kekanda Baginda, Almarhum Sultan Abdul Jalil dan bergelar Sultan Iskandar Shah serta bersemayam di Istana Kenangan, kemudian berpindah ke Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Baginda diputerakan di Kuala Keboi, Kampar, Perak pada tahun 1876. Baginda mula bersekolah di Central School, Taiping, kemudian melanjutkan pelajaran Baginda ke Belliol College, Oxford, England. Dalam tahun 1902 Baginda berangkat balik ke Negeri Perak bersama ayahanda Baginda Sultan Idris yang melawat England. Tiga tahun kemudian Baginda berkhidmat di Pejabat Setiausaha Kerajaan di Bandar Taiping.

Tahun 1906 Baginda berkhidmat dalam pasukan Polis dan tidak berapa kemudian telah dilantik menjadi Penolong Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur. Kegemaran Baginda ialah bermain bolasepak, hoki, kriket dan merupakan seorang ahli pasukan polo Negeri Selangor dan pasukan polo Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sehingga menjadi Sultan Perak pun Baginda masih merupakan pemain polo yang handal dan menubuhkan satu pasukan polo Negeri Perak di Kuala Kangsar.

Dalam tahun 1916, ketika berkhidmat dalam Pasukan Polis di Kuala Lumpur, Baginda telah dipanggil balik ke Perak kerana telah dilantik menjadi Raja Bendahara Perak. Apabila Sultan Abdul Jalil mangkat dalam tahun 1918, Raja Bendahara Alang Iskandar ditabalkan menjadi Sultan Perak yang ke-30. Enam tahun kemudian Baginda berangkat ke England kerana menyaksikan pertunjukan Wembly, sekaligus mengadap Baginda King George V.

Baginda ialah seorang "Amateur Jockey" dan mempunyai kira-kira tujuh puluh ekor kuda lumbanya sendiri. Dalam Pasukan Volunteer Infantry iaitu cawangan pasukan FMSVF, Baginda adalah seorang Kolonel, manakala dalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu, Baginda Honorary Inspector General.

Baginda menyokong kuat penubuhan Askar melayu di-raja, dan desakan Baginda, kuasa pentadbiran yang dipegang oleh Residen General bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu telah dirombak dan dibahagi-bahagi semula kepada Sultan-Sultan, Residen-Residen dan Majlis-Majlis Mesyuarat Negeri-Negeri dalam Persekutuan itu.

Dengan rayuan Baginda kepada Kerajaan Inggeris, Jajahan Dinding dan Pulau Pangkor yang diberi kepada Kompeni Inggeris dalam tahun 1826 diserahkan balik kepada Kerajaan Negeri Perak dalam tahun 1935.

Baginda turut melantik seorang alim Islam di Teluk Intan (Teluk Anson), bernama Sheikh Muhammad Saleh (Asal dari Minangkabau) menjadi Shaikul-Islam bagi Negeri Perak. Baginda sendiri selalu melawat dan memberi titah ucapan mengenai ajaran Agama Islam kepada rakyat Baginda di bandar-bandar dan di kampung-kampung.

Baginda berangkat merasmikan Maktab Latihan Sultan Idris di Tanjung Malim pada tahun 1922. Baginda juga telah mendirikan sebuah istana yang besar dan indah di Bukit Chandan dan dinamakan Istana Iskandariah, sempena nama Baginda sendiri.

Pada masa pemerintahan Baginda, Baginda telah mengurniakan gelaran Orang kaya-Kaya Mahakurnia Indera di-Raja kepada Encik Alang Ahmad bin Muhammad Yunus, menggantikan gelaran Orang Kaya Maharaja Lela Tan Lela Putera yang telah dimansuhkan selepas pembunuhan J.W.W. Birch dahulu.

Setelah memerintah selama 20 tahun lamanya dengan jaya, maka dalam bulan Oktober 1938, Sultan Iskandar Shah pun mangkat dan dimakamkan di Permakaman di-Raja Bukit Chandan, bergelar "Marhum Kadasallah".