Sultan Muwallil Wasit-I @ Pg Shahbandar Maharaja Lela ibni Sultan Muhammad Hasan [Sultan Sulu ke-9, 1600-1650]

public profile

Is your surname Sultan Muhammad Hasan?

Research the Sultan Muhammad Hasan family

Sultan Muwallil Wasit-I @ Pg Shahbandar Maharaja Lela ibni Sultan Muhammad Hasan [Sultan Sulu ke-9, 1600-1650]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Muwallil Wasit-I @ Pg Shahbandar Maharaja Lela ibni Sultan Muhammad Hasan [Sultan Sulu ke-9, 1600-1650]

Sultan Muwalil Wasit Bongsu adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598] dengan pasangan baginda Putri Sulu (puteri kepada Betara Suluk iaitu Sultan Muhammad Halim Pg Budiman). Sebelum menjadi Sultan Suluk, baginda dikenali dengan Pg Shahbandar Maharaja Lela atau Raja Bongsu. Hubungan Suluk dengan Brunei itu lebih bertambah kukuh setelah Pg Shahbandar Maharaja Lela telah menjadi Sultan Suluk menggantikan moyangnya (Sultan Bolkiah) bergelar Sultan Muwalil Wasit Bongsu.

Sultan Muwalil Wasit Bungso adalah Sultan yang lama memerintah dan banyak menghadapi dugaan. Pada 4 Januari 1638 baginda telah diserang oleh Angkatan Sepanyol yang diketuai oleh Gabenor Sebastian Hurtado de Corcuera. Baginda bersama-sama pahlawan-pahlawan Suluk yang dibantu oleh orang-orang Samal, Basilan (Taguiman), Makassar dan orang-orang Melayu lainnya, telah berjaya mempertahankan Suluk, tetapi walau bagaimanapun kira-kira empat bulan kemudian dalam perang dan kepungan yang berterusan Sepanyol yang dibantu oleh anak negeri yang menjadi sekutunya telah dapat melumpuhkan pertahanan Suluk, dan pada 17 April 1638 dalam satu pertempuran sengit Sepanyol berjaya menawan Suluk. Baginda berserta pahlawan-pahlawannya yang setia telah berundur, tetapi isteri baginda Pg Tuan Baloca telah tertawan dan dipenjarakan oleh Sepanyol.

والله أعلمُ



Sultan of Sulu Sultanate after the occupation of his great grand father Brunei Sultan Bolkiah to Sulu ....