Sultan Tengah @ Raja Tengah Ibrahim [Sultan Anum Ibrahim Ali Omar Shah] ibni Sultan Muhammad Hasan

public profile

Is your surname Sultan Muhammad Hasan?

Research the Sultan Muhammad Hasan family

Sultan Tengah @ Raja Tengah Ibrahim [Sultan Anum Ibrahim Ali Omar Shah] ibni Sultan Muhammad Hasan's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Tengah @ Raja Tengah Ibrahim [Sultan Anum Ibrahim Ali Omar Shah] ibni Sultan Muhammad Hasan

Also Known As: "Pg Muda Tengah ibni Sultan Muhammad Hasan"
Birthdate:
Death: 1641
Place of Burial: Batu Buaya, Santubong
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598] and Puteri Sulu binti Sultan Muhammad Halim Pg Budiman
Husband of Putri Surya Kesuma @ Raja Baka binti Sultan Muhammad Tajuddin and Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam
Father of Sultan Muhammad Tsafiuddin I @ Raden Sulaiman ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim Omar Ali Shah [Sultan Sambas 1, 1671-1682]; Pengiran Bendahara Seri Maharaja Badaruddin ibni Sultan Ibrahim Ali Omar Shah; Pengiran Abdul Wahab Ibrahim Ali Omar Shah; Radin Rasmi Puteri; Radin Ratnawati and 1 other
Brother of Sultan Muwallil Wasit-I @ Pg Shahbandar Maharaja Lela ibni Sultan Muhammad Hasan [Sultan Sulu ke-9, 1600-1650]; Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661] and Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam
Half brother of Raja Putri Tuah binti Sultan Muhammad Hassan; Sultan 'Abdul Jalilul Akbar (Sultan Brunei ke10: 1598-1659); Pengiran Ahmad; ??; Raja Bonda binti Sultan Muhammad Hassan (Brunei) and 3 others

Managed by: Dayang Surena Abang Basri
Last Updated:

About Sultan Tengah @ Raja Tengah Ibrahim [Sultan Anum Ibrahim Ali Omar Shah] ibni Sultan Muhammad Hasan

Pg Muda Tengah adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Hasan [Sultan Brunei ke-9, 1582-1598] dengan pasangan baginda yang gahara Puteri Sulu. Pg Muda Tengah merupakan seorang putera Diraja Brunei, yang telah diaturkan oleh kekanda baginda Sultan Abdul Jalilul Akbar [Sultan Brunei ke-10, 1598-1659] berangkat ke Sarawak, sebuah wilayah Brunei yang di sebelah barat brunei untuk menjadi raja di sana. Tawaran perlantikan menjadi Raja Sarawak ini telah diterimanya, lalu Pg Muda Tengah pun berkemas dan berangkat ke Sarawak diiringkan oleh 1,000 orang Brunei yang terdiri daripada anak-anak para pembesar negeri yang biasa memegang pentadbiran negeri dan juga beberapa orang daripada keturunan Sakai, Kedayan dan puak dari Pulau Bunut. Di samping itu beberapa orang pegawai dan anak orang baik-baik yang asalnya memegang peranan penting dalam pemerintahan negara telah diaturkan juga untuk mengiringkan. Sebahagian besar pengiring-pengiring Pg Muda Tengah inilah yang menjadi datuk nenek orang Melayu Sarawak masa ini, dan mereka masih menyebut diri mereka berasal daripada Brunei walaupun mereka telah diam beberapa lama di Sarawak.

Setelah berada di Sarawak, mula-mula baginda membangun istana, Lapau dan kota berkeliling istana. Selepas itu baginda melantik pembesar-pembesar negara yang diperlukan untuk pentadbiran. Antara lain pengurniaan gelaran yang dianugerahkan kepada pengiring-pengiring baginda ialah Dato Petinggi Seri Setia, Dato Shahbandar Indera Wangsa, Dato Amar Setia Diraja dan Dato Temenggong Laila Wangsa. Pengurniaan gelaran yang bermula dalam zaman Sultan Tengah inilah seterusnya dijalankan di Sarawak hingga ke zaman pemerintahan James Brooke. Cara-cara pelaksanaan istiadat mengurniakan gelaran itu adalah menurut adat istiadat Diraja yang lazim dijalankan di Brunei. Setelah sempurnya semuanya barulah baginda memasyhurkan dirinya menjadi Raja Sarawak, bergelar Sultan Ibrahim Ali Omar Shah, tidak lama kemudian baginda pun berangkat ke Johor (Pahang) menemui kekanda saudara baginda iaitu Raja Bonda. Tatkala di Johor, kerana sesuatu sebab tertentu, baginda telah mengamuk, dan atas nasihat (arahan) Raja Bonda, baginda dengan tergesa-gesa telah berangkat meninggalkan Johor balik ke Sarawak. Dalam pelayaran keberangkatan balik ke Sarawak itu, sakunyir baginda telah ditimpa ribut lalu terbabas di Sukadana dan akhirnya berkahwin di sana. Perkahwinan Sultan Tengah dengan Puteri Surya Kesuma ini terjalin disebabkan keadaan dan sifat Sultan Tengah yang sentiasa kelihatan gagah berani dan mempunyai tingkah laku yang bersopan santun yang bersendikan pengajaran Islam serta suka menggalakkan manusia untuk beribadat kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hasil perkahwinan inilah yang menurunkan raja-raja Sambas. Diriwayatkan, tidak lama selepas mengahwinkan putera sulungnya, Radin Sulaiman dengan Puteri Mas Ayu Bungsu, Puteri Ratu Sepudak, baginda pun berangkat balik ke Sarawak. Sewaktu singgah membuang hajat di Batu Buaya, Santubong, baginda telah lindung ditikam oleh seorang Sakai gila, dan layuan baginda dimakamkan di sana.

والله أعلمُ