Pg Isah Tandang Sari

public profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Isah Tandang Sari

Birthdate:
Death:
Place of Burial: Tanah Perkuburan Islam Pusa, Sarawak
Immediate Family:

Daughter of Pengiran Temenggong Kadir - Ruler of the Negeri Saribas and Dyg Hajjar
Sister of Pg Kachi @ Dyg Chee binti Pg Temenggong Pg Abdul Kadir

Managed by: Izwan
Last Updated:

About Pg Isah Tandang Sari

Pg Isah Tandang Sari adalah anak kepada Pg Temenggong Pg Abd Kadir dengan pasangannya Dyg Hajar. Beliau mempunyai waris kesultanan Melayu Brunei melalui Al-Marhum Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] yang memputerakan Pg Temenggong Pg Anak Mahmud yang beranakkan Pg Sidewa Maharaja yang beranakkan Pg Temenggong Pg Abd Kadir dan beranakkan Pg Isah. Di segi susunan atau hirarki, Pg Isah adalah generasi ke-5 (piut) kepada Sultan Saiful Rizal. Diriwayatkan, Pg Isah ini seorang perempuan yang sangat cantik dan mempunyai suatu kelebihan yang istimewa iaitu sewaktu beliau menelan air pinang, dapat dilihat dari luar perjalanan air pinang di lehernya. Beliau juga dikatakan sangat cantik rupawan seperti juga kakaknya, Pg Kachi (isteri Dato Godam). Pg Isah Tandang Sari meninggal dunia dan dikuburkan berdekatan dengan ayahnya, Pg Temenggong Pg Abd Kadir serta adik iparnya, Dato Godam di Tanah Perkuburan Islam Pusa yang berhampiran Sungai Telit, Sarawak.

Daripada penyelidikan ahli-ahli Pusat Sejarah Brunei yang dilakukan ke atas batu nisan Pg Isah ini didapati diperbuat daripada batu nisan Acheh (didatangkan dari Aceh), yang mana bentuk batu nisannya sama dengan batu nisan yang terdapat di Tanah Perkuburan Islam Kianggeh, Bandar Seri Begawan. Kedudukan batu nisan Pg Isah Tandang Sari ini terletak lebih kurang 200 meter dari batu nisan Dato Godam iaitu berhampiran dengan tebing sungai. Batu nisannya berukuran tinggi 56 sentimeter dari tanah, sukatan bahagian punggung (bawah) 22 sentimeter, bahagian dada (tengah-tengah) 30 sentimeter, bahagian kepala (atas) berukuran 5 sentimeter dan tebal batu nisan ini berukuran 16 sentimeter. Ukurannya seakan sama dengan bentuk ukiran batu Aceh tetapi tidak mempunyai tulisan. Ketika rombongan penyelidikan Pusat Sejarah Brunei berada di tanah perkuburan Daerah Pusa, mendapati bahawa bahagian leher batu nisan kepunyaan Pg Isah Tandang Sari telah patah dan tidak mempunyai tambak. Di sekelilingnya terdapat batu-batu nisan lama daripada batu pasir yang tidak mempunyai tulisan dan ianya merupakan perkuburan lama yang kini tidak lagi digunakan. Sebagai usaha pemuliharaan ke atas batu nisan tersebut, sebuah pondok telah didirikan pada 20 September 1980.

والله أعلمُ

view all

Pg Isah Tandang Sari's Timeline