Pg Maharaja Laila @ Pg Seri Lela Buang Manis ibni Sultan Bolkiah

Is your surname Sultan Bolkiah?

Connect to 18 Sultan Bolkiah profiles on Geni

Pg Maharaja Laila @ Pg Seri Lela Buang Manis ibni Sultan Bolkiah's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Maharaja Laila @ Pg Seri Lela Buang Manis ibni Sultan Bolkiah

Pg Maharaja Laila adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-5, 1481-1524] dengan pasangan baginda Putri Sulu. Pg Maharaja Laila terkenal juga dengan gelaran Pg Seri Lela. Beliau dikatakan pernah bertengkar dan bertarung dengan Pg Bendahara Sakam lalu di buang ke Kimanis, Sabah olehnya sehingga terkenal dengan nama Buang Manis. Punca pertengkaran disebabkan anak perempuan beliau (tidak diketahui nama) telah di rampas oleh Pg Bendahara Sakam ketika majlis perkahwinannya bersama anak lelaki kepada Pg Seri Maharaja Ratna @ Pg Maharaja Diraja. Mereka ini dipercayai adalah golongan cheteria dan Pg Seri Lela Buang Manis adalah bapa saudara kepada Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] yang memerintah ketika itu.

Beliau dengan Pg Seri Maharaja Ratna bersepakat untuk menolong tentera Sepanyol ketika peperangan Kastilla (Castille War) ketika zaman pemerintahan Sultan Saiful Rizal. Ini kerana apabila kedua anak mereka dirampas oleh Pg Bendahara Sakam, Al-Marhum Sultan Saiful Rizal telah memberi keampunan kepadanya dan memberi kebebasan berdasarkan undang-undang resam negara, dan akhirnya kedua pihak (Pg Seri Maharaja Ratna dan Pg Maharaja Laila) telah berpakat untuk membantu Sepanyol untuk menyerang Brunei. Gabenor Sepanyol itu berjanji akan menjadikan Pg Seri Lela, Sultan Brunei jika rancangan itu berjaya. Malangnya apabila pihak Sepanyol telah tewas dalam peperangan itu maka Pg Bendahara Sakam membunuh Pg Maharaja Laila sendiri dan akhirnya Pg Seri Maharaja Ratna juga mati dibunuh olehnya.

والله أعلمُ

view all

Pg Maharaja Laila @ Pg Seri Lela Buang Manis ibni Sultan Bolkiah's Timeline