Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530]

How are you related to Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Abdul Kahar Jalilul Alam ibni Sultan Bolkiah

Also Known As: "Syarif Abdul", "Syarif Abdul Kahar", "Siripada", "Raja Tua", "Marhum Keramat"
Birthdate:
Birthplace: Brunei (Brunei Darussalam)
Death: 1578 (89-91) (Old age)
Place of Burial: Pulau Luba, Kg. Perpindahan Bunut
Immediate Family:

Son of Sultan Bolkiah Shah Alam ibni Sultan Sulaiman [Sultan Brunei ke-5, 1485-1524] and Putri Laila Menchanai binti Sultan Kamaluddin
Husband of Wife of Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah; Puteri Raja Illanun; Puteri Diraja Mataram Jawa/Javanese Princess and Puteri Raja Bajau
Father of Puteri Brunei binti Sultan Abdul Kahar; Ampuan Aliuddin @ Pg Muda Bungsu ibni Sultan Abdul Kahar; putri binti sultan abd kahar; Pengiran Muda Besar Abdullah Ibni Sultan Abdul Kahar; Pg Muda Besar Ismail and 5 others
Brother of Rajah Lontok ibni Sultan Bolkiah; Rajah Pandan ibni Sultan Bolkiah; Brother of Sultan Abdul Kajar and Pg Muda Bungsu ibni Sultan Bolkiah
Half brother of Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin ibni Sultan Bolkiah; Pg Maharaja Laila @ Pg Seri Lela Buang Manis ibni Sultan Bolkiah; Dayang Ysmeria binti Sultan Bolkiah; Abdul Bolkiah; Sultan Qudarat (Kudarat) Nasiruddin II -maquindanao and 2 others

Managed by: Pg Md Rusydi bin Pg Hj Matussin
Last Updated:

About Sultan Abdul Kahar ibni Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530]

6. SULTAN ABDUL KAHAR (TM 1524 - 1530)

Baginda adalah [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530] dan merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-5, 1485-1524] dengan pasangan baginda Putri Laila Menchanai. Sebelum ditabalkan menjadi Sultan baginda adalah Pg Muda Tengah Abdul Kahar. Menurut sumber, Sultan Abdul Kahar memiliki 3 putera yang naik takhta Kerajaan Brunei tetapi buat hanya sementara waktu. Mereka adalah Pg Muda Besar Ismail, Pg Muda Tengah Othman dan Pg Muda Iring Ali Akbar. Ketiga-tiga putera baginda ini telah memerintah Brunei dengan masa yang singkat oleh sebab kemangkatan awal (ketiga-tiga putera ini pernah jadi Sultan tetapi besar kemungkinan tidak sempat dipuspakan maka terkeluar dari senarai Sultan-Sultan yang pernah memerintah Brunei dan tidak dicatat di Batu Tersilah). Sultan Abdul Kahar telah menyedari bahawa takhta Kerajaan Brunei itu sebenarnya milik kekandanya bernama Pg Bendahara Pg Muda Besar Tajuddin. Akhirnya Sultan Abdul Kahar serahkan balik takhta Kerajaan Brunei yang seharusnya iaitu keturunan Pg Bendahara Pg Muda Besar Tajuddin yang mempunyai seorang putera. Malangnya, Pg Bendahara Pg Muda Besar Tajuddin pun tidak sempat naik takhta kerana takdir illahi menjemput Al-Marhum. Di atas pertimbangan baginda, akhirnya takhta Kerajaan Brunei baginda serahkan kepada putera Pg Bendahara Pg Muda Besar Tajuddin iaitu Pg Muda Chuchu Besar Saiful Rizal yang kemudian bergelar Sultan Saiful Rijal.

Baginda ialah seorang raja yang warak dan berkeramat, sebab itulah baginda terkenal dengan nama Marhum Keramat, nampaknya seorang bersifat lemah lembut, tetapi tegas. Seorang yang ketika bercakap tidak suka meninggikan suaranya. Orang ramai atau para pembesar yang ingin berbicara dengan baginda hanya dibolehkan bercakap melalui perantaraan orang yang tertentu atau alat yang tertentu. Diperkukuh dengan gelaran yang diberikan kepada baginda sebagai Marhum Keramat menunjukkan baginda itu semasa hayatnya adalah seorang yang cenderung kepada tasawuf dan kuat beribadat. Dalam pada itu baginda juga terkenal mempunyai keluarga yang besar yang mengamalkan poligami dan mempunyai ramai anak. Sebab-sebabnya begitu bukan kerana baginda itu seorang yang suka memuaskan hawa nafsu, tetapi baginda beristeri banyak itu kerana hendak mengukuhkan muhibah dengan negeri-negeri yang berada dalam lengkongannya. Baginda merapatkan muhibah itu dengan jalan memperisterikan puteri-puteri raja atau anak ketua-ketua puak dari negeri-negeri yang berada dalam naungan baginda. Perbuatan baginda itu bukan sahaja mengikat dan mengukuhkan tali persahabatan antara kerajaan Brunei sebagai ibu dari seluruh kepulauan Borneo dengan negeri-negeri yang menjadi jajahan takluk dan naungannya, tetapi adalah banyak menimbulkan perasaan ikhlas yang lebih rapat dengan perasaan pertalian kaum kerabat. Dikatakan baginda mempunyai keseluruhan banyak anaknya semuanya 48 orang.

Ketika hayat baginda juga, rombongan Ferdinand Magellan dan Antonio Pigafetta telah melawat Brunei semasa baginda menjadi Pemangku Sultan pada tahun 1521. Oleh itu mereka menulis nama baginda dengan nama Siripada (Sharif Raja). Pada tahun 1526 seorang Portugis bernama George de Menezes datang ke Brunei bertujuan hendak menjalankan perniagaan di samping mencari peliringan hendak menakluki Brunei. Tetapi memandangkan kekuatan Brunei ketika itu padu, dijangka agak sukar hendak dikalahkan maka maksud berniaga sahaja yang diteruskan. Sehubungan itu dia telah berjaya membuat perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Sultan Brunei. Sejak itulah Portugis mengimport lada hitam, sagu, ikan, beras, emas dan barang makanan yang lain dari Brunei ke Melaka; di samping menggunakan pelabuhan dan perairan, Brunei menjadi tempat persinggahan dan lalu lintas perkapalan mereka dari Cochin ke Melaka, dari Melaka ke Maluku dan sebaliknya. Manakala pada tahun 1530, seorang pegawai Portugis lain bernama Goncalo Pereira telah datang juga ke Brunei untuk memerhati keadaan Brunei sambil berniaga tetapi perniagaannya tidak berkembang dan akhirnya lenyap. Walau bagaimanapun ulama–ulama Islam masih ramai datang ke Brunei mengajar dan mengembangkan syiar Islam sehingga Brunei waktu itu terkenal sebagai pusat perkembangan Islam di kepulauan utara Pulau Brunei (Borneo).

Semasa hayat baginda telah berlakunya perang Kastila antara Brunei dengan Sepanyol, Sultan Abdul Kahar dikatakan sangat tua dan mangkat pada tahun 1578. Baginda juga dikenali dengan Raja Tua maka pada tahun 1521 munasabah raja Siripada itu dianggarkan berusia kira-kira 40 tahun, kerana pada tahun 1578 baginda dijangka sudah mencapai umur 80 atau 90 tahun iaitu suatu peringkat umur yang dapat dikatakan sangat tua. Ketika Brunei jatuh ke tangan Sepanyol, anakanda saudara baginda iaitu Sultan Saiful Rizal dan Al-Marhum Begawan Sultan Abdul Kahar pernah diam di Pulau Raja di Jerudong diiringi oleh Pg Bendahara Sakam sendiri dan pengawal-pengawal mereka yang gagah berani diketuai oleh Orang Kaya Harimau Taring. Baginda turun takhta pada 1530 bergelar Paduka Seri Begawan Sultan ‘Abdul Kahar dan baginda juga yang kedua memakai gelaran Begawan Sultan selepas Al-Marhum Sultan Sulaiman ibni Sultan Sharif Ali. Disebutkan, Begawan Sultan Abdul Kahar mempunyai tarsilah yang mencatatkan susur galur Raja-Raja Brunei yang diperbuat daripada kepingan emas yang nipis berukuran selebar sedepa. Dalam Boxer Codex juga menyebutkan bahawa tarsilah daripada kepingan emas tersebut telah hilang daripada simpanan Begawan Sultan Abdul Kahar semasa Perang Kastila di Brunei pada tahun 1578, iaitu dalam zaman pemerintahan Sultan Saiful Rijal. Kepingan tarsilah itu hilang sama ada disebabkan Begawan Sultan Abdul Kahar menanam atau membuangkannya ke dalam laut. Sejak itu tidak ada lagi terdapat riwayat yang menyebutkan ada tarsilah lain yang seumpama dengannya, sehingga wujud Batu Tarsilah yang ada di Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan. Apabila baginda lindung maka digantikan oleh anakanda saudara baginda iaitu Pg Muda Chuchu Besar Saiful Rizal. Menurut cerita, kubur baginda telah dikatakan dimakamkan di Makam di Luba, Kg. Bunut. Di mana dalam Kubah Makam di Luba dipercayai tedapat dua makam orang Sultan iaitu Makam Sultan Husin Kamaluddin [Sultan Brunei ke-6, 1710-1730 & 1737-1740] dan Makam Sultan Abdul Kahar.

والله أعلمُ