Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin ibni Sultan Bolkiah

Is your surname ibni Sultan Bolkiah?

Connect to 13 ibni Sultan Bolkiah profiles on Geni

Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin ibni Sultan Bolkiah's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin ibni Sultan Bolkiah

Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin merupakan putera sulung kepada Al-Marhum Sultan Bolkiah [Sultan Brunei ke-5, 1485-1524] dengan pasangan baginda Putri Sulu. Pada masa mudanya beliau adalah Pg Muda Besar Muhammad Tajuddin. Menurut sumber, Pg Muda Besar Muhammad Tajuddin diarak menjadi wazir Pg Bendahara ketika pemerintahan ayahandanya Sultan Bolkiah. Malangnya kehidupan beliau adalah dalam jangka masa yang pendek dan telah dijemput illahi maka tidak sempat dipuspakan menjadi Sultan Brunei lalu takhta Kerajaan Brunei diserahkan kepada adinda beliau, Pg Muda Tengah Abdul Kahar menjadi Sultan Abdul Kahar. Oleh kerana Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin ini telah mangkat sebelum ayahandanya lindung, maka Pg Muda Saiful Rizal waktu damitnya pun dipelihara oleh Sultan Abdul Kahar dan dijadikan oleh baginda seperti putera sendiri sehingga terkenal dengan sebutan 'Sultan Saiful Rijal ibni Sultan Abdul Kahar'. Semasa hayatnya, Pg Bendahara Pg Muda Muhammad Tajuddin berkahwin dengan beberapa puteri yang asal dari Pg Peranakkan dan asal dari Bajau, Sabah beranakkan Pg Muda Chuchu Besar Saiful Rizal. Beliau juga mempunyai adik-beradik seibu sebapa dengan Pg Maharaja Laila Pg Buang Manis dan Dyg Ysmeria. Manakala adik beradik berlainan ibu pula bersama dengan Pg Temenggong Puteh dan Rajah Pandan.

والله أعلمُ