Pg Temenggong Ampa @ Pg Temenggong Tua Pg Abdul Kahar

public profile

Pg Temenggong Ampa @ Pg Temenggong Tua Pg Abdul Kahar's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Temenggong Ampa @ Pg Temenggong Tua Pg Abdul Kahar

Birthdate:
Death:
Immediate Family:

Son of Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ibni Sultan Muhyiddin and Pg Anak Besar binti Pg Muda Besar Abdullah
Husband of Raja Isteri Pg Anak Puteri Bulan binti Sultan Hussain Kamaluddin
Father of Pg Tua Ahmad and Pg Ismail
Brother of Sultan Muhammad 'Alauddin (Sultan Brunei ke17: 1730-7)

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Temenggong Ampa @ Pg Temenggong Tua Pg Abdul Kahar

Pg Temenggong Pg Tua Abdul Kahar merupakan anakanda kepada Pg Digadong Pg Muda Shah Mubbin dengan pasangannya Pg Anak Besar. Beliau merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Muhyiddin [Sultan Brunei ke-14, 1673-1690]. Dikenali juga dengan gelaran Pg Temenggong Pg Ampa dan terkenal dengan kegagahannya dapat menghidu akan hajat Suluk ketika Perang Saudara, lalu menuruni pihak Suluk dengan beberapa orang pahlawan Brunei. Pada tahun 1775, iaitu setelah Datu Teting menang perang di Belambangan, Sumatra, pada tahun yang sama mereka telah datang ke Brunei menghadapkan tuntutan itu (Wilayah-Wilayah Brunei termasuk Paitan, Sugut, Mempayong, Palawan, Balabak dan negeri-negeri di kepulauan yang berhampiran dengan Pulau Brunei diserahkan kepada Suluk sebagai balasan terhadap pertolongan mereka kepada Al-Marhum Sultan Muhyiddin ketika beroleh kemenangan dari perang saudara). Diceritakan bahawa beliau melontar lembingnya ke arah perahu Suluk dan lembing tersebut tidak dapat dicabut. Dengan hanya menggunakan buluh, beliau dapat melompat jauh sehingga sampai ke perahu ketua Suluk. Kejadian ini berlaku apabila Datu Teting yang sampai di Muara mereka menghantar utusan meminta kebenaran hendak mengadap Sultan Brunei pada ketika itu Sultan Omar Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-18, 1740-1795] untuk merundingkan maksud tuntutan dengan berpura-pura hendak minum air Subuk. Setelah difahamkan maksud tipu muslihat itu Sultan Omar Ali Saifuddin I telah menitahkan ayahanda saudara baginda Pg Temenggong Ampa mengeluarinya dengan diiringi oleh pahlawan-pahlawan Brunei dalam beberapa buah garai.

Pada masa angkatan Brunei berhampiran dewngan angkatan Suluk, Pg Temenggong Ampa merejam lembingnya ke tiang kumpit orang-orang Suluk (lembing itu tidak dapat dicabut lagi). Kemudian dengan menggunakan galah buluh, beliau melompat (menurut tradisi lisan, ketika Pg Temenggong Ampa itu melompat orang-orang Suluk hairan kerana ketika itu pada penglihatan mereka badan Pg Temenggong Ampa bercahaya-cahaya) ke kompit ketua orang-orang Suluk. Sewaktu beliau sampai di perahu orang-orang Suluk, beliau dengan gagah mencabut kerisnya sambil memberitahu dengan lantang bahawa jika orang-orang Suluk hendak menghadapkan maksudnya atau hendak minum air Subuk, maka tempatnya adalah di hujung keris yang sedang beliau hunus itu. Melihat akan kejadian tersebut, Suluk merasa sungguh takut dan sehingga kini tidak lagi merista-rista perjanjian itu (pembahagian Utara Brunei). Memandang kepada beranian dan kegagahan Pg Temenggong Pg Ampa itu, orang Suluk, khususnya Datu Teteng akhirnya tunduk dan menyerah kalah. Kemudian setelah orang Suluk itu berikrar mengaku tewas, Pg Temenggong Pg Ampa pun menyuruh orang Suluk melucutkan celananya (seluar), dan digantikan dengan hanya memakai kain sahaja. Menurut tradisi lisan sebelum Datu Teting dan angkatan Suluk balik, hasrat mereka hendak minum air Subuk itu telah ditunaikan juga oleh Pg Temenggong Ampa.

والله أعلمُ