Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ibni Sultan Muhyiddin

Is your surname ibni Sultan Muhyiddin?

Research the ibni Sultan Muhyiddin family

Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ibni Sultan Muhyiddin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ibni Sultan Muhyiddin

Pg Muda Shah Mubin adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Muhyiddin [Sultan Brunei ke-14, 1673-1690] dengan pasangan baginda Raja Sari. Disebutkan, pada masa Sultan Muhyiddin lindung pada tahun 1690 dahulu, putera baginda yang gahara Pg Muda Shah Mubin masih kecil, sebab itulah Sultan Nasruddin ibni Pg Muda Besar Abdullah ibni Sultan Abdul Jalilul Akbar, diberi peluang menaiki takhta kerajaan, kerana ia sahaja yang paling kanan dan layak diangkat menjadi Sultan pada waktu itu.

Pada masa hayatnya, Pg Muda Shah Mubin ini, iaitu kira-kira pada tahun 1659 telah berkahwin dengan Pg Anak Besar binti Pg Muda Besar Abdullah dan selepas perkahwinan tersebut ia pun dikurniakan gelaran Wazir diarak menjadi Pg Digadong oleh iparnya Sultan Nasruddin terkenal dengan nama Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin. Hasil daripada perkahwinan tersebut Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin berputerakan Pg Muda Muhammad Alauddin (Sultan Muhammad Alauddin). Menerusi pengurniaan gelaran Wazir ‘Pg Digadong’ ini, Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ini adalah ditimang-timang bakal diangkat menjadi Sultan, kerana ia adalah putera Sultan yang gahara, tambahan pula waktu itu Sultan Nasruddin tidak mempunyai putera. Tetapi walau bagaimanapun takdir telah menentukan segalanya, Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ini terdahulu mangkat daripada Sultan Nasruddin. Tarikh kemangkatan Pg Digadong Pg Muda Shah Mubin ini tidak dapat diketahui dengan tepat, tetapi adalah dianggarkan berlaku pada tahun 1710 ketika berumur 30-an tahun.

والله أعلمُ