Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusuf @ Usop ibni Sultan Muhammad Tajuddin

Is your surname Sultan Muhammad Tajuddin?

Connect to 14 Sultan Muhammad Tajuddin profiles on Geni

Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusuf @ Usop ibni Sultan Muhammad Tajuddin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusuf @ Usop ibni Sultan Muhammad Tajuddin

Birthdate:
Death: September 10, 1845
Jalan Kimanis Brunei, Papar, Sabah, 89600, Malaysia
Place of Burial: Tanah Perkuburan Islam Bukit Kupang @ Kpg Brunai Kimanis, Papar, Sabah
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad Tajuddin (Sultan Brunei ke19: 1795-1804 & 1804-7) and Dayang Siti Asiah
Husband of Pg Anak Sharbanun binti Pg Derma Putera
Father of Pg Anak Saiful Rizal Pg Anak Muhammad Yusuf; Pg Anak Fatimah binti Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusuf; Pg Anak Jumat and Pg Sulaiman
Brother of Pg Anak Yaakub (1845); Pg Anak Arshad ibni Sultan Muhammad Tajuddin; Pg Paduka Tuan Pg Anak Ishak ibni Sultan Muhammad Tajuddin and Pg Anak Muhammad Ali ibni Sultan Muhammad Tajuddin
Half brother of Pg Anak Bima ibni Sultan Muhammad Tajuddin; Sultan Muhammad Jamalul Alam I [Sultan Brunei ke-20, April-Nov 1804] and Pg Muda Besar Saiful Rizal ibni Sultan Muhammad Tajuddin

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusuf @ Usop ibni Sultan Muhammad Tajuddin

Pg Anak Yusuf atau dikenali juga Pg Usop adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Tajuddin [Sultan Brunei ke-19, 1795-1804 & 1804-1807] dengan pasangan baginda yang bukan gahara Dayang Aishah. Diceritakan bahawa Pg Usop telah dilucutkan jawatan Bendaharanya dengan kehadiran Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam. Pada tahun 1835 berlaku pemberontakan menentang Kesultanan Brunei di kalangan penduduk Melayu Sarawak dan suku kaum Bidayuh atau Dayak Barat. Kebangkitan penduduk di wilayah ini dikatakan hasil provokasi oleh sekumpulan Pengiran Brunei. Salah seorang pengerak utama pemberontakan ini adalah Pg Anak Yusof sendiri. Pg Anak Yusof ini diceritakan seorang pembesar Brunei yang berpengaruh pemimpin yang tegas, berwibawa dan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Meskipun begitu beliau kurang popular di kalangan penduduk ibu kota Brunei.

Pemberontakan di Sarawak Asal ini dicetuskan dengan matlamat mahu memisahkan wilayah ini dari penguasaan Kesultanan Brunei. Pg Anak Yusof telah berunding dengan kerajaan Sambas untuk menyerahkan Sarawak Asal kepada saudara Sultan Sambas. Sebagai balasan dari penyerahan ini saudara Sultan Sambas akan membayar dengan sejumlah wang kepada Pg Anak Yusof. Apabila Sultan mendapat tahu tentang rancangan Pg Anak Yusof ini, ia telah mendapat bantahan yang keras. Kesudahannya rancangan ini gagal dilaksanakan. Namun Pg Anak Yusof tidak berputus asa sebaliknya beliau menggunakan jalan lain untuk memenuhi hasratnya. Pg Anak Yusof bertindak menghasut penduduk Sarawak Asal yang terdiri dari orang-orang Melayu Sarawak dan kaum Bidayuh atau Dayak Darat untuk bangun menentang kerajaan dan selanjutnya mencetuskan huruhara. Pg Anak Yusof tidak saja mendapat dokongan di kalangan rakyat bawahan tetapi juga disertai oleh pemimpin tempatan seperti Datuk Patinggi Ali, Datuk Patinggi Gapur dan Datuk Temenggung dari suku kaum Bidayuh. Penentangan ini mendapat sokongan padu kerana keadaan masa dan tempat yang tepat. Pada masa itu secara kebetulan mereka tidak berpuas hati dengan pentadbiran Pg Indera Mahkota Muhammad Salleh selaku wakil kerajaan atau gabenor di Sarawak Asal yang dikatakan agak keras. Sikap keras Pg Indera Mahkota inilah juga dianggap sebagai salah satu faktor yang membawa kepada kebangkitan di Sarawak Asal. Bagaimanapun ada pengkaji sejarah masih meragui pandangan ini kerana isu kekerasan pentadbiran Pg Indera Mahkota sengaja dibesar-besarkan kerana pihak Barat tidak suka dengan dominasi ke atas ekonomi Sarawk Asal oleh Brunei ketika itu. Pg Indera Mahkota yang monopoli perdagangan antimoni dan terbabit dengan aktiviti perdagangan dengan kaum Bidayuh menyebabkan masyarakat Melayu Sarawak Asal merasa terpinggir dan tidak banyak mendapat keuntungan, terutama di kalangan pemimpin mereka yang juga bergiat dalam perdagangan bahan mentah tersebut. Dalam senario yang demikian wujudlah rasa tidak puas hati lalu dicetuskan dalam bentuk pemberontakan.

Pg Anak Yusof dalam mencetuskan pemberontakan Sarawak Asal ini mempunyai tujuan ekonomi dan politik. Dari segi ekonomi beliau akan mendapat ganjaran kewangan jika pemberontakan Sarawak Asal ini mencapai maksud. Sementara itu dari segi politik beliau cuba mengugat pentadbiran Raja Muda Hashim yang telah dititahkan oleh Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk memadamkan huru-hara Sarawak Asal yang tidak terkawal rapi oleh Pg Indera Mahkota. Penghantaran Raja Muda Hashim ini juga dikatakan atas konspirasi Pg Anak Yusof. Teori ini boleh diterima kerana yang menimbulkan persoalan di sini ialah mengapa Raja Muda Hashim yang dihantar ke Sarawak Asal, bukan Pg Temenggong (Pg Anak Yusof) yang pada dasarnya satu jawatan yang bertanggungjawab dalam mengatasi sebarang kekacauan dalam wilayah Brunei ketika itu. Biarpun beliau masih sauara sepupu sekali dengan Raja Muda Hashim sebagai Pengiran Bendahara. Rasa tidak puas hati yang bersarang dijiwa Pg Temenggong Pg Anak Yusof atas perlantikan Raja Muda Hashim ada kemungkinan beliau merasakan dirinya lebih layak untuk menjawat jawatan tersebut. Jawatan Pg Bendahara merupakan jawatan kedua tertinggi dalam kumpulan wazir selepas Sultan dalam struktur pentadbiran Kesultanan Brunei.

Apabila Raja Muda Hashim terlalu lama berada di Sarawak Asal, maka peranan beliau selaku seorang pentadbir kanan di kerajaan pusat Kesultanan Brunei seakan-akan dilupakan. Kekosongan ini telah diambil kesempatan oleh Pg Temenggong Pg Anak Yusof. Hal ini mudah dilakukan kerana beliau juga merupakan seorang pemimpin yang berpengaruh dalam kerajaan. Apabila kuasa pentadbiran kerajaan pusat Brunei berada di tangan Pg Temenggong Pg Anak Yusof, beliau boleh mengambil langkah untuk melumpuhkan penyokong-penyokong dan pengaruh politik Raja Muda Hashim di sini. Dalam pada itu permukiman Raja muda Hashim dalam jangka masa yang lama di Sarawak Asal akan menyebabkan pengaruh politik Raja Muda Hashim di kerajaan pusat menjadi lontor dan tenggelam. Ketiadaan Raja Muda Hashim telah diambil kesempatan oleh Pg Temenggong Pg Anak Yusof mengukuhkan pengaruh politiknya. Strategi beliau ini memang mampan, menurut Brown, beliau telah dilantik menjadi Pemangku Pengiran Bendahara semasa ketiadaan Raja Muda Hashim. Oleh itu jelaslah peristiwa pemberontakan Sarawak Asal ini secara langsung mempunyai pertalian dengan kemelut rebutan kuasa dan pengaruh politik di antara Raja Muda Hashim dengan Pg Temenggong Pg Anak Yusof. Pg Anak Yusof dituduh sebagai komplot lanun dan bulan Ogos 1845 dia telah dibunuh di Kimanis oleh arahan Raja Muda Hashim. Meskipun pembunuhan ini dikatakan mendapat kelulusan dari Sultan Omar Ali Saifuddin II, namun dalam masa yang sama baginda dan Pg Temenggong Pg Anak Yusof masih berbisan kerana anakanda baginda, Pg Anak Hashim berkahwin dengan anak perempuan Pg Temenggong Pg Anak Yusof.

Pg Anak Yusof adalah ayahanda mertua kepada Al-Marhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin [Sultan Brunei ke-25, 1885-1906] apabila anaknya (Pg Anak Fatimah) berkahwin dengan baginda. Kematian Pg Anak Yusof membawa kebencian Pg Anak Hashim (kemudian menjadi Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin) kepada Pg Muda Hashim tambahan dia ditabalkan sebagai ‘Sultan Muda’. Krisis istana bermula lagi kematian Pg Anak Yusof mendapat pembelaan dari Pg Anak Hashim dan pembunuhan ke atas Pg Muda Hashim dan keluarganya di rancang rapi dilakukan pada akhir bulan Mac 1846. Pg Anak Yusof dimakamkan di puncak Tanah Perkuburan Islam Bukit Kupang di Kpg Brunai, Kimanis bersama Pg Anak Yakub. Kedua adik beradik ini telah dihukum bunuh pada 10 September 1845. Hukuman jerut sampai mati keatas mereka berdua yang dilaksanakan oleh Jalil juga dibuat di kaki Bukit Kupang berhampiran dengan jeti lama bukit tersebut yang kini menjadi darat. Dikatakan juga para pengikut mereka yang turut melarikan diri ke Kimanis pada 31 Ogos 1845, juga dibunuh dan dikebumikan di bukit ini.

وَاللَّهُ ‌أَعْلَمُ

view all

Pg Temenggong Pg Anak Muhammad Yusuf @ Usop ibni Sultan Muhammad Tajuddin's Timeline