Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar

Is your surname Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar?

Research the Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar family

Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar

Pg Anak Untong adalah salah satu putera kepada Al-Marhum Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar [Sultan Brunei ke-11, 1659-1660] dengan salah satu gundik baginda. Menurut tradisi lisan, putera baginda ini pada masa kecilnya dinamakan Ampuan Untong, iaitu nama gelaran yang dikurniakan oleh Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar pada masa diperanakkan oleh gundik yang dikahwini oleh baginda di luar pengetahuan Raja Isteri. Sebutan 'Ampuan' di pangkal namanya ini berterusan hingga ia dewasa. Tetapi sesudah ia mempunyai kepintaran (kebijaksanaan) dan berkebolehan menjalankan urusan pentadbiran kerajaan yang diamanahkan kepadanya, maka ia pun dikurniakan dan diarak menjadi Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara dan sebutan 'Ampuan Untong' di pangkal namanya pun bertukar menjadi 'Pg Anak Untong' kerana ia adalah putera Sultan. Pada waktu Pg Bendahara Pg Anak Untong ini menjadi Pengiran Bendahara, Brunei berada dalam keadaan aman dan makmur, rakyat hidup aman sentosa. Dagang dan senteri ramai berkumpul di pelabuhan Brunei mengurus perniagaan masing-masing. Disebutkan, Pg Bendahara Pg Anak Untong ini beranakkan antara lain Pg Babu Sharbanun (yang berkahwin dengan Sultan Muhammad 'Alauddin) dan Pg 'Abdul Momin (kemudian Pg Temenggong Raja Tua 'Abdul Momin Amirul Faza). Dikatakan juga, anak cucu dan keturunannya hingga sekarang masih menggunakan gelaran 'Ampuan' di pangkal nama mereka, kerana mereka telah mengetahui bahawa jurai-jurai keturunan datuk nenek mereka adalah berasal daripada raja, Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar.

والله أعلمُ