Pg Temenggong Semaun ibni Raja Sang Aji

public profile

Is your surname ibni Raja Sang Aji?

Research the ibni Raja Sang Aji family

Pg Temenggong Semaun ibni Raja Sang Aji's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Temenggong Semaun ibni Raja Sang Aji

Dikenali sebagai Awang Semaun yang diam di Garang bersama-sama adiknya, Damang Sari. Beliau dikenali dengan keperwiraan yang cukup gagah berani, malah beliau juga seorang yang taat kepada rajanya. Jika rajanya menitahkan untuk mendapatkan sesuatu perkara, maka titah itu akan diusahakannya hingga berhasil. Kegemaran Awg Semaun suka berbubu dan bakarang ikan. Selain itu, beliau juga suka lumba bakayuh. Hingga sekarang kegemaran lumba bakayuh ini merupakan tradisi yang digemari oleh orang Brunei.

Menurut tradisi lisan, Awg Semaun ini mendapat kekuatannya daripada seekor ikan sumpit-sumpit. Diceritakan, ikan sumpit-sumpit ini ialah ikan yang ganjil, sumpitannya amat deras dan luar biasa kekuatannya. Suatu hari, ketika beliau tidur santai di pelantar rumahnya, ikan sumpit-sumpit ini telah menyumpitnya dengan pancutan air yang sangat kuat hingga beliau jatuh ke air. Ikan inilah yang ditangkap dan kepala ikan itu dimakannya, maka sejak itu, ia pun beroleh kekuatan luar biasa. Diceritakan juga bahawa kisah Awg Semaun ini terdapat juga dalam berbagai-bagai versi. Dalam kalangan puak Iban, beliau ini ialah anak kepada Darom anak Sabatin diam di Tanjung Batu. Apabila Darom anak Sabatin mati, Semaun dan adiknya Serabongkok pindah ke Naga Rajang. Serabongkok berkahwin dengan Lemina beranakkan Dyg Illam yang berkahwin dengan Raja Simalanjut. Manakala Semaun pun berkahwin juga beranakkan Tugau. Maka Tugau inilah yang menjadi datuk nenek Puak Melanau.

Puak Murut di Ulu Lawas pula mendakwa, Awg Semaun ini seorang yang sakti. Suatu hari selepas ia berteduh daripada basah kehujanan, ia pun pergi ke Padian (Brunei). Sejak itu kisahnya pun tidak kedengaran lagi. Menurut tradisi lisan orang Brunei, kedua-dua sumber yang diceritakan itu berlainan dengan Awg Semaun yang ada di Brunei, kerana Awg Semaun di Brunei itu ialah adik Awang Alak Betatar (Sultan Muhammad Shah), seorang pembesar Brunei yang gagah perkasa terkenal dengan gelaran Pengiran Temenggong Semaun. Pateh Sengkuna adalah saudara lelaki kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Shah [Sultan Brunei ke-1, 1363-1402]. Diceritakan bahawa Awang Alak Betatar (kemudian menjadi Sultan Muhammad Shah) telah berjaya menjadikan Sungai Brunei (kuala dan teluknya) sebagai sebuah negeri yang mempunyai empayar kekuasaan melampaui batas wilayahnya sendiri. Asas pembinaan empayar ini telah dimulakan sejak baginda mula berpindah ke Sungai Brunei, iaitu dengan melantik saudara-saudara baginda sebagai penguasa di beberapa buah tempat sekitar Sungai Brunei. Baginda melantik Awg Semaun sendiri menjadi penguasa di Kota Batu.

والله أعلمُ