Sultan Muhammad Shah [Sultan Brunei ke-1, 1363-1402]

public profile

Sultan Muhammad Shah [Sultan Brunei ke-1, 1363-1402]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Muhammad Shah [Sultan Brunei ke-1, 1363-1402]

1. SULTAN MUHAMMAD SHAH (TM 1363 - 1402)

Sultan Islam Brunei yang pertama dan sebelumnya terkenal dengan nama Awang Alak Betatar. Setelah berkahwin pada 1368M dengan Puteri Dayang Pingai iaitu Puteri Johor atau Temasek (Singapura Tua) baginda dikenali dengan nama Sultan Muhammad Shah. Pada 1371, baginda menghantar utusan ke China dan dalam catatan China para-para sejarawan menyebut baginda dengan Mahamosa. Puteri Baginda, Puteri Ratna Dewi berkahwin dengan adinda kerabat Maharaja Cina iaitu, Ong Sum Ping @ Pg Maharaja Lela. Baginda mempunyai 14 orang saudara (termasuk adik-beradik dan sepupu sekali) mereka adalah Awang Semaun, Pateh Merbai (Berbai), Pateh Mambang, Pateh Malakai, Pateh Pahit, Damang Sari, Pateh Sindayong, Damang Lebar Daun, Hampu Awang, dan Pateh Laila Langgong. Dikatakan juga baginda memerintah Brunei pada penghujung abad ke-14 Masihi dan baginda juga yang memerdekakan Brunei dari Kerajaan Majapahit. Baginda masuk Islam di Johor iaitu Singapura Tua, dan berkahwin dengan puteri Sultan Johor. Bagindalah juga yang membawa Islam ke Brunei. Kajian sepintas lalu berpendapat bahawa Awg Alak Betatar di Islamkan oleh Raja Iskandar Shah [Raja Singapura ke-4] yang dijatuhkan oleh Majapahit hasil angkara Sang Rajuna Tapa. Sebab hanya dia sahaja Raja Singapura yang Islam dan sezaman dengan Awg Alak Betatar.

Sebelum menjadi Raja Brunei, dikatakan pula Awg Alak Betatar telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan (Borneo) dan dikurniakan seorang putera bernama Awg Kuyuh. Isteri baginda ini dipercayai dari bangsa Bisaya dan juga berkemungkinan seorang puteri dari Kerajaan Bisaya di Semenanjung Klias. Baginda juga sekaligus dijadikan Raja Kerajaan Bisaya pada waktu itu. Fakta ini dikuatkan lagi sewaktu kedatangan Awg Alak Betatar ke Brunei, Kerajaan Bisaya sudah wujud sebelum di takluk oleh Brunei. Ini terbukti lagi apabila nama Kerajaan Bisaya ini ada di dalam peta lama sehingga ke abad-16. Pada zaman Sultan Bolkiah pun kerajaan ini masih ada dan selepas itu hilang begitu saja. Ada riwayat mengatakan bahawa pada zaman pemerintahan Awg Alak Betatar iaitu sebelum memeluk Islam, satu rombongan yang diketuai oleh ratu Majapahit telah melawat Brunei. Sempena kunjungan tersebut dan untuk memeriahkannya, satu pesta besar telah diadakan di Bandar Brunei yang antara acaranya yang paling menarik ialah persabungan ayam. Ratu Majapahit mengeluarkan ayam sabungannya bernama Asmara sementara raja Brunei mengeluarkan ayamnya bernama Mutiara. Dalam pertarungan ini ayam Brunei telah dapat menewaskan ayam ratu Majapahit. Atas kemenangan itu, ratu Majapahit telah menghadiahkan empat puluh orang keturunan Jawa kepada raja Brunei. Hingga sekarang kampung yang didiami oleh orang-orang Jawa ini masih wujud yang dikenal dengan nama Sungai Mejawa, Jerudong.

Apabila Awg Alak Betatar menjadi raja di Brunei, baginda terpaksa terlebih dahulu mendapatkan pengiktirafan dari Singapura. Pengiktirafan itu dilihat dari sudut simboliknya ialah apabila baginda mempusakai Genta Alamat dari Singapura, Nobat dan Nakara dari Minangkabau dan Si Guntang. Selain itu, baginda juga dihadiahkan lima buah negeri yang pernah di bawah kekuasaan Tanjungpura iaitu Kalaka, Seribas, Sadong, Semarahan dan Sarawak oleh Raja Singapura. Setelah pemerintahan Sultan Muhammad Shah, apabila baginda memeluk Islam pada tahun 1363, dan sejak itulah Islam menjadi tiang sari pemerintahan Raja-Raja Brunei. Akhirnya baginda lindung pada 1402.

والله أعلمُ