Sultan Ahmad [Sultan Brunei ke-2, 1408-1425]

public profile

Sultan Ahmad [Sultan Brunei ke-2, 1408-1425]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan Ahmad [Sultan Brunei ke-2, 1408-1425]

2. SULTAN AHMAD (TM 1408 - 1425)

Baginda naik takhta pada 1408M, sebelum itu terkenal dengan nama Pateh Berbai. Terdapat beberapa teori penghijrahan Pateh Berbai dan saudara-saudaranya ke Brunei ini adalah berdasarkan dari tradisi lisan masyarat Bisaya di daerah Limbang dan Murut di daerah Lawas, Sarawak, Malaysia serta masyarakat Murut di Kalimantan Timur. Pateh Berbai ialah anak sulung dan calon Raja Jawa, tetapi saudara-saudaranya yang lain juga mahu menjadi raja. Oleh itu, ayahanda mereka mengadakan satu pertandingan iaitu perahu siapa yang terlebih dahulu datang ke Brunei ia akan diangkat menjadi Raja Brunei. Dalam perlumbaan itu, Awang Alak Betatar telah berjaya memenanginya, dan seterusnya dilantik menjadi Raja Brunei menjadi Sultan Muhammad Shah.

Ketika itulah Pateh Berbai diangkat menjadi Pg Bendahara Seri Maharaja Permaisuara iaitu bakal menjadi Sultan seterusnya dan merupakan Bendahara yang pertama bagi Brunei. Baginda berkahwin dengan adinda Ong Sum Ping (Pengiran Maharaja Lela). Menjadi mertua kepada Sultan Syarif ‘Ali. Baginda lindung pada tahun 1425, oleh sebab baginda tidak mempunyai putera, maka dengan persetujuan Pembesar-Pembesar Negara, rakyat dan penduduk Brunei, Sharif 'Ali (menantu baginda) telah diangkat menjadi Sultan Brunei bergelar Sultan Sharif 'Ali atau Sultan Berkat.

والله أعلمُ