Raja Bendahara Shir @ Sari

public profile

Raja Bendahara Shir @ Sari's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Raja Bendahara Shir @ Sari

Pg Bendahara Shir adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Abdul Kahar [Sultan Brunei ke-6, 1524-1530] dengan pasangan baginda seorang puteri Jawa dari Mataram.

Dalam Tarsilah Brunei, mengenai perkara ini Salasilah Raja-Raja Brunei versi Pengiran Sabtu Kamaluddin menyatakan: “…Sultan Abdul Kahar ialah baginda banyak puteranya.. seorang puteranya menjadi Sultan (Sultan Saiful Rijal).. dan dua orang jadi Raja Bendahara.. seorang bernama Raja Bendahara Shir bondanya orang sebelah Tanah Jawa..”

Perkara ini disebutkan juga oleh Datu Imam Aminuddin antara lain: “..Sultan Abdul Kahar yang dinamai orang sampai sekarang, Marhum Keramat.. baginda inilah.. banyak anaknya.. seorang anak baginda itu naik Kerajaan, digelarnya Sultan Saiful Rijal.. Bila sudah Sultan Saiful Rijal ini memegang Kerajaan, digelarnya seorang saudaranya, Pengiran Bendahara, bonda (nya) orang Jawa..”.

Menurut tradisi lisan, kerana asuhan bondanya yang lemah-lembut, disebutkan bahawa Pg Bendahara Shir ini adalah seorang putera Diraja yang mempunyai budi-pekerti yang terpuji, halus manis tingkah-lakunya; kalau murka pun tidak ternyata tutur-katanya itu kasar. Daripada keadaan dan perwatakan sedemikian, besar kemungkinan puteri Jawa atau bonda Pg Bendahara Shir yang dimaksudkan adalah puteri dari Mataram kerana sikap yang termasyhur itu terdapat di kalangan keluarga Diraja Mataram.

والله أعلمُ

view all

Raja Bendahara Shir @ Sari's Timeline