Raja Bendahara Sakam ibni Sultan Abdul Kahar

Is your surname Sultan Abdul Kahar?

Research the Sultan Abdul Kahar family

Raja Bendahara Sakam ibni Sultan Abdul Kahar's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Raja Bendahara Sakam ibni Sultan Abdul Kahar

Raja Sakam (sebelum digelar Bendahara Sakam) adalah seorang putera diraja Brunei yang terbilang gagah perkasa iaitu putera kepada Sultan Abdul Kahar daripada permaisuri baginda, Puteri Raja Bajau. Gelaran Raja Bendahara Sakam ini dianugerahkan oleh saudara lelaki beliau iaitu Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] sendiri kerana jasa dan baktinya meneyelematkan Brunei daripada dicerobohi oleh Sepanyol pada tahun 1578. Pg Bendahara Sakam ini diarak menjadi Raja Bendahara adalah selepas Perang Kastila dan sebelumnya memegang gelaran Pg Temenggong Sakam. Ertinya dalam zaman Perang Kastila, Pg Bendahara Sakam menjadi Pg Temenggong. Memandang kepada jasa dan sumbangannya yang besar kepada bangsa dan negara, diarak pula menjadi Raja Bendahara.

Disebutkan juga, gelaran Raja Bendahara ini dianugerahkan untuk ditimang-timang bekal menjadi Sultan, apabila Sultan Saiful Rizal ditakdirkan lindung terdahulu pada suatu hari kelak. Menurut cerita, Raja Bendahara Sakam mempunyai kegagahan yang luar biasa, jika murka pada pandangan orang keluar api daripada mulutnya. Akan tetapi saat setianya kepada Sultan tiada berbelah bahagi, jika Sultan menitahkannya membuat sesuatu pekerjaan, maka pekerjaan itu dijunjung dan dibuatnya hingga berjaya. Disebutkan juga bahawa Pg Bendahara Sakam ini seorang yang keras hati dan daras tingkahnya. Keberanian dan kegagahannya yang disertai dengan sifat tanggungjawabnya, menjadikan ia amat digalati, dihormati dan disayangi oleh hamba rakyat. Beliau bukan hanya disegani oleh rakyat Brunei kerana keberanian dan gagah perkasanya sebagai pahlawan bangsa tetapi dia sebagai seorang putera raja yang sentiasa mencintai kecantikan wanita, tidak kira anak pengiran-pengiran atau anak orang kebanyakan. Banyak wanita-wanita cantik dijadikannya isteri atau gundik-gundiknya. Menurut tradisi lisan, ketika anak Pg Seri Lela dan anak Pg Seri Ratna sedang duduk bersanding di pelaminan, pengantin perempuan telah direbutnya. Kejadian ini amat menggemparkan, kerana ia berlaku di luar adat orang Brunei. Anak perempuan kepada Pg Seri Lela ini dikatakan seorang yang sungguh cantik rupawan. Rambutnya hitam bercahaya panjang mengurai hingga hampir mencecah lemak betis. Dalam persandingannya sedang si suami (anak Pg Seri Ratna) dengan wajah senyum gembira dikelilingi pengangun dan pemegang kipas dan bunga-bungaan. Pg Bendahara Sakam datang dan membawa keluar pengantin perempuan untuk dijadikan sebagai isterinya. Tidak seorang pun berani berbuat sesuatu untuk menghalangnya.

Pg Seri Lela pun tidak terdaya menutup keaibannya tetapi menaruh rasa geram dan dendam di dalam hati dan menanti saat yang sesuai untuk melepaskan dendam kesumat. Semasa persandingan itu anak Pg Seri Lela dipakaikan lengkap dengan pakaian pengantin anak raja-raja, lengkap dengan Gelang Geroncong, Gelang Penguluan bersindat di lengan, Mudapun dengan kancingnya, berkain Jong Sarat dengan berpotongan baju kurung panjang yang dikemas dengan ikatan Panding, telinga dihiasi dengan Subang yang bertatah emas dan intan. Rambutnya yang panjang mengurai itu dibentukkan dengan sanggul lintang yang dihias oleh sisir dan bunga Goyang berwarna emas kekuningan dan bertajuk serta Ayam-Ayam di puncaknya. Dahi yang putih halus ditambat dengan serbang dan dihubungi oleh Karang Tembusa yang bersekongkong dengan Gagatar hinggap di tundun yang berleher jinjang, jari-jari dihiasi dengan cincin yang memancar cahaya. Kecantikan wajah yang tidak bertudung itu pastinya mengghairah dan mendebarkan hati orang ramai yang berkunjung mengurumuni istiadat persandingan tersebut. Dengan kejadian yang bersejarah itulah seolah-olah telah menjadi satu adat orang-orang Brunei apabila pengantin perempuan yang berhias dengan serba pakaian yang cantik dan indah mukanya ditutup dengan kain atau kasa yang halus dan ringan.

Maka kejadian ini telah disembahkan ke hadapan majlis pengadilan Sultan, walaupun pada dasarnya Pg Bendahara Sakam didapati salah melanggar adat, tetapi setelah kesalahan itu dijunjung oleh orang ramai, maka hukuman itupun diberikan pengampunan kerana ditanggung oleh orang ramai. Rayuan telah dihadapkan kepada Sultan Saiful Rizal dan baginda telah memberi pengampunan dan kebebasan kepada Pg Bendahara Sakam berdasarkan Undang-Undang Resam mengikut peruntukan Undang-Undang Resam seseorang yang sangat berjasa, ikhlas hati dan berguna kepada negara, jika ia terlanjur membuat kesalahan, kalau ia dihukum, boleh diampunkan jika rakyat memohonkan ampun baginya, kerana suatu undang-undang itu diperbuat oleh raja dengan persetujuan rakyat. Jika rakyat sudah mempersetujuinya ini bererti hukuman boleh dibatalkan kerana raja memang sedia ada kuasa pengampunan. Keputusan pengadilan Sultan ini, telah menjadikan Pg Seri Lela dan Pg Seri Ratna tidak puas hati, maka timbullah perasaan marah untuk membalas dendam, lalu mereka pun mengutus utusan ke Manila menjumpai Sepanyol memberitahu bahawa mereka telah belot, dan akan bekerjasama dengan Sepanyol jika menyerang Brunei. Maksud tersebut disambut oleh Gabenor Sepanyol dengan menjanjikan jawatan 'Sultan' dan 'Pengiran Bendahara' kepada Pg Seri Lela dan Pg Seri Ratna, seandainya Sepanyol berjaya menakluki Brunei.

Pada tahun 1578, Sepanyol pun datang melanggar Brunei dan berjaya menaklukinya, tetapi Pg Seri Lela dan Pg Seri Ratna yang dijanjikan jawatan 'Sultan' dan 'Pengiran Bendahara' terus tidak diacuhkan, kerana menurut Sepanyol kemenangan mereka menjatuhkan Brunei bukan dengan bantuan mereka, tetapi adalah atas kekuatan armada Sepanyol. Ketika Brunei jatuh ke tangan Sepanyol, Sultan Saiful Rizal dan ayahanda saudara baginda Begawan Sultan Abdul Kahar (yang sudah uzur) telah berangkat ke Jerudong diiringi oleh Pg Bendahara Sakam sendiri dan pengawal-pengawal baginda yang gagah berani diketuai oleh Orang Kaya Harimau Taring. Selesai perangkatan dan berbuat istana di Pulau Raja, Pg Bendahara Sakam pun balik semula ke Brunei mengumpulkan 1,000 orang pemuda gagah berani, untuk meggempur dan seterusnya menghalau Sepanyol dari Brunei.

Dalam perlawanan yang berterusan daripada pihak Brunei yang diketuai oleh Pg Bendahara Sakam itu, Sepanyol pun tidak tertahan lalu 'bungkas' melarikan diri meninggalkan Brunei, lebih-lebih lagi setelah salah seorang daripada orang kuat Sepanyol terbunuh. Selesai perang, Pg Seri Lela dan Pg Seri Ratna yang belot itupun telah dibunuh, dan untuk memperingati jasa Pg Bendahara Sakam yang gilang-gemilang mempertahankan tanah air itu, Sultan Saiful Rizal telah mengurniakan Raja Bendahara iaitu gelaran tertinggi bakal pengganti Sultan. Begitu juga sebagai ristaan di kemudian hari, adat bersanding pengantin perempuan diadatkan bertutup muka, dan gelaran Orang Kaya Harimau Taring dijadikan sebahagian daripada gelaran pahlawan negara sebagai memperingati kepahlawanannya mengawal Sultan daripada musuh.

Kehandalan dan keberanian Bendahara Sakam menjadikannya terkenal sehingga mendapat perhatian daripada Sisian, kerana peranannya menjadi Temenggong dalam zaman Perang Kastila itu sangat menggerunkan pihak Sepanyol. Dengan ini sudah tentulah tokoh pahlawan ini adalah benar dan peranannya dalam mengalahkan orang Sepanyol bukanlah legenda dan mitos. Sepanyol menduduki Bandar Brunei hanya selama 75 hari iaitu pada 13 April-26 Jun 1578.

والله أعلمُ