Pg Temenggong Raja Di-Gayoh @ Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin

public profile

Pg Temenggong Raja Di-Gayoh @ Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Temenggong Raja Di-Gayoh @ Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin

Also Known As: "Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin", "Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin", "Pg Temenggong Raja Di-Gayoh", "Raja Di-Gayoh"
Birthdate:
Death: May 05, 1707
Place of Burial: Kg. Salambigar
Immediate Family:

Son of Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Sultan Brunei ke11: 1659-60) and Raden Kesuma Puteri
Husband of Pg Babu Pg Anak Siti Khatijah binti Raja Bendahara Pg Muda 'Alam
Father of Pg Maharaja Lela Pg Anak Omar Aqamaddin ibni Pg Temenggong Pg Muda Muhammad Shamsuddin; Pg Anak Tengah binti Pg Temenggong Pg Muda Mohd Shamsuddin and Raja Tua Pg Temenggong Pg Anak Abdul Kahar Ragum ibni Raja Gayoh Pg Temenggong Pg Muda Mohd Shamsuddin
Brother of Pengiran Muda Bungsu; Pg Anak Ahmad ibni Sultan Abdul Jalilul Jabbar and Pg Bendahara Pg Anak Untong ibni Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar

Managed by: Izwan
Last Updated:

About Pg Temenggong Raja Di-Gayoh @ Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin

Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin merupakan putera kepada Al-Marhum Raja Tengah Sultan Abdul Jalilul Jabbar [Sultan Brunei ke-11, 1659-1660] dengan pasangan baginda Raden Kesuma Puteri. Pada zamannya beliau terkenal dengan kegagahannya yang luar biasa, iaitu ketika pemerintahan Sultan Nasruddin [Sultan Brunei ke-15, 1690-1710] yang mendatangkan keresahan bagi baginda Sultan dan juga oleh rakyat dan penduduk Brunei ketika itu. Mengikut cerita, Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin diberitakan mempunyai kepandaian yang luar biasa sehingga dikatakan boleh berjalan di atas bara api tanpa cedera. Maka semasa hayatnya, beliau diarak menjadi Wazir yang membawa gelaran Pg Temenggong. Dengan sebab itu tersebarlah berita yang mengatakan bahawa beliau hendak berkuasa sendiri dan membelakangi baginda Sultan Nasruddin. Sebenarnya Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin bukanlah hendak menderhaka tetapi hanya menggunakan ilmu yang ada menurut kehendak hati sendiri sehingga menyebabkan ramai yang khuatir mengenainya. Oleh kerana risau akan perkara yang tidak diingini berlaku, maka Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin telah dibunuh dengan menggunakan tipu muslihat iaitu dengan dibagi makan sikoi (tembikai) yang dibubuh racun. Kesan daripada racun tersebut, maka Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin pun menemui ajalnya.

Beliau juga hidup dari zaman Sultan Brunei yang ke 11, ketika zaman ayahandanya sehingga zaman pemerintahan Sultan Brunei ke 15. Menurut sumber yang tertentu, Sultan Nasruddin pada zaman itu telah mencari sesiapa yang gagah dan berani melawan Pg Temenggong Pg Muda Shamsuddin. Ini kerana disebabkan dendam akibat Sultan Abdul Jalilul Jabbar telah membunuh ayahanda Sultan Nasruddin iaitu Pg Muda Besar Abdullah. Dipendekkan cerita, maka Si Rajid (yang kemudian menjadi Pg Temenggong Rajid) pun mengambil kesempatan mengalahkan Pg Temenggong Pg Muda Muhammad Shamsuddin dan akhirnya berjaya juga dengan tipu helah iaitu dengan memasukkan racun ke dalam buah tembikai yang dihidangkan untuk Pg Muda Muhammad Shamsuddin. Semasa hayatnya beliau berkahwin dengan puteri kepada Raja Bendahara Alam iaitu Pg Babu Pg Anak Siti Khatijah beranakkan Pg Temenggong Pg Anak Abdul Kahar Ragum, Pg Maharaja Lela Pg Anak Omar Aqamaddin dan Pg Anak Tengah. Pg Temenggong Pg Muda Besar Muhammad Shamsuddin telah membawa diri ke suatu tempat bernama Gayoh dan di sana beliau telah memasyhurkan dirinya dengan nama Pg Temenggong Raja Di-Gayoh. Beliau disemadikan di atas bukti Tanah Perkuburan Islam Tanah Jambu iaitu dahulunya dipanggil Bukit Tanjung Kajai, berdekatan dengan Sungai Mangsalud di Kg. Salambigar (Lebuhraya Muara-Tutong).

والله أعلمُ