Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Sultan Brunei ke11: 1659-60)

public profile

How are you related to Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Sultan Brunei ke11: 1659-60)?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Sultan Brunei ke11: 1659-60)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Sultan 'Abdul Jalilul Jabbar (Sultan Brunei ke11: 1659-60)

11. SULTAN ABDUL JALILUL JABBAR (TM 1659 - 1660)

Baginda merupakan putera kedua kepada Al-Marhum Sultan Abdul Jalilul Akbar dengan pasangan baginda Radin Mas Ayu Siti Aisyah. Sebelum menjadi Sultan, baginda membawa nama Pg Muda Besar Sulung. Baginda naik takhta pada 1659 dan sebelum menjadi Sultan baginda juga menggunakan nama Raja Tengah Aliuddin. Dikisahkan, perlantikan Sultan Abdul Jalilul Jabbar menjadi Sultan telah dibantah oleh Pg Maharaja Lela (ibni Pg Digadong Besar Othman ibni Sultan Muhammad Hasan) yang juga merupakan sepupu sekali baginda. Pg Maharaja Lela adalah seorang Cheteria 4 yang banyak mengetahui tentang salasilah dan Adat Istiadat Diraja Brunei. Menurut Pg Maharaja Lela, putera Al-Marhum Sultan Abdul Jalilul Akbar yang tua lagi gahara bernama Pg Muda Besar Abdullah @ Abdul Kahar masih ada, dan lebih layak menjadi Sultan menurut Adat Istiadat Diraja Brunei. Untuk menguatkan hujah bantahan yang disuarakannya itu, Pg Maharaja Lela telah menunjuk dan merantangkan (menerangkan) salasilah jurai-jurai keturunan Raja-Raja Brunei yang dimilikinya.

Bantahan dan tindakan yang dikemukakan oleh Pg Maharaja Lela itu telah mendapat sokongan padu daripada beberapa orang pembesar Brunei yang terdiri daripada kaum keluarga sebelah bonda Pg Muda Besar Abdullah. Kemudian setelah para pembesar Brunei membawa perkara tersebut ke Majlis Adat Istiadat Diraja Brunei, maka perselisihan faham yang tercetus itupun dapat diselesaikan, kerana perlantikan Pg Muda Besar Sulung itu menjadi Sultan adalah menurut keputusan muafakat, kerana adat istiadat itu dapat dibatalkan oleh keputusan permuafakatan, tambahan pula semasa hayat Sultan Abdul Jalilul Akbar masih ada, baginda telah menetapkan wasiat bahawa anakanda baginda Pg Muda Besar Sulung adalah menjadi pengganti baginda menaiki takhta. Setelah baginda memberi nasihat kepada anakanda baginda itu supaya berlaku adil dan sentiasa bermesyuarat dan bermuafakat dengan sekalian Wazir, Cheteria dan Manteri dalam menjalankan pemerintahan, maka baginda pun mengunjuk (menyerahkan) Keris Si Naga pasak Kerajaan Brunei kepada anakanda baginda. Setelah demikian tidak lama selepas itu baginda pun lindung. Sungguhpun perkara perbelahan tersebut dapat diselesaikan, keadaan ini amat menggusarkan (merisaukan) fikiran Sultan Abdul Jalilul Jabbar, kerana baginda khuatir perkara itu akan menjadi bisul (sesuatu yang akan menyusahkan) besar yang akan membawa persengketaan dan perselisihan faham sesama sendiri. Ini kerana menurut baginda andainya perkara yang tidak diingini itu berlaku, sudah tentu sedikit sebanyak akan membawa kesan yang kurang baik terhadap pemerintahan, keamanan dan perpaduan rakyat.

Setelah Sultan Abdul Jalilul Jabbar dimasyhurkan menjadi Sultan Brunei ke-11, Pg Muda Besar Abdullah pun berangkat membawa diri berundur ke Labuan bersama-sama ahli keluarganya. Bagaimanapun perangkatan Pg Muda Besar Abdullah ke Labuan itu telah menjadi persoalan dan syak wasangka kepada Sultan Abdul Jalilul Jabbar - kalau-kalau ada maksud perancangan tertentu akan dilakukannya. Tetapi walau bagaimanapun tidak lama guntungnya (jaraknya), selepas keberangkatan Pg Muda Besar Abdullah itu ke Labuan, dikatakan Pg Muda Besar Abdullah pun telah mangkat dibunuh oleh pembunuh yang tidak diketahui. Peristiwa itu telah menimbulkan risik-risik (bisik-bisik) dan syak-wasangka yang tidak berkepastian terhadap Sultan Abdul Jalilul Jabbar. Tetapi walau bagaimanapun baginda dikatakan terlalu sugul (berasa dukacita) di atas kemangkatan kekanda baginda itu, dan telah berikhtiar menyelidiki kedudukan perkara tersebut. Berikutan kejadian malang itu baginda telah menitahkan supaya keluarga kekanda baginda yang diam di Labuan itu dijunjung dibawa balik ke Brunei.

Kemudian tidak lama guntungnya daripada kejadian sedih di atas kemangkatan Pg Muda Besar Abdullah itu Sultan Abdul Jalilul Jabbar pun lindung, dan takhta kerajaan digantikan oleh ayahanda petuan baginda Sultan Hj Muhammad Ali. Kalau diperhatikan, tarikh Sultan Abdul Jalilul Jabbar ini menaiki takhta kerajaan pada tahun 1659, dengan tarikh Sultan Hj Muhammad Ali lindung pada tahun 1661, menunjukkan bahawa baginda tidak lama di atas takhta kerajaan kira-kira setahun sahaja, iaitu di antara tahun 1659-1660, dan disebutkan juga bahawa baginda belum sempat berpuspa. Sultan Abdul Jalilul Jabbar berkahwin dengan Radin Kesuma Puteri berputerakan Raja Muda Ahmad dan Raja di Gayoh Pg Temenggong Pg Muda Mohd Shamsuddin. Baginda adalah adik-beradik dengan Raja Besar Pg Abdullah, Raja Omar, Raja Luaddin, Raja Tuah, Raja Bungsu Pg Bendahara Muhyiddin, Raja Damit Pg Digadong Pg Shahbuddin, Pg Maharaja Lela, Raja Puteri Besar dan beberapa kakak/adik perempuan yang lain. Baginda lindung pada tahun 1660 dan terkenal dengan nama Marhum Tengah. Takhta kerajaan Brunei seterusnya digantikan oleh Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali.

والله أعلمُ


Sultan Brunei ke11; 1637-52.

1660 - 1661 H.H. Paduka Sri Sultan Haji Muhammad 'Ali ibni al-Marhum Sultan Muhammad Hassan [al-Marhum Tumbang di-Rumput], Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. b. 159x, son of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, by a secondary wife, educ. privately. Succeeded on the death of his nephew, 1660. He was k. (garotted) on the lawns of his palace at Asar, with all his male children save two infants, 7th December 1661, having had issue