Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei ke-24, 1852-1885]

How are you related to Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei ke-24, 1852-1885]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei ke-24, 1852-1885]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan ‘Abdul Momin ibni Pengiran Shahbandar Pengiran Anak Abdul Wahab

Birthdate:
Death: May 29, 1885 (99-100)
Kampong Ayer, Kota Batu, Brunei-Muara, Brunei (Brunei Darussalam)
Place of Burial: Makam Besar Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan
Immediate Family:

Son of Pg Shahbandar Maulana Pg Anak Abdul Wahab ibni Sultan Omar Ali Saifuddin I and Pg Babu Lauyah binti Pg Indera Makhota Pg Anak Sulaiman
Husband of Raja Aishah; Pg Anak Fatimah binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Raja Isteri Pg Anak Zubaidah binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II; [3] Puteri Sultan Muhammad Jamalul Alam I and Dang Siti Mawarna
Father of Pengiran Kesuma Negara; Pg Bendahara Sri Maharaja Permaisuara Pg Anak Besar Muhammad ibni Pg Anak Muhammad Tajuddin; Pg Digadong Pg Anak Tengah Muhammad Hassan @ Metassan; Pg Anak Shahabuddin ibni Sultan Abdul Momin and Private
Brother of Pengiran Temenggung Abdul Rauf; Pg Anak Shah Mubin ibni Pg Shahbandar Maulana Pg Anak Abdul Wahab; Pg Anak Sarbanun binti Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab; Pg Siti Aisah binti Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab; Pg Anak Bungsu ibni Pg Shahbandar Pg Anak Abd Wahab and 7 others
Half brother of Pg Metassan Bima Bin Sahbandar Abdul Wahab; Pg Anak Laki Muhammad Bin Pg Sahbandar Abdul Wahab and Pg Hj Kasim bin Pg Shahbandar Maulana Pg Anak Abdul Wahab

Occupation: Sultan of Brunei
Managed by: Private User
Last Updated:

About Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei ke-24, 1852-1885]

24. SULTAN ‘ABDUL MOMIN (TM 1852-1885)

Baginda adalah Sultan ‘Abdul Momin ibni Pg Shahbandar Pg Anak Abdul Wahab dan merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-18, 1740-1795]. Apabila Sultan ‘Abdul Momin menaiki takhta, baginda telah berazam mengambil keputusan tidak akan menurunkan Kerajaan kepada zuriat baginda melainkan kepada putera Sultan Omar Ali Saifuddin II (yang ada dua orang pada masa itu iaitu Pg Anak Muhammad Salleh dan Pg Anak Hashim) dan berdoa kepada Allah semoga azam baginda akan dikabulkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala. Maksud baginda itu nampaknya diperkenankan Allah kerana Kerajaan Brunei kini adalah saluran dari keluarga Al-Marhum SOAS II dan pengganti-penggantinya sehingga ke anak cucu. Menurut catatan Tarling ketika pemerintahan ayahanda mertuanya, baginda diarak menjadi wazir dengan gelaran Pg Digadong dan Pg Bendahara pada ketika itu adalah Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam. Apabila Pg Bendahara Pg Muda Hashim lindung, Pg Digadong Pg Anak Abdul Momin diarak lagi menjadi Pg Bendahara.

Adalah diriwayatkan, tatkala Sultan 'Abdul Momin ini menaiki takhta kerajaan menjadi Sultan Brunei ke-24 pada tahun 1852, baginda bertitah bahawa kedudukan baginda selaku Sultan adalah sementara sahaja. Baginda berdoa menegaskan bahawa takhta yang diduduki oleh baginda itu tidak akan turun kepada ahli waris baginda, kerana baginda hendak menurunkan waris tersebut kepada putera Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II. Pada masa Sultan 'Abdul Momin ini menaiki takhta, maka untuk memenuhi syarat kerajaan, baginda telah mengarak/mengangkat Wazir/Cheteria yang rapit dengan baginda, untuk membantu baginda dalam menjalankan urus tadbir kerajaan. Mula-mula baginda telah mengisikan jawatan Wazir Pg Bendahara kemudian Pg Pemancha seterusnya Pg Temenggong iaitu wazir yang termuda sekali. Baginda juga mengisikan jawatan Cheteria Pg Shahbandar dan Pg Maharaja Lela. Disebutkan, selain mengarak/mengangkat Wazir/Cheteria, baginda juga telah menyampiri/melantik Manteri-Manteri dan pegawai-pegawai anak tempatan terdiri daripada orang-orang yang berketurunan baik-baik dan taat setianya tidak berbelah bahagi kepada raja dan negeri. Ada yang digelar baginda jadi Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja, Pehin Jawatan Luar, Pehin Laksamana, Pehin Datu Maharaja, Pehin Siraja Khatib, Pehin Datu Imam dan Pehin Udana Khatib. Demikian juga Khatib, Mudim, Panglima, Damong, Pateh dan Pengarah turut juga dilantik oleh baginda, malah kerana murah dan kasih sayangnya kepada rakyat, ramai China-Kaling apatah lagi Kedayan, Orang Tutong, Murut, Bisaya, Dusun dan Bajau semuanya digelar oleh baginda.

Setelah kira-kira empat tahun lamanya baginda membuat pekerjaan mengarak/mengangkat Wazir/Cheteria, menyampiri/melantik Manteri-Manteri dan pegawai-pegawai kerajaan itu, pada hari Khamis, 16 Syaaban 1272 bersamaan 23 April 1856, baginda pun berpuspa dipuja jadi Yang Di-Pertuan. Adalah diriwayatkan teman baginda naik naubat itu ialah isteri baginda Raja Aishah. Sebelum itu, baginda berkahwin dengan Pg Anak Fatimah binti Sultan Muhammad Kanzul Alam (isteri pertama) kemudian dengan isteri kedua Raja Isteri Pg Anak Zubaidah (puteri kepada SOAS II). Baginda mempunyai salah seorang gundik bernama Dang Siti Mawarna yang mana menurut catatan dalam buku Memoir Seorang Sejarawan: Yang Berhormat Pehin Jawatan Dalam Seri Maharaja Dato Seri Utama Dr Haji Awang Mohd. Jamil Al-Sufri, setelah baginda lindung, Dang Siti Mawarna yang cantik jelita telah dibawa lari orang ke Labuan. Semasa hayat baginda, corak pemerintahan (pentadbiran) baginda diatur berpandukan lunas-lunas Islam, dan baginda sangat warak, termasyhur dengan sebutan Marhum Keramat. Dikatakan pula Sultan ‘Abdul Momin adalah seorang yang bijak mengimbangi politik diwaktu zaman tersebut. Baginda melantik dari dua keluarga yang berpengaruh dan banyak pengikutnya iaitu keluarga Sultan Muhammad Kanzul Alam dan keluarga Sultan Omar Ali Saifuddin II. Maksud baginda tersebut ialah baginda melantik Bendahara dan Digadong baginda iaitu Pg Bendahara Pg Anak Besar Muhammad dan Pg Digadong Pg Anak Tengah Muhammad Hasan. Kedua-dua mereka ini adalah dari keturunan Pg Anak Tajuddin ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam. Manakala baginda melantik wazir Temenggong kepada Pg Anak Hashim ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II menjadi Pg Temenggong Pg Anak Hashim.

Pada 20 Februari 1885, Sultan ‘Abdul Momin telah membuat satu pengisytiharan untuk mengamanatkan kepada para Wazir, Cheteria, Manteri serta keluarga baginda, supaya tidak akan menyerahkan sebarang wilayah Brunei kepada sesiapa jua pun, dan dalam amanah itu Limbang disebut dengan jelas supaya jangan diserahkan kepada sesiapa pun. Selepas Sultan Abdul Momin membuat pengisytiharan itu, baginda telah mewakilkan kepada Pg Temenggong Pg Anak Hashim ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II untuk melaksanakan hal ehwal pemerintahan. Walaupun Cap Mohor Diraja dan Keris Si-Naga belum diserahkan kepada Pg Temenggong Pg Anak Hashim, dan tiada sebarang pengisytiharan turun takhta diumumkan, tetapi baginda dengan sendirinya telah mengiktiraf penyerahan itu. Berikutan titah pengisytiharan Sultan ‘Abdul Momin mewakilkan kepada Pg Temenggong Pg Anak Hashim menjalankan hal ehwal pentadbiran Brunei, pada bulan Mac 1885, Charles Brooke telah datang ke Brunei mengadap Pg Temenggong Pg Anak Hashim sebagai menghormati pengesahannya, yang telah dilantik menjadi pemangku raja. Dalam perjumpaan itu, tatkala Charles Brooke membuka perkara mengenai Limbang, ternyata kepadanya (Charles Brooke) bahawa Pg Temenggong Pg Anak Hashim enggan mempersetuju perkara tersebut.

Sebelum baginda lindung, baginda sendiri menarah nisan untuk diri baginda sendiri, yang diperbuat daripada kayu kulimpapa. Setelap siap, nisan itu dititahkannya supaya dikubur di bawah istana, dan dititahkan juga oleh baginda, sekiranya baginda lindung, nisan itulah yang akan digunakan sebagai tanda makam baginda. Kemudian setelah baginda lindung pada hari Jumaat 15 Syaaban 1302 bersamaan 29 Mei 1885, maka nisan itulah yang digunakan untuk menandai makam baginda sebagaimana maksud yang telah dititahkan. Apabila Sultan ‘Abdul Momin lindung maka Pg Temenggong Pg Anak Hashim ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II naik takhta sebab kekandanya Pg Pemancha Muhammad Salleh telah lindung awal.

والله أعلمُ


1852 - 1885 H.H. Duli Yang di-Pertuan Sri Paduka Maulana Sultan ‘Abdu’l Mumin ibni al-Marhum Sri Paduka Maulana ‘Abdu’l Wahab, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. b. before 21st May 1788, as Pangiran Anak ‘Abdu’l Mumin, eldest son of Y.A.M. Duli Pangiran Shahbandar Sahib ul-Bandar Bait ul-Karib Pangiran Anak ‘Abdu’l Wahab ibni al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din, by his wife, Y.M. Pangiran Anak Babu Siti Lawiyah binti Pangiran Indira Mahkota Pangiran Anak Sulaiman, educ. privately. Proclaimed as Sultan on the death of Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II following the refusal of Temenggong Taj ud-din to ascend the throne, 18th November 1852. m. (first) a daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Khanz ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din, Sultan of Brunei Dar us-Salam. m. (second) before 1852, after the death of his first wife, H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Anak Putri Zubaida, daughter H.H. Sri Paduka Maulana Sultan Omar ‘Ali Saif ud-din II Jamal ul-Alam ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jamal ul-Alam, Sultan of Brunei Dar us-Salam. m. (third) a daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Jamal ul-Alam I ibni al-Marhum Sultan Paduka Sri Sultan Muhammad Taj ud-din, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. m. (fourth) 1883, a girl aged 15 years. He d. at Istana Kampong Ayer, Sultan Lama, Brunei, 29th May 1885, aged 100 Hijra years (bur. there at the Royal Mausoleum, Jalan Khutbah Makam di-Raja), having had issue.

Ref: http://www.royalark.net/Brunei/brunei9.htm