Raja Isteri Pg Anak Zubaidah binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II

Is your surname binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II?

Research the binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II family

Raja Isteri Pg Anak Zubaidah binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Raja Isteri Pg Anak Zubaidah binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II

Pg Anak Zubaidah merupakan puteri kepada Al-Marhum Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852] dengan pasangan baginda Tuan Zaidah binti Pengarah Digadong Tuan Laman. Pg Anak Zubaidah berkahwin dengan Pg Bendahara Pg Anak 'Abdul Momin yang menjadi Sultan 'Abdul Momin dan ketika Hari Perpuspaan, Pg Anak Zubaidah dipuspakan menjadi Raja Isteri. Perkahwinan antara Raja Isteri Pg Anak Zubaidah dengan baginda Sultan 'Abdul Momin tidak dikurniakan cahaya mata. Diriwayatkan, ketika kekanda Raja Isteri Pg Anak Zubaidah iaitu Pg Temenggong Pg Anak Hashim menjadi Sultan, Sultan Hashim ini mendapat sokongan daripada para pembesar negara yang lain termasuk Raja Isteri Pg Anak Zubaidah sendiri.

Pernah juga diriwayatkan, terdapat sebuah surat perintah yang ditujukan kepada orang-orang Brunei di Bintulu pada tahun 1850-an. Antara lain isi kandungan dokumen ini adalah seperti berikut: "Inilah sabda serta peringatan daripada Pengiran Isteri terjunjung atas sekalian Orang Kaya-Orang Kaya Bintulu, Pertama Orang Kaya Pemancha dan Orang Kaya Bandar dan Orang Kaya Muda dan Orang Kaya Temenggong dan Orang Kaya Lela Raja, sabda ingatkan lagi akan peraturan Negeri Bintulu selagi ada Marhum adakah yang lain mempunyai perintah apatah lagi sebarang-sebarang orang sehingga Raja-Raja tiada kuasa meletakkan satu-satu perintah yang tiada berpatutan kerana Marhum yang empunya hamba maka sudah kemudian peninggalan Marhum ini telah dikurniakan kepada Pengiran [Pengiran Anak Siti Khatijah] Negeri Bintulu sekaliannya itulah sabda kepada Orang Kaya Pemancha dan Orang Kaya Bandar dan sekalian Orang Kaya-Orang Kaya di dalam Negeri Bintulu. Jikalau ada satu-satu perintah atau atau perundingan yang tiada patut jangan sekali-sekali diturut apatah lagi orang damit (kecil) sehingga Raja jikalau tiada dengan setahu Pengiran [Pengiran Anak Siti Khatijah] jangan diturut demikianlah sabda kepada Orang Kaya Pemancha dan Orang Kaya Bandar serta sekalian Orang Kaya-Orang Kaya yang ada di dalam Negeri Bintulu serta Bendahari dan si Asmat (?). Sabda jikalau ada digagahi maka kemudian lagi sabda Pengiran [Pengiran Isteri] kepada sekalian Orang Kaya-Orang Kaya jikalau ada orang yang menyertai barang pengikhtiaran (?) orang yang tiada patut kemudiannya ialah yang empunya kehematan (?) melainkan dihukum dengan seberat-berat hukum demikianlah adanya beratlah atas sekalian Orang Kaya-Orang Kaya dan Bendahari dan si Asmat serta Syamsuddin dan Mat Seruddin yang dilantik (?) sabda mana yang tersebut di dalam peringatan yang dikurniakan ini adanya tammat alkalam.". Pengiran Isteri yang dimaksudkan di atas itu adalah Pg Isteri Zubaidah binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II (nama gelaran sebelum puja/berpuspa) yang ditujukan kepada Pembesar-Pembesar Bintulu untuk mengingatkan mereka supaya peraturan yang telah ditetapkan oleh Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddin II kepada Pg Anak Siti Khatijah @ Uzong Tijah binti Pg Sura Negara Pg Anak Badaruddin bin Pg Kerma Indera Pg Anak Bahar itu hendaklah diikut dan ditaati. Demikianlah yang ditegaskan oleh Pg Isteri untuk menyatakan Pg Anak Siti Khatijah (Uzong Tijah) itu berkuasa sepenuhnya terhadap Negeri Bintulu, Belangian dan Bayan.

Daripada penyelidikan ahli-ahli Pusat Sejarah Brunei yang dilakukan ke atas batu nisan Raja Isteri Siti Khadijah itu didapati catatan yang menyebutkan Raja Isteri Khadijah itu puteri kepada Sultan Omar Ali Saifuddinn seperti yang dipahat pada salah satu permukaan batu nisan II (Selatan) terjemahannya: "Al-Makam Al-Marhum Seri Paduka Bawah Duli Diraja Raja Amatallah (Hamba Allah) Al-Siti Khadijah ibni Al-Marhum Maulana Al-Sultan 'Omar 'Ali Saifuddin yang mempunyai takhta kerajaan dalam alam negeri Brunei telah mangkat kepada tiga hari bulan Zulhijjah pada malam Jumaat waktu Asar pukul tiga pada tarikh Seribu Dua Ratus Sembilan Puluh Dua 1292 Sanat.". Manakala pada permukaan lain batu nisan I (Utara) pula dicatatkan bahawa Raja Isteri Khadijah itu ialah isteri kepada Sultan 'Abdul Momin sebagaimana terjemahannya: "Al-Makam Al-Marhum Seri Paduka Yang Maha Mulia Kebawah Duli Diraja Raja iaitu isteri Seri Paduka Bawah Duli Yang Di-Pertuan Maulana Al-Sultan 'Abdul Momin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab yang mempunyai takhta kerajaan di atas alam negeri Brunei (Ghafar Allah walidaiha walazimi'el muslimin ajmain) tamat 1292 Sanat.". Raja Isteri Pg Anak Zubaidah dimakamkan pada siang hari Jumaat, iaitu waktu Asar pada jam 3 petang. Catatan pada batu nisan ini jelas menyebutkan Raja Isteri Khadijah ialah isteri kepada Sultan 'Abdul Momin, tetapi sumber lain ada juga menyebutkan bahawa isteri Sultan 'Abdul Momin itu bernama Raja Isteri Pengiran Anak Zubaidah. Raja Isteri Pengiran Anak Zubaidah yang dimaksudkan itu mungkin orang yang sama (hanya berbeza dari segi sebutan nama) dengan Raja Isteri Siti Khadijah yang dicatatkan pada batu nisannya.

والله أعلمُ

view all

Raja Isteri Pg Anak Zubaidah binti Sultan Omar 'Ali Saifuddin II's Timeline