Sultan Idris Murshid al-Azzam Shah (Sultan Perak ke28; 1887-1916)

public profile

Is your surname [alMarhum Raja Bendahara Alang Iskandar]?

Research the [alMarhum] Raja Bendahara Alang Iskandar family

Sultan Idris Murshid al-Azzam Shah (Sultan Perak ke28; 1887-1916)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Idris Murshid al-Azzam Shah ibni [alMarhum] Raja Bendahara Alang Iskandar

Birthdate:
Birthplace: Kuala Keboi, Kampar, Riau, Indonesia
Death: January 14, 1916 (66)
Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Place of Burial: Kuala Kangsar, Perak, Malaysia
Immediate Family:

Son of Raja Bendahara Alang Iskandar(Marhum Teja) ibni Sultan Ahmad Shah and Toh Puan Besar Che Ken Uda Sari binti Dato' Panglima Dalam Haji Abdul Rahman
Husband of Raja Nuteh Aishah; Tengku Permaisuri Che Uteh Mariah Haji Sulaiman; Toh Puan Besar Che Ngah Manah binti Manda Duwayat; Long Polam; Che Alang Sawiya(Che Sauyah) Binti Che Kulup Abdul Samad and 2 others
Father of Sultan Abdul Jalil Nasiruddin Muhtaram Shah [Sultan Perak ke-29 1916-1918]; (Raja Kechil Sulong) Raja Haji Harun al-Rashid ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah; Y.A.M. Raja Kechil Kamariah Kulsum / Lady Chulan Binti al-Marhum Sultan Idris Murshidul Adzam Shah; Raja Bendahara Raja Abdul Rashid Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah; Tengku Panglima Dalam Raja Haji Shu'ib ibni al-Marhum Sultan Idris Murshid and 13 others
Brother of Raja Chik Muda Pawang Raja Muhammad Iskandar @ Raja Kulop Muhammad Ibn Raja Bendahara Alang Iskandar and Raja Lope Ahmad bin Raja Bendahara Alang Iskandar
Half brother of Raja Hassan Raja Bendahara Alang Iskandar Shah and Raja Puteh Mas Kechil Raja Bendahara Alang Iskandar

Occupation: Sultan Perak, Sultan, Sultan Perak 28
Managed by: AHMAD KHAIRUDDIN ISMAIL
Last Updated:

About Sultan Idris Murshid al-Azzam Shah (Sultan Perak ke28; 1887-1916)

Sultan Idris Murshid Al-Azzam Shah. Sultan Perak ke28; 1887-1916.
—————————
Almarhum Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah ibni Almarhum Raja Bendahara Alang Iskandar, G.C.M.G., G.C.V.O., ialah putera yang ketiga kepada Raja Bendahara Alang Iskandar (Marhum Teja) dan diputerakan di Kuala Keboi, Kampar (Perak) dalam tahun 1849.

Dalam tahun 1875, semasa Sultan Abdullah Muhammad Shah II menjadi Sultan Perak, Raja Idris berumur 26 tahun. Di masa perselisihan di antara Sultan Abdullah dengan Birch, Baginda menjadi ketua rombongan perwakilan yang membawa surat daripada Sultan Abdullah kepada Gabenor Sir Andrew Clarke. Pada tahun yang sama, Raja Idris telah dilantik oleh Sultan Abdullah menjadi Hakim dan kemudian menjadi Hakim Besar pula.

Pada bulan Mac, 1876 Raja Idris dilantik oleh Sultan Abdullah menjadi hakim dalam perbicaraan Seputum, Che Gondah dan Ngah Ahmad di Bandar Baharu yang telah didakwa oleh British. Setahun kemudian Baginda balik ke Negeri Perak dari Singapura membantu ayah mertua Baginda Raja Yusuf Raja Muda Perak yang menjadi Pemangku Raja. Raja Idris dilantik menjadi Raja Bendahara Perak dan di akhir tahun 1877, Baginda dilantik pula menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri itu.

Pada 7 Oktober 1886, apabila Raja Muda Yusuf dilantik menjadi Sultan Perak, Raja Idris diangkat pula menjadi Raja Muda Perak. Dalam bulan Julai, 1887 Sultan Yusuf mangkat dan Raja Muda Idris dilantik menjadi Sultan Perak yang ke-28 bergelar Sultan Idris Murshidul 'adzam Shah (Sultan Idris I). Baginda bersemayam di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Ketika itu Baginda berumur 38 tahun. Sir Hugh Low masih memegang jawatan Residen di Negeri Perak.

Ketika Baginda berjawatan Hakim dalam tahun 1884, Baginda berangkat ke London bersama-sama Sir hugh Low dan Yang Mulia Raja Mansur ibni Almarhum Sultan Abdullah kerana mengambil balik perkakas Kerajaan Negeri Perak yang dibawa oleh orang-orang Inggeris untuk disimpan selepas huru-hara Perang Perak dalam tahun 1875 hingga 1876.

Dalam tahun 1888 Baginda Sultan idris sekali lagi berangkat ke England bersama-sama Sir Hugh Low dan Raja Ngah Mansur kerana menunaikan jemputan Ratu Inggeris, Queen Victoria. Di England, Raja Ngah Mansur berusaha dengan persetujuan Sultan Idris mencipta lagu "Lagu Kebangsaan Negeri Perak Terang Bulan". Lagu ini mula diketengahkan pada 5 April, 1889 dalam Istiadat Pertabalan Baginda di Kuala Kangsar.

Pemerintahan Sultan Idris bertambah maju, pekan-pekan semakin banyak dibuka di negeri itu, hasil bijih timah dari daerah Kinta banyak dikeluarkan dan ladang-ladang getah semakin banyak dibuka di daerah-daerah Negeri Perak. Penduduk Negeri Perak menjadi bertambah ramai, berjumlah 214,254 orang.

Pada tahun 1895, dengan persetujuan Sultan-Sultan Perak, Selangor, Pahang dan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan, keempat-empat buah negeri itu dijadikan sebuah persekutuan negeri-negeri dinamakan "Negeri-Negeri Melayu Bersekutu". Persekutuan ini telah dirasmikan pertubuhannya pada 1 Julai 1896 dan Majlis Raja-Raja keempat-empat buah negeri ini disebut "DUKBAR". Pengerusinya ialah Sir Charles Mitchell, Pesuruhjaya Tinggi bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Majlis tersebut diadakan di Istana Sultan Idris Perak (Istana Negara) di Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada bulan Julai 1897.

Permulaan jalan keretapi bagi penggunaan awam di Semenanjung Tanah Melayu ialah jalan keretapi dari Taiping ke Port Weld, sejauh 5 km yang dibuka pada zaman Sultan Yusuf, dalam tahun 1885.

Dalam tahun 1901 Baginda Sultan Idris telah dikurniakan Bintang Kebesaran G.C.M.G. oleh Raja Inggeris, King George V.

Baginda menggalakkan penubuhan beberapa buah Sekolah Melayu dan Sekolah Inggeris bagi tempat anak-anak Raja dan Orang-orang Besar seluruh Negeri Perak. Antaranya ialah Babul'd-Darjat (Kolej Melayu) Kuala Kangsar dan King Edward School (asalnya Central School).

Sewaktu pemerintahan Sultan Idris, bahagian Hulu perak yang luasnya seribu batu persegi diambil oleh Kerajaan Reman (Perintah Siam) dalam tahun 1909. Sebagai ganti, Kerajaan Reman menyerahkan balik kepada Kerajaan Perak Kelian Intan dan Keroh, Hulu Perak.

Dalam tahun 1911, Sultan Idris bersama isteri Baginda Tengku Permaisuri Uteh Mariah berangkat ke England menghadiri kemahkotaan Raja Inggeris King George V. Pengiring Baginda ialah Raja Sir Chulan (Raja Di Hilir) dan Dato' Setia Jeragan Abdul Shukur. Pada masa baginda memerintah, putera Baginda yang bernama Raja Abdul Jalil menjadi Raja bendahara dan yang bernama Alang Iskandar memegang jawatan Penolong Pesuruhjaya Polis di Kuala Lumpur.

Sebuah Maktab Perguruan Melayu di Melaka dan Matang dibuka dan ditutup dalam tahun 1922, kemudian digabungkan menjadi sebuah maktab perguruan Melayu yang besar di Tanjung Malim dinamakan Maktab Latihan Sultan Idris, sempena nama Baginda setelah mangkat 6 tahun lepas itu.

Baginda Sultan Idris meletak batu asas bangunan Masjid Ubudiah Bukit Chandan tidak jauh dari Istana Baginda kerana menyempurnakan nazar Baginda, tetapi masjid ini dibuka dengan rasmi oleh Raja Abdul Jalil dalam tahun 1917.

Dalam tahun 1914 semasa Perang Dunia pertama, Sultan Idris mengambil bahagian utama bersama-sama Raja-Raja pemerintah Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menghadiah sebuah kapal perang besar kepada Kerajaan british dan kapal itu dinamakan H.M.S Malaya dan telah ditenggelamkan dalam Perang Dunia yang kedua.

Baginda Sultan Idris juga telah melantik Jeragan Abdul Shukur bin Mohammad Ali kepada martabat Orang Kaya-Kaya Setia Bijaya di-Raja, menggantikan gelaran Orang Kaya-Kaya Seri Agar di-Raja yang telah dimansuhkan selepas pembunuhan J.W.W. Birch.

Pada 14 Januari 1916, Baginda Sultan Idris I mangkat di Istana Bukit Chandan dan dimakamkan di Permakaman di-Raja Bukit Chandan, Kuala Kangsar, bergelar "Marhum Rahmatullah".