Sultan Muhammad Ali Abd Jalil Muzaffar Shah (Sultan Siak ke5: 1766-79)

How are you related to Sultan Muhammad Ali Abd Jalil Muzaffar Shah (Sultan Siak ke5: 1766-79)?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Muhammad Ali Abd Jalil Muzaffar Shah (Sultan Siak ke5: 1766-79)'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

Tengku Muhammad Ali ibni Sultan Alamuddin Shah

Also Known As: "Nakhoda Kamis", "Dato Kamis", "Raja Mohammad Ali", "Dato Khamis", "Tengku Kamis"
Birthdate:
Birthplace: Siak, Riau, Indonesia
Death: 1779 (45-46)
Marhum Pekan
Place of Burial: Kampung Lupak Luas, Lumapas, Brunei-Muara, Brunei
Immediate Family:

Son of Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah [Sultan Siak ke-4 1766-1780] and Daeng Khadijah Daeng Parani
Husband of Tengku Embong Besar @ Tengku Aishah binti Tengku Buang Asmara
Father of Tengku Berahim @ Nakhoda Dato Samad ibni Tengku Muhammad Ali; Tengku Saedah Tengku Muhammad Ali; Tengku Endut Tengku Muhammad Ali; Tengku Aminah Tengku Muhammad Ali; Tengku Saleh Tengku Muhammad Ali and 2 others
Brother of Raja Akil @ Nakhoda Kasim; Tengku Embong Badariah (Puteri Marhum Bukit, Siak); Tengku Emas Ayu; Tengku Sokma; Tengku Hawa Raja Alam and 1 other

Occupation: Sultan Siak ke 5 [1766 - 1779]
Managed by: Tunku Panglima Besar Nadzaruddin...
Last Updated:

About Sultan Muhammad Ali Abd Jalil Muzaffar Shah (Sultan Siak ke5: 1766-79)

Bermastautin di Kg. Burung Pingai di Kampong Ayer dan anakanda kepada Tengku Alam @ Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah. Al-Marhum mempunyai keturunan kesultanan Siak Sri Indra Pura daripada Riau yang mana ayahandanya adalah Sultan Abdul Jalil Alamuddin Syah [Sultan Siak ke-4, 1766-1780] dengan pasangan baginda Daeng Khadijah. Al-Marhum berhijrah ke Brunei dan menukar namanya menjadi Nakhoda Kamis beristerikan sepupu sekalinya iaitu Tengku Embong Besar binti Tengku Buang Asmara @ Sultan Abdul Jalil Muhammad Muzaffar Syah. Sebelum ini Al-Marhum membawa nama Sultan Muhammad Ali Abdul Jalil Muazzan Shah. Di Brunei Al-Marhum juga dikenali dengan Marhum Pekan dan Dato Kamis. Sebelum berhijrah ke Brunei dari Siak, Dato Khamis dikenali sebagai Tengku Muhammad Ali. Dalam sejarah Siak, Tengku Muhammad Ali merupakan anak sulung lelaki kepada Al-Marhum Sultan Rabiul Alam. Nenekda Tengku Muhammad Ali iaitu Raja Kecil, yang pernah menjadi Sultan Johor-Riau ke-12 dan memerintah negeri itu sekitar tahun 1718 hingga 1722. Raja Kecil menggelar dirinya sebagai Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.

Semasa pemerintahan ayahandanya (Raja Rabiul Alam) yang telah berjaya berkuasa semula di Siak dengan bantuan orang-orang Belanda di Melaka mengalahkan adindanya Sultan Mahmud Shah, Tengku Muhammad Ali telah dilantik menjadi Yang Dipertuan Muda. Usia Tengku Muhammad Ali ketika megganti ayahandanya ialah 32 tahun. Baginda diputerakan pada tahun 1733. Penyerahan pemerintahan dari Raja Rabiul Alam kepada anakdanya Tengku Muhammad Ali, bukan bermakna penyerahan takhta Kesultanan Siak kerana pihak Belanda keberatan berbuat demikian dengan alasan Raja Rabiul Alam masih hidup. Yang nyata, pihak Belanda senghaja menyingkirkan Raja Rabiul Alam bagi memudahkan pemerintahan Siak kerana mereka lebih selesa berunding dan mengatur pemerintahan Siak dengan Tengku Muhammad Ali. Tambahan lagi Belanda terpaksa melantik Tengku Muhammad Ali sebagai pentadbir Siak bagi membalas bantuan beliau semasa perang penaklukan Siak.

Pada tahun 1779, Raja Ismail yang melarikan diri ke Pulau Tujuh, kembali ke Siak setelah kemangkatan Raja Rabiul Alam. Sungguhpun ada tentangan dari pihak tentera Tengku Muhammad Ali, Siak jatuh ke tangan Raja Ismail. Tengku Muhammad Ali dimaafkan oleh Raja Ismail yang hanya sempat memerintah Siak selama 2 tahun. Raja Ismail pun mangkat pada tahun 1781. Raja Yahya menjadi Sultan Siak bagi menggantikan ayahandanya Raja Ismail. Dalam usia 21 tahun baginda tidak dapat menahan dan menunjukkan kewibawaannya sebagai Sultan kerana sering diganggu oleh cucunda Raja Rabiul Alam yang bernama Sayid Ali iaitu anak lelaki Tengku Embong Badariah. Bapa Sayid Ali bernama Sayid Uthman berketurunan Arab. Sayid Ali terkenal sebagai seorang cucu Sultan yang berperangai keras, kasar dan suka mengganggu orang. Tengku Muhammad Ali tidak dapat mengawal tindakan dan perwatakannya yang semakin bermaharajalela di Siak. Raja Yahya tidak berupaya mengekang kerakusan Sayid Ali yang sangat ghairah untuk berkuasa di Siak. Bagi mengelakkan dirinya terheret sekali lagi ke dalam satu lagi perebutan kuasa yang boleh melemahkan Siak, Tengku Muhammad Ali terpaksa berfikir dan membuat sesuatu.

Rakyat dan penduduk Siak dikejutkan dengan satu berita kemangkatan Tengku Muhammad Ali di satu pagi tahun 1791. Baginda dikatakan mangkat di sebelah malam dan dimakamkan sebelum menjelang pagi. Di waktu yang sama misteri kehilangan isteri, anakdanya Tengku Berahim dan 3 orang cucundanya, masing-masing bernama Tengku Asmad, Tengku Astar dan Tengku Sahat, tidak dapat dijawab dengan tepat. Yang nyata, 6 orang ahli kerabat diraja Siak keturunan Raja Rabiul Alam mangkat dan hilang dalam satu malam. Rupa-rupanya 'kemangkatan' dan kehilangan Tengku Muhammad Ali bersama isterinya Tengku Embong Besar dan ahli-ahli kerabat diraja lain adalah satu muslihat politik yang dirancang dan dilaksanakan dengan begitu rapi dan penuh rahsia. 'Kubur' Tengku Muhammad Ali diisi dengan batang pisang dan dipacakkan nisan bagi mengesahkan kemangkatannya. Sebuah kapal (sekunyir) sudah bersedia menunggu mereka di pengkalan.

Di kapal terdapat lagi seorang lelaki berusia dalam 40an. Lelaki itu ialah Raja Akil yang dikatakan mati dibunuh pada tahun 1780 setelah merampas takhta Siak dan menjadi Sultan Siak dalam beberapa hari. Beliau ialah adinda kepada Tengku Muhammad Ali yang berani menentang Raja Ismail. Kedua-dua adik beradik itu memiliki ilmu kekebalan yang hanya mereka berdua ketahui. 'Mayat' Raja Akil dibawa ke sebuah rumah di pendalaman Sial dan dipulihkan sendiri oleh Tengku Muhammad Ali. Di sanalah Raja Akil bermastautin dengan menggunakan nama Kasim dan bekerja sebagai petani. Dengan tujuh orang keturunan Raja Rabiul Alam berada di atas kapal, maka sejarah Kesultanan Melayu bakal terkahir di sebuah negeri yang juga sedang menghadapi kemelut politik di kalangan ahli-ahli kerabatnya. Persinggahan pertama yang dilakukan oleh Tengku Muhammad Ali dan ahli keluarganya ialah Pulau Siantan, salah sebuah pulau yang terkandung di dalam Pulau Tujuh. Mereka tidak bertahan lama di sana dan seterusnya menuju ke Pulau Natuna. Dalam pelayaran ke Pulau Natuna, Tengku Embong Besar, isteri Tengku Muhammad Ali jatuh sakit disebabkan kerinduannya terhadap kaum kerabatnya yang ditinggalkan di Siak. Setibanya di Pulau Natuna, Tengku Muhammad Ali memutuskan untuk belayar ke Kuching kerana baginda tidak mahu jasad isterinya disemadikan di pulau yang terletak di tengah-tengah Laut Cina Selatan. Sebaik-baik sahaja kapalnya mendarat di sebuah kampung yang bernama Kalaka, isteri baginda mangkat. Mayat Tengku Embong Besar disemadikan di sana.

Sebelum Tengku Muhammad Ali membuat keputusan untuk menetap di sebuah negeri yang sesuai, baginda belayar ke Johor untuk melawat kaum kerabatnya di sana di samping mengajak anak perempuannya, dari isterinya seorang puteri Bugis, yang dilahirkan di Johor, belayar bersamanya. Puteri itu, yang bernama Daeng Pingai, akhirnya bersetuju mengikut baginda ke mana sahaja. Daeng Pingai membawa seekor burung kakak tua, peliharaannya yang pandai bercakap. Semasa di Johor, Tengku Muhammad Ali mendengar berita mengenai Sultan Omar Ali Saifuddin I [Sultan Brunei ke-18, 1740-1795] yang berusia lanjut dan memerintah dengan adil. Tengku Muhammad Ali membuat keputusan membawa kapalnya dan ahli-ahli keluarganya menuju ke Brunei untuk menetap di sana. Pelayaran mereka tidak menghadapi banyak rintangan, malah tidak seorang pun kaum keluarganya di Johor mengetahui ke mana mereka. Dalam pelayaran, Tengku Muhammad Ali dan ahli-ahli keluarganya bersetuju menukar nama mereka bagi membolehkan orang-orang Brunei mengetahui bahawa mereha ahli perniagaan yang ingin menetap di Brunei. Tengku Muhammad Ali mengambil nama Nakhoda Khamis, Raja Akil menjadi Nakhoda Kasim dan Tengku Berahim menjadi Nakhoda Samad. Tengku Asmad, Tengku Astar dan Tengku Saad membuang gelaran "Tengku" di pangkal nama mereka. Daeng Pingai mengubah namanya menjadi Dayang Pingai.

Kapal Nakhoda Khamis (Tengku Muhammad Ali) memasuki Sungai Brunei dan berlabuh di satu kawasan di hulu sungai, tidak begitu jauh dari Jong Batu. Kawasan di mana kapal Nakhoda Khamis berlabuh itu tidak berpenghuni dan masih dipenuhi oleh hutan bakau. Puterinya Dayang Pingai tertarik hati dengan kawasan itu dan meminta ayahandanya membina rumah di kawasan itu. Setelah mendapat kebenaran dari pihak istana untuk membina rumah di kawasan berkenaan, Nakhoda Khamis mengupah beberapa orang tukang kayu Brunei untuk membina rumah. Apabila rumah siap, mereka sekeluarga berpindah dari kapal mereka dan mendiami rumah tersebut. Nakhoda Khamis dan ahli-ahli keluarganya memulakan penghidupan mereka di Brunei dengan berniaga. Mereka menjual kain, alat keperluan rumah dan seumpamanya. Sebahagian besar pelanggan mereka ialah pembesar-pembesar Brunei dan kaum padian dari Kampung Saba. Oleh kerana perniagaan Nakhoda Khamis dan keluarganya bertambah maju, maka kawasan yang dahulunya hutan bakau bertukar menjadi sebuah perkampungan. Burung kakak tua Dayang Pingai menjadi tarikan orang-orang yang berurusan dengan mereka. Kerana terlalu disukai ramai, burung itu dipanggil burung pingai (burung kepunyaan Dayang Pingai). Akhirnya kampung itu dipanggil Kampung Burung Pingai yang disempenakan dengan nama burung yang dipunyai oleh Dayang Pingai.

Sebagai seorang pendatang yang ingin bermastautin di Brunei, Nakhoda Khamis terpaksa menyesuaikan dirinya dengan adat resam orang-orang Melayu Brunei ketika itu. Beliau juga perlu mencari asas kukuh untuk membolehkan namanya akan kekal disebut oleh generasi akan datang. Dengan mengambil kira hal tersebut, Nakhoda Khamis bertawakal menggalakkan anakandanya Nakhoda Samad (Tengku Berahim) berkahwin lagi. Akhirnya Nakhoda Samad berkahwin dengan seorang wanita Saba keturunan Sulu. Nakhoda Kasim (Raja Akil) yang masih bujang berkahwin dengan seorang wanita dari Kampung Saba yang susur galur keturunannya sampai kepada Sultan Ahmad [Sultan Brunei ke-1408-1425]. Perkahwinan kedua-dua Nakhoda Samad dan Nakhoda Kasim dengan wanita-wanita Kampung Saba tersebut menurunkan zuriat keturunan yang akhirnya berkembang menjadi satu keluarga besar.

Semasa Dato Khamis tiba di Brunei pada tahun 1791, beliau berusia 58 tahun. Pada tahun tersebut Brunei diperintah oleh Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin I yang dianggap sebagai sultan yang paling lama memerintah. Walaupun Dato Khamis merupakan mantan Sultan, beliau sentiasa mengelakkan dari membuka rahsianya dan keluarganya di hadapan pembesar-pembesar istana. Sungguhpun begitu, ketokohan beliau sebagai tokoh ilmuan ugama dan memiliki selok belok kependekaran tidak dapat disembunyikan. Seorang demi seorang pembesar istana berguru dengan beliau. Anak-anak muda dan mereka yang ingin mendalami ilmu ugama sentiasa mengunjungi rumah beliau di Kampung Burung Pingai. Dengan dibantu oleh Nakhoda Kasim dan Nakhoda Samad, Dato Khamis menyebarluaskan amalan Tareqat Naqsyabandiah dan Qadiriah yang diwariskan oleh Raja Kecil melalui Raja Rabiul Alam. Di samping itu, beliau juga menyebarluaskan ilmu kependenkeran Bugis dan Minangkabau yang diamalkan di Siak. Pendek kata, dalam jangka masa yang singkat, Dato Khamis dikenali ramai sebagai guru ugama dan guru persilatan.

Hasil dari perkahwinannya dengan Tengku Embong Besar beranakkan Nakhoda Samad, Tengku Saedah, Tengku Endut, Tengku Aminah, Tengku Saleh, Dyg Pingai dan Tengku Bahiya. Berdasarkan cerita lisan yang diperturunkan dari generasi-generasi keturunan beliau, usia Dato Khamis sehingga ke akhir hayatnya ialah di linkungan 80an. Ini bermakna beliau meninggal dunia ketika pemerintahan Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul Alam [Sultan Brunei ke-21, 1807-1822]. Tahun beliau kembali ke rahmatullah diperkirakan pada tahun 1818. Makam Allahyarham Dato Kamis ini dapat ditemui di Bukit Lasak Jalan Sungai Asam, Mukim Lumapas, Brunei Muara.

والله أعلمُ