Tuan Zaidah binti Pengarah Digadong Tuan Laman

public profile

Is your surname Pengarah Digadong Tuan Laman?

Research the Pengarah Digadong Tuan Laman family

Tuan Zaidah binti Pengarah Digadong Tuan Laman's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Tuan Zaidah binti Pengarah Digadong Tuan Laman

Berasal dari Kg. Burong Pingai Ayer di Kampong Ayer dan anak kepada Pengarah Digadong Tuan Laman @ Sulaiman. Zaidah mempunyai keturunan kesultanan Siak Sri Indra Pura daripada Riau iaitu Tengku Muhammad Ali @ Sultan Muhammad Ali [Sultan Siak ke 5, 1766-1779] yang berhijrah ke Brunei dan menukar namanya menjadi Nakhoda Khamis beristerikan Tengku Embong Besar beranakkan Tengku Berahim @ Nakhoda Samad beranakkan Pengarah @ Tengku Saat beranakkan Pengarah Digadong Laman dan beranakkan Zaidah. Zaidah juga adalah penyambung darah Kesultanan Melaka, Johor-Riau dan Siak di Brunei.

Pada tahun 1824 Zaidah mendirikan rumah tangga dengan Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852] sebagai isteri kedua baginda dan digelar Tuan Zaidah dan Tun Zaida. Hasil perkahwinan mereka berputerakan Sultan Hashim Jalilul Alam Aqamaddin, Raja Isteri Pg Anak Zubaidah, Orang Kaya Besar Pg Anak Abdul Momin, Pg Anak Siti Mariam, Pg Anak Pasah dan Pg Anak Khadijah. Pada tahun 1832, terjadinya satu pergolakan politik di istana akibat percubaan membunuh Pg Anak Hashim yang memaksa Tuan Zaidah dan Pg Anak Hashim untuk disembunyikan di Kg. Limau Manis dan di Kg. Saba. Dengan perancangan yang sangat teliti, Pg Anak Hashim berjaya dilarikan ke Saba oleh indung-indung petuan beliau mereka adalah Liau Badar dan Hj Saman. Oleh kerana Pg Anak Hashim telah berjaya dilarikan, maka pembesar-pembesar yang tidak puas hati kerana gagal dalam rancangan membunuhnya, sudah pasti menumpukan perhatian untuk membunuh bondanya iaitu Tuan Zaidah. Sekurang-kurangnya Tuan Zaidah dijangka tidak akan melahirkan putera-putera untuk Sultan Omar Ali Saifuddin II lagi jika ia dibunuh. Bimbang dengan keselamatan anak saudaranya Tuan Zaidah, isteri Sultan Omar Ali Saifuddin II yang masih tinggal di istana, Hj Saman merancang dan melaksanakan bagi Tuan Zaidah dilarikan dan disembunyikan di Kampung Limau Manis. Tuan Zaidah hidup di sana bersama ulunnya dan sering dilawat oleh anaknya Pg Anak Hashim dan berterusan dilakukan sehingga baginda naik takhta pada tahun 1885. Lawatan ini berhenti setelah Tuan Zaidah meninggal dunia pada tahun 1887.

والله أعلمُ