Pg Anak Siti Khadijah binti Sultan Omar Ali Saifuddin II

public profile

Is your surname Sultan Omar Ali Saifuddin II?

Research the Sultan Omar Ali Saifuddin II family

Pg Anak Siti Khadijah binti Sultan Omar Ali Saifuddin II's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Anak Siti Khadijah binti Sultan Omar Ali Saifuddin II

Pg Anak Siti Khadijah adalah puteri kepada Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852] dengan pasangan baginda Tuan Zaidah. Terdapat beberapa kajian mengenai batu nisan Al-Marhumah Pg Anak Siti Khadijah yang mempunyai catatan ukiran di batu nisan mengatakan bahawa Al-Marhumah adalah puteri sulung kepada Al-Marhum SOAS II yang berkahwin dengan Al-Marhum Sultan Abdul Momin. Bahkan terdapat sumber juga mengatakan isteri kepada Sultan Abdul Momin adalah Raja Isteri Pg Anak Zubaidah.

Daripada penyelidikan ahli-ahli Pusat Sejarah Brunei yang dilakukan ke atas batu nisan Raja Isteri Siti Khadijah itu didapati catatan yang menyebutkan Raja Isteri Khadijah itu puteri kepada Sultan Omar Ali Saifuddinn seperti yang dipahat pada salah satu permukaan batu nisan II (Selatan) terjemahannya: Al-Makam Al-Marhum Seri Paduka Bawah Duli Diraja Raja Amatallah (Hamba Allah) Al-Siti Khadijah ibni Al-Marhum Maulana Al-Sultan Omar 'Ali Saifuddin yang mempunyai takhta kerajaan dalam alam negeri Brunei telah mangkat kepada tiga hari bulan Zulhijjah pada malam Jumaat waktu Asar pukul tiga pada tarikh Seribu Dua Ratus Sembilan Puluh Dua 1292 Sanat. Manakala pada permukaan lain batu nisan I (Utara) pula dicatatkan bahawa Raja Isteri Khadijah itu ialah isteri kepada Sultan 'Abdul Momin sebagaimana terjemahannya: Al-Makam Al-Marhum Seri Paduka Yang Maha Mulia Kebawah Duli Diraja Raja iaitu isteri Seri Paduka Bawah Duli Yang Di-Pertuan Maulana Al-Sultan Abdul Momin ibni Al-Marhum Maulana Abdul Wahab yang mempunyai takhta kerajaan di atas alam negeri Brunei (Ghafar Allah walidaiha walazimi'el muslimin ajmain) tamat 1292 Sanat.

Catatan pada batu nisan ini jelas menyebutkan Raja Isteri Khadijah ialah isteri kepada Sultan Abdul Momin, tetapi sumber lain ada juga menyebutkan bahawa isteri Sultan Abdul Momin itu bernama Raja Isteri Pengiran Anak Zubaidah. Raja Isteri Pengiran Anak Zubaidah yang dimaksudkan itu mungkin orang yang sama (hanya berbeza dari segi sebutan nama) dengan Raja Isteri Siti Khadijah yang dicatatkan pada batu nisannya.

والله أعلمُ