Pg Muda Muhammad Alam @ Matalam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II

public profile

Is your surname ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II?

Research the ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II family

Pg Muda Muhammad Alam @ Matalam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Muda Muhammad Alam @ Matalam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II

Pg Muda Muhammad Alam adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Omar Ali Saifuddin II [Sultan Brunei ke-23, 1828-1852] dengan pasangan baginda yang gahara Pg Isteri Nur Alam. Disebutkan, apabila James Brooke meninggal dunia di England pada tahun 1868, maka kuasa memerintah Sarawak telah digantikan oleh Charles Brooke yang bercita-cita besar hendak meluaskan kawasan dan panggahan Sarawak di bawah pentadbirannya. Pada bulan Mei 1871, Charles Brooke telah melawat Sibuti dan Miri. Tatkala kapal Charles Brooke berlabuh di Sibuti, ia telah ditemui oleh kedua-dua Pengiran yang menjadi wakil Brunei di situ, bersama-sama orang pengiringnya dengan mengibarkan bendera Sultan dan bendera Pengiran Pemancha. Kedua-dua Pengiran wakil Brunei itu telah mengeluarkan surat-surat yang dicap oleh Sultan dan Pg Muda Muhammad Alam sendiri kepada Charles Brooke untuk menyatakan bahawa kedua-dua mereka itu adalah wakil Sultan dan wakil Pengiran yang empunya tulin Sibuti. Dikatakan juga, Pg Muda Muhammad Alam ini menguasai hak tulin Miri. Seterusnya pada tahun 1882, suatu perjanjian telah dibuat antara Sultan Brunei (Sultan Abdul Momin) dengan Raja Brooke mengenai dengan kawasan-kawasan antara Tanjung Kidurong ke Baram serta banjarannya, dengan bayaran sebanyak $3,000 setahun bagi daerah-daerah yang telah diserahkan oleh Sultan itu, dan $2,000 setahun untuk Suai, Niah dan sebahagian lagi daerah Miri dan Baram. Disebutkan, bahawa bayaran itu akan diserahkan kepada Pg Temenggong Pg Anak Hashim sebagai Wazir yang tinggal pada masa itu, dan yang menjadi penjaga kepada ahli waris Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh dan Pg Muda Muhammad Alam. Ini bermakna Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh dan Pg Muda Muhammad Alam telahpun meninggal dunia terdahulu sebelum Pg Temenggong Pg Anak Hashim. Pg Pemancha Pg Anak Muhammad Salleh meninggal dunia pada tahun 1876 manakala Pg Muda Muhammad Alam dianggarkan meninggal dunia tahun 1876-1880.

والله أعلمُ

view all

Pg Muda Muhammad Alam @ Matalam ibni Sultan Omar Ali Saifuddin II's Timeline