Pg Bendahara Pg Muda Amir ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

public profile

Is your surname Sultan Abdul Hakkul Mubin?

Research the Sultan Abdul Hakkul Mubin family

Pg Bendahara Pg Muda Amir ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Related Projects

About Pg Bendahara Pg Muda Amir ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

Pg Bendahara Pg Muda Amir adalah putera kepada Al-Marhum Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13, 1661-1673] dengan pasangan baginda Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam. Pg Muda Amir merupakan salah satu putera dari Sultan Abdul Hakkul Mubin yang terselamat ketika Perang Saudara yang berlaku antara ayahanda beliau dengan Al-Marhum Sultan Muhyiddin. Sultan Muhyiddin menitahkan supaya peperangan itu diberhentikan dengan serta-merta selepas mangkatnya Sultan Abdul Hakkul Mubin dan kaum kerabat baginda yang masih hidup termasuk antaranya Pg Muda Amir disuruh pelihara manakala yang cedera atau luka diubati.

Pg Muda Amir diarak menjadi Wazir Pg Bendahara oleh Al-Marhum Sultan Muhyiddin setelah mangkatnya Raja Bendahara Alam ibni Pg Muda Bungsu sebelum sempat ditabalkan menjadi Sultan. Tujuan penganugerahan ini adalah untuk merapatkan dan memesrakan kembali hubungan keluarga yang putus kerana perang. Pg Bendahara Pg Muda Amir berkahwin dengan Pg Anak Tuah beranakkan Pg Anak Besar Sulong dan Pg Shahbandar Kerma Dewa Pg Anak Mahmud. Beliau juga mempunyai adik-beradik seibu sebapa mereka adalah Pg Muda Alam, Pg Muda Kawat, Pg Muda Zamban dan Pg Anak Puteri Besar. Manakala adik-beradik berlainan ibu adalah Pg Digadong Omar dan Pg Temenggong Datu Dakula Pg Abd Rauf.

والله أعلمُ