Pg Temenggong Datu Dakula Pg Abdul Rauf ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

public profile

Is your surname Sultan Abdul Hakkul Mubin?

Research the Sultan Abdul Hakkul Mubin family

Pg Temenggong Datu Dakula Pg Abdul Rauf ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Temenggong Datu Dakula Pg Abdul Rauf ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

Also Known As: "Datu Dakula"
Birthdate:
Death:
Place of Burial: Makam Diraja Sungai Kianggeh, Bandar Seri Begawan, Negara Brunei Darussalam
Immediate Family:

Son of Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13 1661-1673] and Bu Angsa @ Si-Angsa
Husband of Nama and Pg Isteri Gandi binti Pg Temenggong Raja Tua Abdul Mumin Amirul Faza
Father of Pg Abd Razak@Pg Ajak; Pengiran Anak Abdul Rahman Pg Temanggong Dakula Pg Abdul Rauf; Pg Anak Hashim Embun ibni Pg Temenggong Dakula Pg Anak Abdul Rauf and Pg Bahar
Brother of Pg Digadong Omar
Half brother of Pg Muda Kawat; Pg Muda Zamban; Pg Anak Puteri Besar binti Sultan Abdul Hakkul Mubin; Pg Bendahara Pg Muda Amir ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin and Pg Muda Alam ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

Managed by: Private User
Last Updated:

About Pg Temenggong Datu Dakula Pg Abdul Rauf ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

Dakula adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13, 1661-1673] dengan pasangan baginda Bu Angsa. Sewaktu kecil, beliau dengan ibunya diculik oleh angkatan Suluk yang diketuai oleh Salahudin Karamat. Dikenali dengan Datu Dakula pernah datang ke Brunei dan menuntut bela atas kematian ayahandanya ketika zaman pemerintahan Sultan Muhyiddin. Diceritakan, semasa perang saudara (Perang Pulau Chermin), Sultan Suluk waktu itu telah mendakwa bahawa negeri-negeri di sebelah utara Brunei iaitu Paitan, Sugut, Mempayang, Palawan, Balabak dan negeri-negeri di kepulauan yang berhampiran dengan Pulau Brunei adalah kepunyaan Suluk sebagai balasan terhadap pertolongan mereka mengalahkan sewaktu perang Pulau Chermin. Hakikatnya, dakwaan Sultan Suluk ini dengan tegas ditolak oleh Sultah Muhyiddin, dengan alasan pada masa perang sengit itu berlaku orang Suluk yang diperbantukan itu tidak sepenuhnya menjalankan perjanjian yang disepakati, melainkan mereka bersembunyi di Pulau Keingaran, hanya setelah Pulau Chermin dikalahkan oleh pihak Brunei, barulah mereka mendarat ke Pulau Chermin, dan kerja mereka hanya merampas dan mengumpulkan harta benda orang Pulau Chermin termasuk seorang gundik Sultan Abdul Hakkul Mubin dan putera baginda dibawa balik ke Suluk sebagai harta rampasan. Putera yang dimaksudkan ini adalah Datu Dakula sendiri.

Setelah tuntutan Suluk terhadap Sabah ditolah oleh Sultah Muhyiddin, kira-kira pada tahun 1688, iaitu setelah 15 tahun Perang Saudara (Perang Pulau Chermin) tamat, timbullah satu kekacauan di Teluk Brunei, iaitu angkatan Suluk yang diketuai oleh Datu Dakula ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin telah membinasakan dan mengusir pelaut-pelaut Brunei sehingga mereka yang lalu lalang di Teluk Brunei itu menghadapi kesukaran dan kesusahan mencari makan. Tatkala perkara ini dihadapkan ke hadapan Majlis Sultan Muhyiddin, baginda berasa risau kalau-kalau luka lama berdarah kembali, tetapi walau bagaimanapun menurut pandangan dan firasat baginda bahawa baginda yakin luka lama itu tidak akan bermula semula, kerana kaum keluarga Al-Marhum Sultan Abdul Hakkul Mubin sudahpun mesra dan ramai yang telah bersemanda (pertalian kekeluargaan yang terjalin oleh ikatan perkahwinan) mengikut tali perkahwinan dengan keluarga baginda, lebih-lebih lagi Pg Muda Amir ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin yang baginda arak menjadi Pg Bendahara itu telah menumpahkan taat setianya yang tidak berbelah bahagi kepada baginda.

Pada masa perkhabaran Datu Dakula mengamuk di Teluk Brunei itu sampai ke pengetahuan Pg Bendara Pg Muda Amir, maka iapun naik mengadap Sultan Muhyiddin menjunjung menawarkan diri untuk mengeluarinya. Sultan Muhyiddin amat terharu terhadap sikap, semangat dan keprihatinan Pg Bendahara Pg Muda Amir yang tidak camah mata itu. Maka untuk keamanan negeri dan kesejahteraan rakyat tanpa ragu-ragu baginda telah memperkenankannya. Pada masa angkatan Brunei yang diketuai oleh Pg Bendahara Pg Muda Amir hendak merapati angkatan Suluk, keadaan menjadi tegang, kedua-dua belah pihak telah bersiap sedia untuk mengadakan serbuan. Kemudian dalam keadaan yang kritis itu, dari jauh pihak Brunei telah memberitahu orang Suluk supaya mereka jangan bertindak memulakan pergaduhan sebelum Ketua Angkatan Brunei berjumpa dengan Ketua Angkatan Suluk. Maksud pihak Brunei itu telah diterima oleh pihak Suluk, kerana pada penglihatan mereka maksud pihak Brunei itu baik, dan benar-benar berhajat untuk menjumpai Ketua Angkatan Suluk.

Apabila perahu Ketua Angkatan Brunei dan perahu Ketua Angkatan Suluk itu berdekatan, maka dengan tangkas (cergas) Pg Bendahara Pg Muda Amir melompat ke perahu Ketua Angkatan Suluk lalu menangkap Datu Dakula, dan memperkenalkan dirinya, yang dia adalah putera Al-Marhum Sultan Abdul Hakkul Mubin. Setelah kedua-dua saling kenal-mengenali, mereka pun berpeluk-pelukan sambil menceritakan perihal masing-masing yang sudah lama berpisah. Setelah Pg Bendahara Pg Muda Amir menceritakan perihal kedudukan dirinya dan keluarga hidup aman bahagia di bawah pemerintahan Sultan Muhyiddin, maka Pg Bendahara Pg Muda Amir pun membawa masuk Datu Dakula ke Brunei mengadap Sultan Muhyiddin. Kemudian atas kehendak dan perkenan Sultan Muhyiddin yang dijunjung oleh Pg Bendahara Pg Muda Amir, Datu Dakula pun menetap di Brunei. Bersempena hari Datu Dakula menyembahkan persetujuannya menetap di Brunei itu, iapun diarak oleh Sultah Muhyiddin menjadi Pg Temenggong bergelar Pg Temenggong Dakula Pg Abdul Rauf berkuasa ke atas rantau sebelah timur utara laut dan mana-mana daerah takluk jajahannya. Sejak itu bertambah-tambahlah makmur dan masyhurlah Negeri Brunei, dan Pg Temenggong Datu Dakula kekallah diam di Brunei sehingga ia mangkat dan dimakamkan di Makam Diraja Sungai Kianggeh, sementara sebahagian orang Suluk yang menjadi pengikut-pengikut dan pengiring-pengiringnya ada yang balik ke Suluk membawa beritanya ke Suluk, manakala sebahagian yang lain terus bersama-samanya diam di Brunei.

والله أعلمُ