Pg Muda Alam ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

Is your surname Sultan Abdul Hakkul Mubin?

Research the Sultan Abdul Hakkul Mubin family

Pg Muda Alam ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

About Pg Muda Alam ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin

Pg Muda Alam merupakan putera sulung kepada Al-Marhum Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13, 1661-1673] dengan pasangan baginda Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam. Diceritakan bahawa Pg Muda Alam telah dibunuh ketika bersabung ayam di antara beliau dengan Pg Muda Bongsu (putera kepada Sultan Hj Muhammad Ali yang memerintah pada masa itu). Sebab beliau dibunuh adalah malu kerana kekalahan ketika bersabung ayam maka Pg Muda Bongsu pun meradang lalu membunuh Pg Muda Alam dengan menggunakan keris menikam dada beliau. Selepas kejadian itu, ayahanda Pg Muda Alam (Raja Bendahara Abdul Hakkul Mubin) ingin membalas dendam dengan membunuh Sultan Hj Muhammad Ali yang mana baginda menyerah diri lalu Bendahara Abdul Hakkul Mubin pun menikam baginda dan mangkat di padang rumput istana baginda digelar Marhum Tumbang di Rumput. Akhirnya Bendahara Abdul Hakkul Mubin pun mengisytiharkan dirinya menjadi Sultan Brunei ke-13 pada tahun 1661. Akibat pembunuhan yang tidak berdosa itu terjadilah peperangan saudara di antara Sultan Abdul Hakkul Mubin dengan Sultan Muhyiddin yang berlaku beberapa tahun selepas itu yang mana pihak Sultan Muhyiddin menuntut bela atas kematian ayahanda mertua baginda (Marhum Tumbang di Rumput).

والله أعلمُ