Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13 1661-1673]

How are you related to Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13 1661-1673]?

Connect to the World Family Tree to find out

Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13 1661-1673]'s Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Sultan Abdul Hakkul Mubin ibni Pengiran Bendahara Pengiran Muhammad

Also Known As: "Marhum di Pulau / Raja Pulau"
Birthdate:
Death: 1673
Pulau Chermin, Brunei (Brunei Darussalam)
Place of Burial: Brunei Darussalam
Immediate Family:

Son of Pg Bendahara Pg Muhammad Panjang ibni Datu Muhammad Hatta and Raja Dungu @ Pg Anak Tuah Sultan Saiful Rijal
Husband of Raja Isteri Pg Anak Puteri Noralam and Bu Angsa @ Si-Angsa
Father of Pg Muda Kawat; Pg Muda Zamban; Pg Anak Puteri Besar binti Sultan Abdul Hakkul Mubin; Pg Bendahara Pg Muda Amir ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin; Pg Muda Alam ibni Sultan Abdul Hakkul Mubin and 2 others
Brother of Pg Bendahara Damit and Pangiran Bendahara Sri Maharaja Raja Kahar
Half brother of Abang Lemanak and I-Kenaway

Occupation: Sultan of Brunei, brunai throne from 1661 - 1673
Managed by: Dayang Surena Abang Basri
Last Updated:

About Sultan Abdul Hakkul Mubin [Sultan Brunei ke-13 1661-1673]

13. SULTAN 'ABDUL HAKKUL MUBIN (TM 1661 - 1673)

Baginda adalah Sultan 'Abdul Hakkul Mubin @ Abdul Mubin anakanda kepada Pg Bendahara Pg Muhammad Panjang dengan pasangannya Raja Dungu @ Pg Anak Tuah. Baginda merupakan cucunda kepada Al-Marhum Sultan Saiful Rizal [Sultan Brunei ke-7, 1533-1581] berputerikan Pg Anak Tuah dan beranakkan Pg Bendahara Hakkul Mubin. Baginda digelar Marhum di Pulau kerana pernah mendiami Pulau Chermin pada waktu zamannya. Semasa pemerintahan Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661], baginda diarak menjadi wazir dengan gelaran Pg Bendahara.

Di zaman baginda juga terjadinya perang saudara antara kedua Sultan yang memerintah pada abad ke-17 yang terpahat dalam sejarah Brunei. Peristiwa perang saudara yang berlaku itu adalah di antara baginda Sultan Abdul Hakkul Mubin dengan Sultan Muhyiddin. Baginda pernah mendiami Pulau Chermin iaitu atas cadangan Pg Bendahara Pg Muhyiddin dengan alasan Bandar Brunei pada ketika itu tidak aman disebabkan kekacauan oleh orang-orang darat. Apabila Sultan 'Abdul Hakkul Mubin bersemayam di pulau itu, maka Pg Bendara Muhyiddin pun mengisytiharkan dirinya menjadi Sultan Brunei dengan gelaran Sultan Muhyiddin. Oleh yang demikian, pada ketika itu Brunei mempunyai dua orang Sultan. Tujuan Sultan Muhyiddin berbuat demikian adalah semata-mata bertujuan menuntut bela di atas kematian ayahanda mertuanya iaitu Al-Marhum Sultan Hj Muhammad Ali [Sultan Brunei ke-12, 1660-1661] yang dibunuh oleh baginda Sultan Abdul Hakkul Mubbin. Kekacauan yang dilakukan oleh orang-orang darat semasa baginda memerintah di Bandar Brunei adalah sebenarnya atas suruhan Pg Bendahara Pg Muhyiddin yang bertujuan untuk menghuru-harakan Bandar Brunei. Pada mulanya mereka mengaruk lantai istana dan beberapa buah rumah Pembesar Negara, kemudian dilaratkan kepada rumah-rumah orang ramai yang menyebabkan kekacauan berlaku berleluasa.

Pengisytiharan Pg Bendaraha Muhyiddin menjadi Sultan di Bandar Brunei itu telah menyebabkan berlakunya perang saudara yang berlanjutan dari tahun 1662 hingga 1673 dengan kekalahan di pihak baginda Sultan Abdul Hakkul Mubin di Pulau Chermin. Sultan Muhyiddin membuat kubu di Tanjong Kindana semasa memerangi Sultan Abdul Hakkul Mubin di Pulau Chermin. Sultan Muhyiddin juga mendapat bantuan dari tentera Bentara Suluk yang membuat kubu pertahanan di Pulau Keingaran. Manakala Sultan Abdul Hakkul Mubin telah mendapat pertolongan dari orang-orang Bajau dan Dusun, baginda berkubu dan menetap di Kinarut, Sabah selama hampir 10 tahun. Sebelum kalah, Sultan Abdul Hakkul Mubbin telah balik ke istananya Pulau Chermin dan membinasakan segala harta benda, membakar istana dan merosakkan Makhota serta cop mohor. Baginda juga memerintahkan supaya Makhota itu dilemparkan ke laut Pulau Chermin. Akibat daripada peperangan itu semua peninggalan pemerintahan Sultan Abdul Hakkul Mubin di Pulau Chermin musnah sama sekali dan sukar dikesan hingga sekarang. Selepas itu baginda pun berangkat ke masjid dan berlebur dan lindung di situ bersama putera-puteranya termasuk Pg Muda Kawat dan Pg Muda Zamban. Sebelum itu, baginda telah menembakkan Mahkota Diraja ke laut sebagai usaha terakhir untuk menolak atau meniadakan legitimasi kepada pengganti raja. Walau bagaimanapun, sebagai penggantinya sebuah mahkota telah dicipta sebagai persediaan upacara Istiadat Perpuspaan Sultan semasa pemerintahan Sultan Muhyiddin. Akibat daripada pembuatan mahkota yang baru itu, semua tukang telah dikorbankan bagi menjaga rahsia pembuatan mahkota tersebut. Manakala kaum kerabat baginda yang masih hidup termasuk antaranya Pg Muda Amir disuruh pelihara manakala yang cedera atau luka diubati mengikut atas perintah Sultan Muhyiddin.

Baginda berkahwin dengan Raja Isteri Pg Siti Nur Alam binti Sultan Muhammad Hasan (yang merupakan sepupu sekali baginda) berputerakan Pg Muda Alam, Pg Muda Kawat, Pg Muda Zamban, Pg Muda Amir, Pg Anak Puteri Besar dan Pg Anak Tengah. Baginda juga mempunyai seorang gundik Bu Angsa beranakkan Datu Dakula yang menjadi Pg Temenggong Dakula Pg Anak Abdul Rauf.

والله أعلمُ


http://www.history-centre.gov.bn/sultanbrunei.htm

Sultan Abdul Hakkul Mubin (TM 1661 - 1673)

Baginda naik takhta pada 1661. Baginda merebut takhta kerajaan daripada Sultan Haji Muhammad ‘Ali, kemudian dibela oleh Pengiran Muda Muhyiddin sehingga terjadi perang saudara selama 12 tahun. Baginda lindung pada tahun 1673.

1661 - 1673 H.H. Paduka Sri Sultan 'Abdu'l Haq ul-Mubbin ibni Pangiran Bendahara Raja Dungu Muhammad [al-Marhum di Pulau], Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, third son of Y.A.M. Paduka Sri Pangiran Bendahara Sri Maharaja Pangiran Muhammad Panjang [Raja Dungu], of Kampung Pandei Kawat, by his wife, Y.A.M. Pangiran Tuah, daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam, educ. privately. Appointed as Paduka Sri Pangiran Bendahara Sri Maharaja Permaisuara before his accession. Murdered his uncle and seized the throne, 7th December 1661. Opposed by Pangiran Bongsu who proclaimed himself Sultan, once Mubbin had removed himself to his new palace on Chermin islabd. Unable to regain control of Brunei Town, he was forced to reside at Kinarut and conduct operations on the mainland from there. Defeated and deposed by Sultan Muhi ud-din in 1673. m. H.H. Paduka Sri Raja Istri Pangiran Siti Nur Alam (k. at the Istana, Chermin island, 1673), eldest daughter of H.H. Paduka Sri Sultan Muhammad Hassan ibni al-Marhum Sultan Saif ul-Rijal Nur ul-Alam, Sultan and Yang di-Pertuan of Brunei Dar us-Salam. He was k. (krissed or garotted) at the Great Mosque, Chermin island, 1673, having had issue, three sons and a daughter