Pg Bendahara Pg Muda Muhammad @ Digantisan ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam

public profile

Is your surname Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam?

Research the Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam family

Pg Bendahara Pg Muda Muhammad @ Digantisan ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam's Geni Profile

Share your family tree and photos with the people you know and love

  • Build your family tree online
  • Share photos and videos
  • Smart Matching™ technology
  • Free!

Pg Bendahara Pg Muda Muhammad @ Digantisan ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam

Also Known As: "Pg Bendahara Digantisan"
Birthdate:
Death: Kota Kinabalu, Sabah
Place of Burial: Kubah Makam Diraja Brunei, Jln Tutong
Immediate Family:

Son of Sultan Muhammad Kanzul 'Alam (Sultan Brunei ke21: 1807-22) and Pg Anak Salama @ Salmah binti Pg Seri Rama
Brother of Pg Bendahara Pg Muda Hashim ibni Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Sura Negara Pg Anak Badaruddin ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Muda Muhammad Ahad ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Muda Mohammad Tajuddin; Pg Anak Jaafar ibni Sultan Muhammad Kanzul Alam and 2 others
Half brother of Pg Babu Jubaidah binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Raja Isteri Pg Anak Puteri Nur Alam Muratunnisa binti Sultan Muhammad Kanzul 'Alam; Pg Babu Simpul binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Pg Anak Puteri Seri Banum binti Sultan Muhammad Kanzul Alam; Awang Salleh and 10 others

Managed by: Izwan Redzuan
Last Updated:

About Pg Bendahara Pg Muda Muhammad @ Digantisan ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam

Pg Muda Muhammad merupakan anakanda kepada Al-Marhum Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam [Sultan Brunei ke-21, 1807-1822] dengan pasangan baginda Pg Anak Salamah. Diceritakan bahawa pada tahun 1846 kekanda beliau, Pg Bendahara Pg Muda Hashim dan pengikut-pengikutnya telah dituduh melakukan pengkhianatan terhadap negara. Dengan itu rancangan telah diatur dan penuh rahsia untuk melaksanakan pembunuhan beramai-ramai terhadap Pg Muda Hashim dan semua keluarganya terdiri dari 12 orang Pengiran kesemuanya. Cuma seorang sahaja yang dapat melepaskan diri dari pembunuhan itu iaitu adinda bongsu kepada Pg Muda Hashim iaitu Al-Marhum Pg Muda Muhammad sendiri, itu pun setelah mendapat cedera parah. Setelah membuat perjanjian dengan sultan, ia dibenarkan tinggal di istana.

Pada 6 Julai 1846, angkatan James Brooke yang berhajat melanggar Brunei itu telah sampai di Muara. Pada 8 Julai, baharulah Phlegethon dan beberapa buah kapal kecil telah mudik ke Brunei. Ketika Laksamana Cochrane tiba di istana beliau disambut oleh Pg Muda Muhammad sendiri dan Pg Anak Abdul Momin, selaku wakil Sultan. Apabila ditanyakan tempat persamayaman Sultan ‘Omar ‘Ali Saifuddin II ketika itu, mereka memberitahu bahawa jika ada apa-apa yang hendak dirundingkan bolehlah berunding dengan Pg Anak ‘Abdul Momin sahaja, yang akhirnya kedatangan Laksamana Cochrane dan Kapten Mundy itu tidak mendatangkan apa-apa hasil. Pada masa Al-Marhum Sultan ‘Abdul Momin [Sultan Brunei-24, 1852-1885] menaiki takhta, maka untuk memenuhi syarat kerajaan, baginda telah mengarak/mengangkat Wazir/Cheteria yang 'rapit' dengan baginda, untuk membantu baginda dalam menjalankan urus tadbir kerajaan. Baginda telah mengarak Pg Anak Muhammad ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam menjadi Pg Bendahara pada tahun 1852 yang terkenal dengan nama Pg Bendahara Digantisan.

Daripada penyelidikan ahli-ahli Pusat Sejarah Brunei yang dilakukan ke atas batu nisan Pg Bendahara Pg Anak Muhammad itu didapati catatan yang menyebutkan pada salah satu permukaan batu nisan permukaan arah selatan terjemahannya: "Yang percaya penuh dengan Allah, ini Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara ibni Al-Marhum Kanzul Alam". Manakala pada permukaan arah utara menyebutkan dengan terjemahan: "Pada zaman Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Kembali ke rahmat Allah Ta'ala dari negeri Gantisan pada bulan Maharam dari tiga dan dua puluh pada hari Khamis pada malam Jumaat waktu Maghrib bersamaan tarikh pada tahun 1255." Jelas sini batu nisan ini adalah kepunyaan Al-Marhum Pg Bendahara Pg Muda Muhammad yang juga termasyhur dengan nama Digantisan. Digantisan adalah nama lama bagi Kota Kinabalu, Sabah sebelum bertukar ke Jesselton dan akhirnya menjadi Kota Kinabalu.

والله أعلمُ

view all

Pg Bendahara Pg Muda Muhammad @ Digantisan ibni Sultan Muhammad Kanzul ‘Alam's Timeline